UNIT ICT KRT ( KAWASAN RUKUN TETANGGA )
MUKIM KOK PASIR, TUMPAT , KELANTAN
Tel:  0129032948 - Ediramle Su Unit ICT   e-mel :  [EMAIL PROTECTED]  
http://krtkokpasir.50g.com  

UICT/KP/01/02/06
1 April 2006

Kepada  semua penduduk mukim Kok Pasir
Dan sesiapa yang berminat
 
Tuan/puan,
 
KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 
 
Perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan Unit ICT KRT Mukim Kok Pasir akan menganjurkan Kursus 
Adobe Photoshop 
yang bertujuan menambahkan kemahiran terhadap penggunaan Komputer dan ICT 
terhadap masyarakat 
Mukim Kok Pasir khasnya dan Kelantan amnya  akan diadakan seperti berikut:
 
Tarikh:         22 April 2006  (Hari Sabtu)
Masa  :        9.00 pagi hingga 5.30 petang.
Tempat:       Pondok Darul Hanan, Kg. Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.
 
2.   Tuan/puan dijemput untuk menyertai kursus ini . Sekiranya bersetuju untuk 
menyertainya
 tuan/puan/Sdr/Sdri  hendaklah menyediakan perkara berikut bagi melayakkan 
menyertai kursus yang akan diadakan.
      2.1     Wang pendaftaran   RM   15.00  (Lima belas Ringgit Sahaja) 
-Dijelaskan semasa pendaftaran
               di Darul Hanan pada pagi hari kursus dijalankan.
      2.2      Komputer peribadi atau notebook. (Peserta hendaklah membawa 
Komputer masing-masing 
                semasa menjalani kursus ini).
      2.3      Mengembalikan borang pendaftaran  yang telah siap diisi  sebelum 
15 April 2006.
 
3.    Sukacita kami akan menyediakan sijil-sijil kepada peserta yang hadir 
sepenuh masa sepanjang kursus 
dijalankan. Penyertaan adalah terhad  kepada 20 orang sahaja.
 
4.    Kiranya ada kemusykilan tentang kursus  ini sila hubungi Pengerusi Unit 
ICT KRTKP , Wan Zamri (Wazam) Tel: 0199769562 atau Ediramle Ismail (Edi)  Tel:  
0129032948 atau menggunakan e-mel  [EMAIL PROTECTED]   
 
Sekian dan terima kasih.
 
Yang menjalankan tugas,
 
EDIRAMLE  ISMAIL
Setiausaha Unit ICT,Kawasan Rukun Tetangga Mukim Kok Pasir,
Tumpat, Kelantan.
s.k   
i.       Pengerusi KRT Kok Pasir    
ii.      Pengerusi Unit ICT KRT Kok Pasir,
iii.     Setiausaha KRT Kok Pasir
iv.     Bendahari KRT Kok Pasir
 
 
  
 
* Sila kembalikan borang penyertaan sama ada melalui e-mel atau secara bertulis 
kepada Setiausaha Unit ICT KRT Kok Pasir , Ediramle Ismail di Pusat ICT Kok 
Pasir , atau melalui e-mel [EMAIL PROTECTED]  ; [EMAIL PROTECTED]  atau [EMAIL 
PROTECTED]  sebelum 15 April 2006.

Borang penyertaan sila dapatkan melalui pautan ini  
http://www.bukusiber.com/borangkursus.doc 

Surat jemputan dalam format html  http://www.bukusiber.com/suratjemput.html

Surat jemputan dalam format doc http://www.bukusiber.com/suratjemput.doc 





[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke