Pagi tadi dan beberapa kali pagi saya ke kota bharu untuk tujuan 
tertentu.mereka yang bekerja juga masing-masing menggunakan kenderaan menuju ke 
kota bharu melalui jambatan sultan yahya petra.Saya dengan kereta tak 
mengapalah tetapi mereka yang bermotosikal nampaknya memecut laju antara satu 
sama lain bermula dari wakaf bharu lagi untuk menyemberang jambatan yg 
sepanjang lebih kurang 2 km itu dalam hujan yang turun mencurah pagi 
tadi.maklumlah musim tengkujuh dan hujan telah sinonim kerana masih dalam 
edahnya.

Selepas saja melepasi bulatan pasir pekan, sederetan motosikal yang saya 
limpasi sebelum ini telah memotong kereta saya satu demi satu.Dalam hati, 
mereka tentu sampai kerja awal sebab bermotor.
Yang menjadi ceritanya, setibanya 1/4 di atas jambatatan sultan yahya petra 
itu, saya dapati deretan motosikal yg meluru laju tadi bergerak perlahan, kalau 
nak bilang dengan jari tangan dan kaki pun tak cukup bilangannya yang hanya 
bergerak sama dengan pejalan kaki, rupanya di atas jambatan di lorong motosikal 
itu terdapat 2 buah teksi(beca kaki tiga)yang berada di hadapan sekali dengan 
kayuhan 5 km/jam.Semua motosikal2 itu hanya menurut saja di belakang beca 
itu.Bayangkan kalau seseorang itu ada kecemasan atau ada hal yang pentingkan 
masa cepat, betapa seksanya hati .Nak memotong dak telus, dan terpaksa ikut 
beca itu sehinggalah tamat penghujung jambatan itu....Tak tahulah macamana 
keadaan ini boleh di atasi dan pihak mana yg peka terhadap masalah ini.

Walau pun jambatan baru akan dibina dalam beberapa tempoh terdekat ini, di 
rasakan pada laluan ini patut di perbesar sikit biar motosikal dapat 
memotong.Macam jalanraya, ada tempat disediakan untuk laluan kenderaan berat 
disebelah tepi,memotong disebelah kanan.Bagi pendapat sayalah, apakata kalau 
pihak berkenaan buka beberapa ruang(melebarkan laluan motosikal) untuk beca 
memberi laluan motosikal memotong.Setidaknya masalah ini dpt mengurangkan 
kelajuan motosikal 5 km/j sejauh 2 km itu.....

SEMUA ITU ADALAH PENGALAMAN DAN PANDANGAN SAJA.UNTUK DIKONGSI BERSAMA.....

WASSALAM

wazam

PERINTIS Tumpat Kelantan


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke