Setakat Tengah hari 2 April 2006 Mereka yang telah mendaftar secara rasmi (telah hantar borang penyertaan) 1. Ediramle Ismail 2. Yush 3. Azlina Ahmad * 4. Azmee Malim -* Minta hantar borang pendaftaran terus melalui e-mel saya [EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED] 5. Arisan 6. Hazraah Mohd Sukari
Penyertaan masih dibuka. Borang penyertaan sila dapatkan melalui pautan ini http://www.bukusiber.com/borangkursus.doc Surat jemputan dalam format html http://www.bukusiber.com/suratjemput.html Surat jemputan dalam format doc http://www.bukusiber.com/suratjemput.doc UNIT ICT KRT ( KAWASAN RUKUN TETANGGA ) MUKIM KOK PASIR, TUMPAT , KELANTAN Tel: 0129032948 - Ediramle Su Unit ICT e-mel : [EMAIL PROTECTED] http://krtkokpasir.50g.com UICT/KP/01/02/06 1 April 2006 Kepada semua penduduk mukim Kok Pasir Dan sesiapa yang berminat Tuan/puan, KURSUS ADOBE PHOTOSHOP Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan Unit ICT KRT Mukim Kok Pasir akan menganjurkan Kursus Adobe Photoshop yang bertujuan menambahkan kemahiran terhadap penggunaan Komputer dan ICT terhadap masyarakat Mukim Kok Pasir khasnya dan Kelantan amnya akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 22 April 2006 (Hari Sabtu) Masa : 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Tempat: Pondok Darul Hanan, Kg. Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. 2. Tuan/puan dijemput untuk menyertai kursus ini . Sekiranya bersetuju untuk menyertainya tuan/puan/Sdr/Sdri hendaklah menyediakan perkara berikut bagi melayakkan menyertai kursus yang akan diadakan. 2.1 Wang pendaftaran RM 15.00 (Lima belas Ringgit Sahaja) -Dijelaskan semasa pendaftaran di Darul Hanan pada pagi hari kursus dijalankan. 2.2 Komputer peribadi atau notebook. (Peserta hendaklah membawa Komputer masing-masing semasa menjalani kursus ini). 2.3 Mengembalikan borang pendaftaran yang telah siap diisi sebelum 15 April 2006. 3. Sukacita kami akan menyediakan sijil-sijil kepada peserta yang hadir sepenuh masa sepanjang kursus dijalankan. Penyertaan adalah terhad kepada 20 orang sahaja. 4. Kiranya ada kemusykilan tentang kursus ini sila hubungi Pengerusi Unit ICT KRTKP , Wan Zamri (Wazam) Tel: 0199769562 atau Ediramle Ismail (Edi) Tel: 0129032948 atau menggunakan e-mel [EMAIL PROTECTED] Sekian dan terima kasih. Yang menjalankan tugas, EDIRAMLE ISMAIL Setiausaha Unit ICT,Kawasan Rukun Tetangga Mukim Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. s.k i. Pengerusi KRT Kok Pasir ii. Pengerusi Unit ICT KRT Kok Pasir, iii. Setiausaha KRT Kok Pasir iv. Bendahari KRT Kok Pasir * Sila kembalikan borang penyertaan sama ada melalui e-mel atau secara bertulis kepada Setiausaha Unit ICT KRT Kok Pasir , Ediramle Ismail di Pusat ICT Kok Pasir , atau melalui e-mel [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED] sebelum 15 April 2006. Apa yang anda cari mungkin ada di sini http://www.bukusiber.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
