Sebuah catatan .

Setelah masuk 8 hari bertugas hampir sepanjang masa Pusat Akses komuniti hari 
ini,
7 Mei 2006 dalam sebuah majlis yang turut dimeriahi oleh perarakan bunga 
manggar , gendang silat dan pertunjukan tomoi oleh kanak-kanak yang menyambut 
ketibaan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan , Dato, Hj Yusoff Harun di 
kawasan sekolah Kebangsaan Kok Pasir , Tumpat, Kelantan pada pukul 3 petang . 
http://www.pspnkel.edu.my 

Majlis yang disokong oleh pelbagai pihak termasuk dari Pasukan Bomba dan 
Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penerangan, Puteri , PIBG Kok 
Pasir, GDW, GB4B,  KRT KP, Yayasan Darul Hanan,   Pihak Sekolah dan tenaga 
utamanya PSPN Kelantan boleh dikatakan sebagai berjaya kerana juga mendapat 
sokongan kehadiran masyarakat kampung yang sangat memberangsangkan.

Sebagai salah seorang warga kampung Kok Pasir,  saya  turut merasa bangga 
kerana ini merupakan Pusat Akses Komuniti sekolah yang pertama di Negeri 
Kelantan, bahkan kami difahamkan juga  ianya pertama di Malaysia  dilancarkan 
di Kok Pasir iaitu tempat yang sesuai dengan harapan kami di sini yang 
berhasrat menjadikan Kampung Kok Pasir sebagai sebuah Desa ICT yang pertama di 
daerah Tumpat dan mungkinnya juga pertama di Negeri Kelantan. Semoga hasrat ini 
bakal tercapai dalam jangka waktu yang tidak begitu jauh daripada sekarang.

( Desa ICT sepertimana yang dirancangkan dalam pemikiran saya ialah matlamat 
itu dikira tercapai apabila ;

i.Ramai penduduk desa yang dapat menggunakan kemudahan ICT serta faham  
bagaimana untuk mempergunakan ICT bagi menaiktaraf ekonomi kampung.
ii.  Mendapat kemudahan akses yang mudah dan di mana-mana sahaja di segenap 
penjuru desa.
iii. Apabila ada orang luar masuk ke kampung ini ia akan dapat merasai suasana 
ICT di sini.
iv. Untuk pengunjung maya Desa ini dikenali dengan mudah oleh enjin pencari.
v.  Terdapat  beberapa orang  di kampung ICT yang miliki kepakaran dalam 
beberapa sudut-sudut tertentu dalam ICT.
vi. Ramai penduduk yang bermaklumat dan dapat menggunakan maklumat yang 
diperolehi untuk perkara-perkara yang bermanfaat untuk diri sendiri, keluarga 
dan masyarakat umum seluruhnya.
vii. Wujudnya beberapa pusat ICT yang dapat dimanfaatkan oleh mereka yang tidak 
memiliki kemudahan komputer dan peralatan yang berkaitan ICT.
vii. Wujudnya badan-badan NGO yang bergerak aktif ke arah memperkasakan ICT di 
kalangan masyarakat di desa berkenaan.
viii. Wajudnya ramai mereka yang kurang memahami ICT tetapi turut menyokong 
setiap program ICT yang dijalankan.

Itu adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang dikirakan perlu , mungkin 
ada perkara lain yang lebih penting daripada yang saya senaraikan di atas.)


Dengan adanya Pusat Akses Komuniti ini sudah  tentu akan dapat mempertingkatkan 
lagi suasana ICT di Kok Pasir. Pusat Akses Komuniti ini adalah satu bilik yang 
dilengkapi dengan beberapa buah komputer dan ia berfungsi sebagai tempat 
mengakses maklumat bukan saja oleh guru-guru sekolah terbabit berserta 
pelajar-pelajarnya, tetapi juga ianya boleh digunakan oleh seluruh masyarakat 
kampung bagi menggunakan kemudahan mengakses internet di Pusat ini.

Pusat ini dikendalikan oleh dua organisasi iaitu organisasi sekolah dan 
organisasi komuniti. Dalam jawatankuasa komuniti ianya berperanan untuk 
bertugas dan menyelenggara penggunaan komputer untuk masyarakat umum. 
Organisasi ini di pengerusikan bersama oleh YDP PIBG Tn. Hj Hanafee Yusoff dan 
Guru Besar SK Kok Pasir. 
Timbalan YDP PIBG , En. Che Mat Arifin Che Jaeh sebagai Timbalan pengerusi dan 
Sdr Wazam sebagai setiausaha serta saya (Edi) sebagai penolong setiausaha. 
Berada di pososi ini rasanya seperti ada lorong yang baik untuk Pusat Akses ini 
 bagi menidakkan hanya dikenali dari segi namanya saja tapi tidak di segi 
pengisiannya.  10 orang ajk lain turut membantu antaranya  sdr iwan.

Pada ucapan aluan petang ini, YDP PIBG SK Kok Pasir (bagi yang hadir kursus 
Adobe Photoshop hari tu tentunya masih ingat masa majlis perasmian penutup 
kursus pada petang tu ) telah menyatakan antaranya seakan bermaksud kita perlu 
memperkuatkan apa yang kita ada potensi untuk memperkuatkannya dan ICT antara 
yang boleh diperkasakan di sini kerana banyak perkara yag boleh kita terokai di 
sana kerana ianya masih banyak ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan.

.............

Bakal menyusul. 31 Mei hingga 7 Jun 2006 program bersama MMU (Multimedia 
Universiti)  di Kok Pasir mungkin program ini nanti juga ada hubungkait rapat 
dengan ICT.  Kerana MMU merupakan sebuah universiti yang bertaraf MSC di 
Malaysia. Seramai 100 orang pelajar MMU akan berkampung di sini pada tarikh 
tersebut.


Ediramle Ismail
PICTKP






[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives
http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke