Saya mengharapkan agar diwujudkan challet atau hotel bertaraf 3 bintang di 
kawasan Pantai Sri Tujuh. Ini penting bagi menarik lebih ramai pengunjung. 
Prasarana lain juga perlu ditambah di pantai ini. Pantai Sri Tujuh adalah salah 
satu aset paling bernilai kepada Tumpat. Ia mempunyai keunikan tersendiri.
   
          21 Disember, 2005 15:52 PM        
  
  KOTA BAHARU, 21 Dis (Bernama) -- Kerajaan Kelantan memerlukan kerjasama 
kerajaan pusat bagi menjayakan projek mega di negeri ini terutama cadangan 
projek pembangunan bersepadu industri marin, minyak, gas, pusat komersial dan 
kediaman di Tumpat.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri berharap 
mendapat kerjasama daripada pelbagai peringkat terutama kerajaan pusat kerana 
projek mega itu memberi manfaat kepada semua pihak.

"Sudah lama kita berperang sama-sama rebah bangun, insaflah. Kerajaan Pusat 
kena bantu kerajaan negeri, mana boleh tak bantu, kerana ia memberi keuntungan 
kepada negeri dan pusat", katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis 
menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dengan Global City Sdn Bhd di 
sini hari Rabu.

Global City diwakili Pengarah Urusannya Datuk Nordin Salleh manakala kerajaan 
negeri diwakili Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Datuk Yusoff 
Noh.

Nik Abdul Aziz berkata Global City yang mengeluarkan modal besar ini memerlukan 
restu kerajaan pusat kerana segala hasil pendapatan akan dinikmati bersama 
kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Beliau berharap syarikat itu akan dapat mempelajari segala kelemahan beberapa 
buah syarikat sebelum ini yang cuba membangunkan kawasan itu tetapi gagal.

Sementara itu, Nordin berkata syarikat itu akan terbabit dalam projek bernilai 
lebih RM1 bilion untuk membangunkan kawasan seluas 1,750 hektar yang 
ditebusguna di kawasan Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

Katanya komponen projek itu membabitkan pembinaan pangkalan bekalan dan 
logistik bersepadu untuk industri minyak dan gas luar pantai seluas 200 hektar 
dengan projek industri sokongan berkaitan di kawasan 400 hektar.

Projek itu juga menyediakan kawasan pembangunan industri berat dan kejuruteraan 
bagi industri petrokimia di kawasan seluas 200 hektar selain menyediakan 
kawasan komersial dan kediaman seluas lebih 200 hektar.

Projek itu juga akan mempunyai pusat pemprosesan makanan halal seluas 80 hektar 
diikuti pelbagai kemudahan prasarana yang lain seperti taman dan pusat 
pengurusan sisa buangan di kawasan seluas 200 hektar, katanya.

Katanya projek itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa selama 12 tahun.

-- BERNAMA



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke