Petang Jumaat 3 Mac 2006 telah bermula kursus bina laman web bertempat di 
pondok Darul Hanan , Kg. Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.

Seramai 17 orang hadir pada kursus tersebut. Hanya dua orang yang mendaftar 
tetapi tak dapat hadir iaitu sdr. Ramisa dan sdr. Md Azman. 

Kursus terpaksa dimulakan lewat sedikit kerana beberapa masalah kecil yang 
perlu diselesaikan disebabkan antaranya kerana masa yang begitu singkat antara 
lepas jumaat dengan masa memulakan kursus. Beberapa buah komputer peserta juga 
ada yang tiada perisian FP. Kena jadi kena install dulu.

Bagaimanapun kursus dapat dijalankan dengan baik. Hanya seorang dua tidak dapat 
mengikuti sepenuhnya kerana masalah komputer.

Kursus untuk hari pertama berakhir jam lima lebih dan memandangkan masa sangat 
suntuk , sesi memperkenalkan diri tidak sempat dibuat oleh itu beberapa orang 
terutamanya ahli egroup masih tidak sempat mengenali sesama peserta kursus.

Pagi esok kita akan teruskan bengkel. Malam ini peserta kena buat kerja rumah 
berdasarkan kepada apa yang dipelajari petang tadi.

Esok sebolehnya kita mahu laman web itu dimuat naik ke server.


Ediramle



[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke