Sebut saja dikir barat seperti juga dengan budu ianya semacam telah jadi kata kunci kepada negeri Kelantan .
Sepertimana juga budu yang banyak cap seperti cap lada, cap bilis dan cap ketereh, dikir barat di Kelantan juga dipercayai dipelopori oleh Pak Leh Tapang, kemudian diikuti pak ku mat, Seman wau bulan, Husin Gelang mas, yusoff kelong, daud bukit abal, Ariffin ana. Kemudian generasi yang lebih baru yang terdiri daripada penyanyi-penyanyi dikir yang hebat dan merdu suara seperti halim yazid, zaidi buluh perindu, mat gelemor, megat nordin dan ramai lagi. Di akhiran ini nampaknya muncul lagi beberapa orang yang akan sentiasa dikenang sebagai juara dan penyanyi lagu dikir antaranya yang paling menonjol ialah Jali Bunga Tanjung. Dengan suara yang merdu Jali bunga tanjung dapat memukau pendengaran pendengar dengan lagu-lagu seperti tanam tembakau, sambal belacan dan tsunami serta beberapa buah lagu dengan gaya yang tersendiri. Sekali sekala bila dengar lagu tsunami oleh jali bunga tanjung , berderai juga perasaan ku. Bagaimanapun jangan pula memikirkan bahawa saya samakan antara dikir barat dengan budu. persamaannya hanya dikir barat sesetengahnya sedap didengar dan budu sesetengah jenamanya sedap dimakan bersama nasi terutamanya pada waktu tengah hari [Non-text portions of this message have been removed] Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
