Syukur Alhamdulillah kerana perjumpaan Hari Raya seperti mana yang dirancangkan telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini Sabtu 5 November 2005 menepati masa dan sebahagian matlamatnya.
Catatan daripada sudut pandangan Ediramle. Jam 8.15 pagi saya telah bertolak dari Kok Pasir ke Kg. Laut dan bertolak dengan menaiki motorbot Di Kg. Laut jam kira-kira 8.40 . Jam 9.00 pagi saya tiba di Kota Bharu. Kebetulan tempat perjumpaan hanya beberapa meter saja dari situ dan saya sampai di Tambatan DiRaja beberapa minit sahaja selepas itu. Suasana pagi masih sangat indah. Saya sempat merakam beberapa gambar di Tambatan DiRaja. Ketika itu saya dimaklumkan melalui sms oleh sdr. Wazam sedang dalam perjalanan, Mat Yush dalam perjalanan, Arisham dalam perjalanan, Ramisa dalam perjalanan dan sdr. Zainuha tak dapat hadir kerana balik ke tempat bertugas pagi ini. Beberapa minit kemudiannya datang seorang rakan egroup yang telah saya kenali iaitu sdr Wan zin dari Tumpat/Pasir Mas datang . Kami berdiri di Tambatan diRaja sambil menunggu rakan-rakan yang lain. Beberapa ketika kemudian datang sdr. Arisham bersama anak lelakinya. Kami berbual-bual seketika tentang beberapa perkara sementara menunggu rakan-rakan yang lain. Beberapa ketika kemudian tiba pula Sdr. Wazam yang turut hadir walaupun ada urusan penting di rumah. Seketika kemudian tiba pula sdr Yush . Dengan ketibaan Yushazizi telah bermakna perjumpaan kali ini telah berjaya dilaksanakan yang kemudiannya diikuti oleh Ramisa . Selepas itu kami cari tempat yang sesuai untuk memulakan perbincangan. Kami memilih teniat tempat kami adakan perjumpaan pada tahun 2003 yang lalu dan duduk di situ untuk memulakan perbincangan sambil mengeluarkan apa-apa yang dibawa iaitu kuih muih dan air minuman. Ketika ini perbincangan telah dimulakan secara tidak rasmi dan menyentuh tentang ICT dan masalah pengiriman e-mel skim cepat kaya di internet yang semakin berleluasa. Setelah beberapa ketika kemudian datang pula sdr. Razi yang ini merupakan kali pertama hadiri perjumpaan egroup. Razi saya kenali semasa cuba mendaftar streamyx . Beberapa ketika kemudian tiba lagi seorang rakan yang tidak seorang pun antara kami pernah mengenalinhya. Dan saya tertanya-tanya siapakah beliau itu. Beliau memperkenalkan diri . Azmee dan dengan pengenalan itu saya sudah dapat kenalpasti yang baru sampai itu adalah sdr. Amee Malim iaitu rakan internet yang telah beberapa tahun berhubungan melalui e-mel tapi baru hari ini bertemu secara nyata. Kami semuanya dalam masa tak sampai sepuluh minit sudah merasakan kemesraan persahabatan kerana sebelum ini telah kenal melalui egroup. Sesi memperkenalkan diri bermula dimulakan dengan saya Ediramle Ismail , Wan Zin , Ramisa, Wazam (Wan Zamri) , Arisham, Azmee, Yushazizi, dan Razi . (Gambar gambar pertemuan akan ditampilkan kemudian). Selepas sesi pengenalan kami mula berbincang berhubung beberapa perkara mengenai perkembangan ICT daripada internet kepada kemudahan komunikasi yang lain yang mana sangat bermanfaat untuk semua yang hadir. Kehadiran Sdr. Azmee dan Sdr. Razi telah banyak memberi maklumat dan info tentang ICT dan alat komunikasi pandang dengar yang sangat berguna dan dapat dimanfaatkan. Perbincangan sungguh menarik sehingga saya pada mulanya bercadang untuk mencatat satu demi satu , tapi tak sempat mencatatnya dengan selengkap isi-isi perbincangan yang dijalankan. Jadual pertemuan sepertimana yang dirangka telah tidak menjadi kerana rancaknya perbincangan menyebabkan sdr. Wazam yang terpaksa balik dulu masih tidak berganjak sampai jam 12.20 tgh. Perbincangan masih belum selesai dari satu perkara ke satu perkara hingga jam 1.30 tgh pertemuan ini berakhir walaupun banyak perkara yang belum selesai dibincangkan. Pertemuan tidak berakhir di sini kerana Yush,Arisham dan anak telah menjejaki pengelaman baru menaiki motorbot dari Kota Bharu ke KG Laut bersama saya pada jam 2.00 petang. Yang kemudiannya balik semula ke Kota Bharu kira-kira 30 minit kemudian selepas berada di Kg. Laut kira-kira 30 minit. Saya tiba ke rumah kira-kira pukul 2.45 petang dan menganggap perjumpaan kali ini adalah berjaya dan berpuas hati dengan perjumpaan ini dan saya malah akan merasa rugi kalau tidak dapat menghadirinya walaupun ianya tidak dapat menyelesaikan permasalahan ICT di Kelantan, sekurang-kurangnya dapat tambah pengetahuan tentang bidang-bidang tertentu melalui perkongsian maklumat dalam perbincangan secara tak rasmi hari ini. Mungkin sdr. yang lain yang turut hadir dalam perbincangan boleh melaporkan dari sudut pandangan masing-masing. Terima kasih atas sokongan semua , termasuk kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadiri perjumpaan ini atas sokongan yang diberikan kepada egroup selama ini. Ediramle Ismail, Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. *Gambar-gambar sekitar perjumpaan akan saya tampalkan di salah satu laman web yang akan diberikan pautan (Mungkin malam ini) untuk dilihat bersama. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
