Semoga kami di Kok Pasir menang lagi . Selepas menang dalam pertandingan kampung cemerlang 2003 dan berita-berita hampir rasmi pada tahun 2005 kami menang tempat pertama sekali lagi dalam pertandingan desa cemerlang peringkat Daerah Tumpat dan akan mewakili Tumpat dalam pertandingan peringkat negeri.
Sebelum ini untuk dua tahun berturut-turut kami beroleh tempat pertama dalam pertandingan sambutan bulan kemerdekaan peringkat daerah Tumpat iaitu untuk tahun 2004 dan 2005. Kali ini kami pada 16 November 2005 akan sertai sekali lagi pertandingan yang lebih besar dengan 4 buah kampung lain yang terpilih di daerah ini untuk pemilihan tempat untuk dibina Medan Info Desa (MID). Medan Info Desa ni di bawah projek Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah. Khabarnya sebuah untuk satu kawasan perlimen akan didirikan Medan Info Desa. Kiranya kami menang maka, Medan Info Desa akan didirikan di sini dengan sebuah bangunan yang lengkap 20 buah komputer dan beberapa orang petugas khas yang berkelulusan ICT . Jadi hasrat untuk memperkasa ICT di kawasan ini akan lebih mudah tercapai. Kampung- kampung di Tumpat yang dicadangkan ialah Kg. Morak, Kajang Sebidang, Kg. Menjual , Telok Jering dan kampung kami Kok pasir . Kesemuanya adalah sebagai rakan , sekaligus pesaing kepada Kok Pasir dalam Desa Cemerlang. Semuanya ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Bermaknanya kena kerja kuat sekali lagi mulai selepas hari Raya hingga 16 November. Doakan semoga kampung saya terpilih untuk MID di Tumpat. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
