Saya  bagi pihak diri sendiri dan sebahagian mereka yang telah menduduki
peperiksaan STPM dan SPM 2005 merasa begitu kecewa dengan dengan khidmat
online untuk mengisi borang
Permohonan Ke Program Kursus Perguruan Lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia, Ambilan Julai 2006 :.
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf sesi
Akademik 2006/2007
Kategori Lepasan STAM 2005,2004,2003 :.
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf sesi
Akademik 2006/2007
Kategori Lepasan STPM 2005 : dan
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf sesi
Akademik 2006/2007 :.

yang disediakan melalui laman web http://www.emoe.gov.my .

Permohonan melalui online tahun ini adalah begitu sukar dilaksanakan oleh
pemohon kerana masalah server yang perlahan dan ramai yang tidak dapat
mengisi borang online ataupun terpaksa berulang beberapa kali ke siber cafe
hingga ada yang hampir berpuluh kali dan terpaksa membayar puluhan ringgit
untuk isi borang. Kepada penyedia perkhidmatan siber cafe juga turut
tertekan kerana tidak sanggup melihat betapa sukarnya untuk memberikan
khidmat yang terbaik untuk pelanggan yang menggunakan internet untuk tujuan
ini.

Ada yang terpaksa menunggu hingga 6 ke 7 jam untuk isi borang dan ada yang
kena pergi makan minum dan mandi manda  sementara menunggu borang untuk
diisi keluar di skrin monitor.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku  kerana ianya boleh menyebabkan orang
ramai terutamanya golongan muda menjadi muak dengan internet dan tidak
menaruh kepercayaan terhadap kemampuan internet dalam pelbagai urusan.

Daripada reaksi yang terpamir pada wajah mereka yang telah cuba mengisi
borang , mengambarkan mereka sungguh merasa kecewa kerana kesukaran itu.
Mungkin ada di antara mereka yang menanggis kerana kesukaran ini dan tak
kurang juga yang merajuk

Kelambatan dalam mengisi borang tidak sahaja membabitkan talian dial up
tetapi juga kepada mereka yang menggunakan streamyx.

Sebagai seorang yang begitu menyenangi internet dan ICT  yang inginkan
melihat internet dapat berkembang dalam keadaan yang sungguh
memberangsangkan di Malaysia , saya merasa sungguh kecewa dengan masalah
ini.

Kekecewaan ini saya luahkan di sini, semoga juga ianya sebagai luahan rasa
kecewa sebahagian  lepasan pelajar STPM dan SPM yang telah berusaha untuk
mengisi borang permohonan online.


Ediramle Ismail
Pictkp.






Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke