Majlis Perjumpaan ICT seterusnya tak jadi masalah, boleh kita bincangkan dari semasa ke semasa.
Ada lagi gambar selain http://pictkp.batcave.net/jumpa.html yang tak sempat untuk di muat naik. kerana sekarang telah mula kena beri tumpuan kepada temuduga untuk dapatkan Medan Info Desa di Kok Pasir dan pertandingan Desa Cemerlang peringkat Negeri Kelantan 2005. Calon-calon untuk temuduga medan Info Desa.(MID) di bawah kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah - Kemungkinan yang berjaya dalam temuduga ini satu untuk sebuah daerah. Tumpat. Kg. Menjual, Kg. Morak, Kg.Kajang Sebidang, Kg. Kg. Telok Jering Kg. Kok Pasir. Kota Bharu. Kg. Pak Rahmat Kg. Binjai Kg. Padang Lengkuas Tanah Merah Kg. Padang Kijang, Kg. Banggol Kemunting, Kg. Blok Ulu Kusial, Kg. Bukit Merah. Machang Kg. Lak Lok Kg. Mulong Kg. Pengkalan Petai Daerah lain khabarnya Bachok dan beberapa daerah lain kini sudah dalam pembinaan. Tahun Depan InsyaAllah 14 buah MID (Medan Info Desa didirikan di Kelantan) Khabarnya sebuah bangunan seperti makmal komputer yang dibekalkan kemudahan 20 buah komputer dan bersekali dengan tenaga kerja yang berkelulusan ICT siap dengan seorang pengurusnya sekali. Manfaatnya tentunya dapat untuk semua warga sesuatu daerah. Bagaimanapun kalau dibuat di tempat kita , kitalah yang dapat menfaat lebih besar kerana mudah untuk pergi ke MID kerana jaraknya adalah dekat. Semoga juga salah sebuahnya didirikan di Kg. Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. Sdr. Wazam. 16 November ni, kita kena usahakan yang terbaik agar kita terpilih. Semua kampung yang dicalonkan tu punya kekuatan tersendiri kerana semuanya pernah memenangi anugerah Desa Cemerlang sebelum ini. Tahniah juga diucapkan kepada sdr. Wazam dan ajk GDW semua kerana Kg. Kok Pasir sekali lagi telah dengan rasminya diumumkan menang anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Tumpat 2005 dan ICT di sini antaranya telah menyumbangkan ke arah kemenangan itu. Kita akan bertanding lagi . Esok 9 November saya bersama , pengerusi dan SU GDWKP akan hadir ke Majlis Taklimat untuk pertandingan PDC peringkat Negeri Kelantan. Kalau boleh kita inginkan kemenangan juga walaupun kita sedia maklum pesaing kita memangnya cukup kuat tahun ini, terutamanya dari Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Putih. Ediramle Ismail, PICTKP, Tumpat, Kelantan. ----- Original Message ----- From: wzam To: edi Cc: [EMAIL PROTECTED] Sent: Monday, November 07, 2005 10:29 PM Subject: ragam jamuan ict Semua gambar perjumpaan ict telah dicopy dan simpan dlm fail.Terima kasih atas sumbangan gambar2 itu.Rasanya penyiaran gambarw2 tersebut telah sedikit-sebanyak meyakinkan lagi antara ahli2 egroup utk teruskan perjumpaan.....boleh jadi raya korban..kot eh. wazam PERINTIS Tumpat Kelantan ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
