Dua tahun lepas saya pun hampir terkena dgn sindiket ni bilamana saya terima
satu email dr seseorg yg mengaku sebagai anak perempuan bekas menteri sebuah
negara di Afrika yg kini dipenjarakan. Ada beberapa keping foto disertakan yg
entah2 gambar siapa pun saya tak tau. Setelah berutus email beberapa ketika,
saya semakin mencurigai niat sebenar pengirim ini. Alhamdulillah saya tidak
terpedaya.
Tak lama lepas tu pula saya terima beberapa email yg menyatakan email saya
terpilih dlm satu lucky draw sbg pemenang tempat kedua dan ketiga. Namun
pengalaman rakan2 membentengi diri. Walaupun saya melayan juga email2
sedemikian tapi hanya sekadar utk berseronok. Seronok melihat reply saya tu
diberi respon oleh pengirim.
Inilah beberapa bentuk penipuan dari beratus2 penipuan atau cara mudah utk dpt
wang dr dunia internet. SEKARANG NI DLM EGROUP NI SAYA TERPAKSA MENDELETE
BANYAK EMAIL YG MENJANJIKAN KEKAYAAN DLM TEMPOH SINGKAT DGN BERMODALKAN RM30
ATAU RM40. KATANYA BERLESEN. TAPI HALALKAH DR SEGI HUKUM SYARA'??? BUKANKAH INI
SEBAHAGIAN DARI PENIPUAN????
Bukan senang nak jadi kaya kalau dgn cara yg halal. Fikir2kanlah.....
Pensyarah PhD ditipu Black Money RM600,000Oleh Azmi Md Deros
KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah kanan berkelulusan doktor falsafah (PhD)
kerugian RM600,000 selepas terpedaya dengan tawaran sindiket Black Money
untuk mewarisi pusaka berjuta-juta dolar milik seorang pemimpin Afrika yang
baru meninggal dunia.
Wanita berusia awal 40-an itu menerima e-mel daripada sindiket terbabit, yang
mendakwa akan membantu mengeluarkan wang berkenaan daripada sebuah bank di
Afrika.
Bagaimanapun, sebagai syaratnya, mereka yang berminat, perlu memperuntukkan
sebahagian daripada wang itu untuk kerja amal, selain diberikan kepada anggota
sindiket itu.
Mangsa, yang bertugas di sebuah universiti di utara tanah air, juga diminta
membeli bahan kimia daripada sindiket itu sebagai persediaan mencuci dolar
Amerika yang akan dibawa masuk.
Sumber memberitahu Berita Harian, pensyarah itu, yang bersetuju dengan syarat
berkenaan, memberi wang pendahuluan RM100,000 kepada sindiket itu dalam
pertemuan mereka di sini.
Kerana terlalu yakin dan tamak dengan kekayaan yang dijanjikan itu, mangsa
sanggup meminjam wang daripada rakannya, juga seorang profesional, sebanyak
RM500,000 untuk diserahkan kepada sindiket itu.
Rakannya itu pula, dalam laporan polisnya mendakwa dia mencagarkan rumah dan
membuat pinjaman bank bagi membantu pensyarah itu membayar wang pendahuluan
itu, katanya.
Pensyarah itu hanya menyedari ditipu selepas membuat beberapa pembayaran dan
lelaki yang mendakwa mewakili pewaris harta memberi pelbagai helah apabila
proses membawa keluar wang tidak menjadi kenyataan.
Mangsa dan rakannya itu kemudian membuat laporan polis dan pihak berkuasa
menahan seorang lelaki kulit hitam berusia lewat 20-an bersama sejumlah wang.
Bagaimanapun, sebahagian besar wang yang diserahkan sebelum ini gagal ditemui
kerana lelaki itu dipercayai segera melupuskan wang kepada dalang sindiket
terbabit, katanya.
Sementara itu, polis menasihatkan orang ramai yang menerima emel seperti itu
tidak terpengaruh kerana sindiket `Black Money bergerak menggunakan pelbagai
modus operandi.
Jika sebelum ini mereka bersemuka dengan orang yang berpotensi menjadi mangsa,
kini mereka menggunakan pelbagai taktik, termasuk melalui surat dan e-mel yang
bertujuan memerangkap mangsa yang tamak dan berfikiran singkat untuk cepat
kaya, katanya.
---------------------------------
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com
E-mel web base percuma untuk warga Tumpat
http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/