Harap projek ini menjadi kenyataan. Kalau menjadi realiti, ianya bakal 
mengubah wajah Tumpat khususnya dan Kelantan amnya. Pantai Sri Tujuh dan 
lembangan serta delta Sungai Kelantan amat berpotensi untuk dimajukan sebagai 
destinasi pelancungan. Harap cadangan ini tidak menjadi seperti projek Bandar 
Baru Pengkalan Kubor yg berkubur itu lantaran pihak KUB membatalkan Mou.  KOTA 
BHARU: Kerajaan Pas Kelantan mempertahankan projek pembinaan projek pulau 
buatan manusia bernilai RM3 bilion di Pantai Sri Tujuh, dekat Tumpat, bukan 
satu pembaziran sebaliknya mampu menjana ekonomi negeri ini.          
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri mengambil 
kira semua aspek, termasuk kewangan sebelum meluluskan sebarang projek yang 
akan dilaksanakan.

Beliau berkata, cadangan mewujudkan pulau berbentuk wau bulan seluas 1,000 
hektar itu adalah projek mega yang dirancang dibangunkan di Kelantan dengan 
menggunakan sumber kewangan kerajaan negeri, pelabur tempatan dan luar negara.

"Projek itu adalah salah satu daripada banyak lagi projek mega yang sedang 
dirancang. Ia bukan saja baik untuk masa depan ekonomi Kelantan, malah projek 
itu menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi sampingan.

"Projek itu akan menggunakan bahan tempatan iaitu simen, batu bata dan pasir 
dari syarikat tempatan yang secara tidak langsung meningkatkan ekonomi penduduk.

"Jika ada pihak mahu melabur dan buat sesuatu projek di negeri ini yang 
didapati baik, tidak ada sebab kerajaan negeri tolak," katanya ketika ditemui 
di kediamannya, di Pulau Melaka, di sini semalam.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan 
Masyarakat negeri, Datuk Anuar Tan dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan 
melabur RM3 bilion bagi pembinaan pulau buatan itu dalam usaha menjadikan 
Kelantan sebagai destinasi pelancong.



                  ..oooO..............Let Islam
...(....)...Oooo...Be
....)../.....(....).....Our
...(_/.......)../......Way
.............(_/.......of Life











                
---------------------------------
Yahoo! Photos – Showcase holiday pictures in hardcover
 Photo Books. You design it and we’ll bind it!

[Non-text portions of this message have been removed]



Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke