Gempa bumi: PAS ucap takziah, pelawa orang ramai hulur sumbangan Date: Monday, October 10 @ 12:56:13 MYT Topic: Main News
Oleh ROY RASUL KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - PAS melahirkan rasa simpati dan takziah terhadap mangsa-mangsa tragedi gempa bumi yang melanda Pakistan pada hujung minggu lalu. Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar yang dihubungi Harakahdaily hari ini, merayu agar masyarakat antarabangsa menumpukan usaha bagi menyelamat dan melindungi mangsa gempa bumi di sana. (Setiausaha Pertama Kedutaan Pakistan di Kuala Lumpur, Ameer Khurram Rathore, menerima ucapan takziah dari Setiausaha Agung PAS) Menurutnya, atas dasar perihatin dan kemanusiaan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa Dr Syed Azman Syed Nawawi akan melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Pakistan hari ini. "Tabung tersebut dilancar atas nama Parti Islam Semalaysia iaitu melalui nombor akaun Maybank: 564070703248. "Selain itu saya dan Dr Syed Azman serta beberapa pemimpin lagi telah menziarahi pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Jalan Ampang, bagi menyampaikan takziah dan simpati PAS," katanya. Dalam pada itu katanya, PAS sedang menilai suasana dan keadaan tragedi untuk mengambil tindakan selanjutnya seperti menghantar pasukan kemanusiaan. "Kita merayu sekali lagi agar rakyat Malaysia khasnya menunjukkan sifat keperimanusiaan dan keperihatinan bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Pakistan," katanya lagi. Sementara itu, orang ramai yang bersimpati terhadap mangsa gempa bumi di Pakistan yang mengorbankan lebih 20,000 orang dipelawa untuk menghulurkan bantuan seperti barangan keperluan harian. Satu kaunter bantuan bagi mangsa-mangsa Pakistan akan dibuka di ruang legar Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar bermula esok (11 Oktober 2005) mulai jam 6 petang. Orang ramai yang ingin menghulurkan derma dan sumbangan berupa pakaian, selimut, alas tidur, ataupun wang dan makanan bolehlah menyerahkan bantuan terus di kaunter berkenaan. Menurut AJK Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Noor, kaunter berkenaan akan dibuka setiap hari dan orang ramai bolehlah menyerahkan bantuan kepada wakil mereka di sana. Katanya, di samping itu pihaknya juga mengadakan program Tabaraq Ramadhan iaitu 'Sekampit Beras untuk Satu Keluarga' yang juga bermula pada hari esok. Orang ramai yang berminat untuk bersedakah kepada fakir miskin, boleh menghubungi Suhaimi Abd Aziz di talian 03 61899269 atau Ridhuan di talian 019 3728844. - mks. --- In [email protected], Lord Vader <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Merchant Account. > > Accept credit cards from anywhere in the world. > > Malaysia included. > > Credit cards into cash. > > Send and receive $$$ worldwide instantly. > > Free, fast, safe, secure. > > No more bank drafts, telegraphic transfers or Western Unions. > > No hassles. > > No waiting for clearance. > > Earn commissions $$$ too. > > Interested? > > Please email : [EMAIL PROTECTED] > > > [Non-text portions of this message have been removed] > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
