--QT-------------------------------------------------------------
Reply by email or visit
http://www.quicktopic.com/16/H/UunDsvG6iKrx/m22
-----------------------------------------------------------------
Tentang rancangan yang saya buat tahun depan (2006) ialah
antaranya membesarkan
sedikit lagi perpustakaan ICT mini yang sekarang telahpun
diwujudkan. Perpustakaan ICT tu antaranya saya tempatkan
buku-buku rujukan dan bahan-bahan yang diprint dari internet.
Sekarang ni semua buku-buku milik sendiri sahaja dan campur 25
buah buku ICT yang saya terima sumbangan daripada
ITNB (Institut Terjemahan Negara Berhad) . Sekarang ni telah
saya wujudkan cuma ruangnya sangat terhad. Tahun 2006 nak
perluaskan sikit dan nak sebarkan maklumat mengenainya supaya
lebih ramai yang memanfaatkannya. Pengunjung tak perlu dikenakan
sebarang yuran atau sebagainya.
Saya nak tambah bahan-bahan dengan bacaan buku-buku agama,
buku-buku ICT dan motivasi dan bahan bacaan yang dapat
merangsang minda ke arah mewujudkan mesyarakat berketrampilan
dalam bidangnya. Oleh itu saya perlukan juga sumbangan buku-buku
sama ada yang baru atau yang terpakai untuk tujuan ini. Untuk
masa ini saya belum ada rak yang mencukupi dan ruang tempat yang
mencukupi. Bila saya sudah bersedia saya akan maklumkan. Mungkin
dua atau tiga bulan daripada sekarang.
Tahun depan Insya -Allah saya akan berpindah ke rumah lain.
Selepas berpindah ke rumah lain yang juga tidak jauh dari rumah
sekarang ini. Rumah sekarang ini saya berhajat nak jadikan ianya
sebagai pusat Maklumat dan sebahagian daripadanya adalah
perpustakaan. Saya fikir dengan kemampuan yang terhad ini tidak
banyak perkara yang boleh saya lakukan untuk bantu masyarakat .
Saya kira
golongan remaja lebih baik menggunakan masa dengan sebaiknya
dengan membaca bahan-bahan yang berfaedah daripada berbual-bual
kosong dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
Tujuannya biarpun saya sebenarnya bukanlah sesiapa tapi ada
sedikit hasrat ingin
tanamkan semangat membaca sebagai amalan sepanjang masa untuk
anak kampung sekitar sini seperti Kg. Kok Pasir sendiri, Kg.
Belian, Kg. Hutan Jambu, Kg. Berangan, Kg. Kok Keli, Kampung
Gerong, Kg. Tok Ndek, Kg. Sungai Pinang dan juga Kg. Laut dan
penduduk kampung lain yang larat datang ke sini (Kok Pasir).
Selain itu saya ingin lihat masyarakat sekitar sini merupakan
masyarakat yang celik ICT dan akan usahakan untuk wujudkan
daerah Tumpat sebagai Daerah ICT (Kalau
mungkin). - Kedengarannya macam angan-angan , tapi akan dicuba
juga kerana ianya bukanlah perkara yang mustahil.
Di sebahagian ruang daripada rumah saya sekarang saya bercadang
nak jadikan tempat
bacaan dan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat
untuk orang ramai seperti tempat mesyuarat badan khairat kampung
, tempat perjumpaan ICT , tempat pelajar-pelajar membaca serta
tempat perjumpaan penulis-penulis dan tempat yang dapat
mewujudkan perpaduan masyarakat. Kalau mungkin saya berhasrat
untuk jadikan tempat bengkel penulisan berkala kecil sekitar 10
orang ke bawah sekali bengkel. Kebanyakan aktiviti adalah secara
sukarela sebagai sumbangan masyarakat kepada masyarakat.
Sebahagian daripadanya saya akan mengekalkannya sebagai Pusat
ICT Kok Pasir walaupun sebelum ini kami di sini telah usahakan
untuk mendapat
tempat-tempat kemudahan ICT yang lain seperti medan InfoDesa
(kalau dapat 20 buah Komputer), Projek anak angkat Pusat Sumber
Pendidikan (10 buah Komputer - PIBG- sekarang dah siap dipasang
) .
Walaupun dengan hanya ada 4 atau 5 buah Komputer di PICTKP akan
dicuba juga untuk
terus melanjutkannya ICT di sini.
Tentang buku-buku untuk perpustakaan ICT Mini PICTKP,
bila saya sudah bersedia (bila ruang dapat diperluaskan sikit),
saya akan beritahu dan saya akan gunakan
derma yang diberikan sebagaimana yang diperlukan oleh penderma .
Ediramle Ismail,
PICTKP,
Tumpat, Kelantan.
_________________________________________________________________
To unsubscribe: http://www.quicktopic.com/16/X/UunDsvG6iKrx
Start your own topic in 20 seconds: http://www.quicktopic.com |QT
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com
E-mel web base percuma untuk warga Tumpat
http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/