Tahun 2005 semakin di penghujungnya. Tak beberapa hari lagi tahun 2006 akan mengambil alih bagi meneruskan perjalanan waktu. Baru semalam 22 Dis 2005 keputusan peperiksaan PMR diumumkan dan tahniahlah kepada adik-adik yang berjaya dengan cemerlang. Lebih 20 ribu pelajar yang cemerlang dengan mendapat kesemua A dalam mata pelajaran yang diambilnya.
Semalam 22 Dis 2005 seperti mencatat satu sejarah di mana hujan turun dengan lebatnya hampir sepanjang hari. Angin bertiup kencang yang berjaya menumbangkan serta menghalang beberapa jalan di Daerah Tumpat. Khabarnya di Pulau Tongkang angin menerbangkan atap rumah dan menghempap salah sebuah rumah di sana. Semasa di tempat kerja beberapa pasu bunga kelihatan rebah terbaring dan pecah diterjah kepala angin. Hampir seluruh tumpat elektrik terputus untuk beberapa ketika. Di Kok Pasir dan kawasan sekitar bermula dari pagi hingga hampir tengah malam. Kakitangan TNB dan bomba bertungkus lumus berusaha bagi memulihkan keadaan. Tahniah dan terima kasih untuk mereka. Mereka telah menjalankan tugas dengan cekap. Musim hujan belum menampakkan tanda-tanda akan berhenti. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
