1. Anak-anak terutamanya kanak-kanak dan remaja  serta ada sebilangan kecil
orang dewasa sangat suka kepada bunyi-bunyian. antara bunyi-bunyian yang
disukai adalah bunyian yang nyaring umpamanya bunyi mercun, bunyi bedil,
bunyi muzik, bunyi orang bersorak, bunyi bertempik, bunyi orang melalak,
bunyi lagu yang rock-rock, bunyi ekzos kenderaan dan sebagainya .

Mereka nampaknya kurang suka dengan bunyi-bunyi merdu seperti bacaan ayat
suci Alquran, bunyi lagu-lagu yang lembut-lembut (lagu berirama Asli , lagu
hindustan , lagu arab dan sebagainya).

2. Mereka suka nak jadi hero.  Anak-anak kita banyak terdidik secara tidak
langsung
dengan sifat
kepahlawanan seperti ultraman, superman, spiderman dan sebagainya yang
hero-hero dan mereka juga ingin jadi hero.
Bagaimanapun hero mereka  tak sampai ke mana hanya setakat jaguh kampung
saja.

3.  Mereka suka mencuba. Mereka suka membuat ujikaji terhadap apa yang orang
sudah buat bukannya membuat ujikaji untuk penemuan baru.

* apa yang dimaksudkan adalah bukan semua anak-anak dan remaja kita yang
terbabit , ianya hanyalah sebahagian kecil sahaja. Tapi ibarat kata " 3
orang yang bersorak lebih bising daripada 100 orang yang diam"





Di bulan puasa kali ini di kawasan berhampiran kediaman saya agak tenang,
tidak kedengaran mercun bertubi-tubi , hanya sekali sekala saja, itupun yang
berukuran kira-kira  0.5 skala ritcher sahaja.

Ediramle Ismail,
PICTKP, Tumpat, Kelantan.


----- Original Message -----
From: "wazam" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; "tumpat" <[email protected]>
Cc: "kelantan kita" <[email protected]>
Sent: Wednesday, October 19, 2005 12:08 AM
Subject: [Tumpat] kena tangkap main mercun


> malam tadi saya dapt tahu dari org kok keli,tumpat bahawa pihak polis
telah mencari dan menangkap ramai pembekal,pembjual,pembeli dan org nak gi
beli pun turut terkena tangkap.Malam tadi saja dua buah trak polis penuh dgn
orh kok keli yg ditangkap kerana terlibat dengan mercun.Polis dari Tumpat
dan palekbang dgn anggota mengepong sebuah rumah yg membekal dan menjual
mercun dan dgr khabar dah dibawa ke balai.
>
> Padangan sayalah, tindakan polis itu amat bagus.Pertamanya org main mercun
tu penganggu kedamaian bulan ramadan,iman dam ma'amun terperanjat dan
kekadang tersilap bacaan kerana kekuatan mercun di belakang surau/masjid.
> Kedua main mercun tu mengganggu anak-anak kecil yg mahu tidur.Siapa x
marah hampir sejam si ibu dan bapa mendodoi anak tidur tetapi dikejutkan
oleh pengkhianat bangsa.Ketiga membazir wang ringgit...
>
> Kes serbuan di kok keli ,tumpat dgr khabar ada kaitan dengan rumah yg
terbakar di sungai pinang akibat mercun.Sb b itulah polis marah2 dan buat
intipan.Rasanya tak cukup kalau tangkap org kok keli saja,kalau mahu yg
lebih hardcore pencipta bom mercun tu..intai2lah dan buat sekali serbuan di
kg.berangan,tumpat.Walaupun kampung saya seberang sungai selehor,tetapi
kekuatan mercun buatan mereka boleh gegarkan bumi kg. saya dgn angaran 2
skala rither.....
> Sama2lah kita tengok kawasan mana yg akan jd sesaran polis yang
mesra,cekap,dan betul....
>
> wazam
>
> PERINTIS Tumpat Kelantan






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Kirim email ke