Tahniah diucapkan kepada sdr. Wazam (Pengerusi GB4B Kok Pasir) dan YDP Perintis.
Walaupun dalam kesibukan dapat dilaksanakan juga pertandingan Anugerah Belia 
peringkat Daerah Tumpat dengan jayanya.

Pada mulanya dijangka 6 persatuan belia yang akan masuk , tapi 4 dah tarik diri 
cuma tinggal 2 saja yang bertanding. Penilaian telah dibuat di Kok Pasir pada 
21 Feb dan di Pengkalan Kubor pada 24 Feb.

Kiranya Kok Pasir menang , GB4B Kok Pasir akan masuk bertanding peringkat 
Negeri Kelantan, begitu juga sebaliknya.

Kedua belia ini adalah ditangani oleh dua orang sahabat baik saya. Saya bantu 
sedikit sebanyak belia Kok Pasir kerana saya warga tempatan di sini. 


Lepas ni kita akan adakan Kursus Bina laman web di Kok Pasir (Darul Hanan)  
pada 3 dan 4 Mac 2006 kepada sesiapa yang berminat sekali lagi dimaklumkan. 
Kita perlukan beberapa orang lagi. 

Bagaimanapun, kiranya saudara yang tidak berkesempatan untuk mendaftar sebagai 
peserta kursus , sdr boleh juga datang pada mana-mana waktu yang ada kelapangan 
pada hari jumaat dan Sabtu. Kami beberapa orang warga egroup ada di sini (Darul 
Hanan).











[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke