http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14941
Dr. Azwira Abdul Aziz jawab ust Zamihan
Artikel oleh Sdr Hafiz Firdaus
Assalamualaikum warahmatullah,
Suka cita diumumkan terbitan beberapa buku baru. Semuanya adalah terbitan
Jahabersa, Johor Bahru. Buku-buku ini mungkin akan ada di pasaran Lembah Klang
seawal-awalnya esok (Jumaat) atau jika tidak minggu depan. Pertanyaan tentang
edaran dan jualan, hubungi penerbit di 07-2351602. Buku-buku tersebut adalah:
Pertama: Judul: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?
Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan Mat Zin al-Ghari Ke Atas Pegangan Ahli
Sunnah Dan Para Tokohnya. Pengarang: Ustaz Dr. Azwira Abdul Aziz (UKM, Bangi).
Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.
Saiz: 8.5 x 5.5, 307 mukasurat.
Harga: RM18.00
Ulasan: Akhir-akhir ini timbul fenomena di mana setiap individu atau aliran
mendakwa diri mereka adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam membuat dakwaan ini,
sebahagian individu ada yang sanggup melakukan dusta, menyeleweng perkataan
ulama dan memutar belitkan terjemahan teks Arab. Antara individu yang terkenal
dengan manhaj seperti ini ialah Zamihan Mat Zin al-Ghari. Ini bukanlah dakwaan
kosong semata-mata. Pendustaan, penyelewengan dan putaran beliau telah
dibuktikan oleh Ustaz Dr. Azwira dalam bukunya di atas. Sebelum ini,
pendustaan, penyelewengan dan putaran Zamihan sudah dibuktikan oleh dua
pengarang yang lain, iaitu:
[1] Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah: 73 Penilaian Semula
Ke Atas Penilaian Zamihan Mat Zin Al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah,
terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2003.
[2] Membela Sunnah Nabawiyah: Menjawab Syubhat Buku Bidahkah Kenduri Arwah
Dan Talqin oleh Abdul Wahab Bustami, terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006.
Buku terkini oleh Ustaz Azwira menjawab kertas kerja Zamihan yang sekarang
ini sedang beliau bentangkan di pelbagai tempat sekitar Semenanjung Malaysia
(Road Show?). Berikut intisari kandungan buku Ustaz Azwira. Perhatikan bahawa
ia menjawab hampir semua fitnah yang dilontarkan kepada dakwah Ahli Sunnah Wal
Jamaah yang sebenar, sama ada oleh Zamihan atau kuncu-kuncunya:
Tohmahan Pertama: Ibn Taimiyyah Dan Ibn al-Qayyim Pencetus Fahaman Tajsim
Dan Tashbih. Tohmahan Kedua: Ibn Taimiyyah Menolak Konsep Takwil Tohmahan
Ketiga: Para Pendukung Sunnah Di Malaysia Hanyalah Pengikut Gerakan Wahabiyyah
Dan Bukannya Ahli Sunnah Yang Sebenar. Tohmahan Keempat: Muhammad Ibn Abd
Al-Wahhab Berasal Dari Najd, Negeri Tempat Munculnya Tanduk Syaitan. Tohmahan
Kelima: Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab Mendakwa Nabi Adam Melakukan Syirik.
Tohmahan Keenam: Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab Mentafsir- kan Kalimah Syahadah
Dengan Tafsiran Yang Menyalahi Ijma. Tohmahan Ketujuh: Para Pendukung Sunnah
Malaysia Penyemai Bibit Perpecahan, Fahaman Radikal Dan Anti Kerajaan.
Tohmahan Kelapan: Al-Albani Banyak Membuat Kesilapan Dan Percanggahan Dalam
Penilaian Darjat Hadis. Tohmahan Kesembilan: Pendukung Sunnah Di Malaysia
Tidak Faham Konsep Bidah. Tohmahan Kesepuluh: Para Pendukung Sunnah Malaysia
Sebenarnya Adalah Penentang Sunnah Lagi Jahil Tentang Kaedah-Kaedah
Fiqh Dan Usul Fiqh. Tohmahan Kesebelas: Para Pendukung Sunnah Malaysia
Menolak Ijma Dan Merupakan Pembuat Bidah Yang Sebenar
. =====================
Kedua: Judul: 15 Asas Jati Diri Muslim Cemerlang
Pengarang: Ustaz Dr. Azwira Abdul Aziz (UKM, Bangi).
Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.
Saiz: 8.5 x 5.5, 188 mukasurat.
Harga: RM10.00
Ulasan ringkas: Umat Islam masa kini memiliki banyak cabaran dan ramai di
antara kita tewas kepada cabaran-cabaran tersebut. Seterusnya dalam menghadapi
suasana ini, kita asyik mengkritik dan menyalahkan sumber cabaran itu sahaja.
Padahal jika kita merenungi hal ini, akan dikenal pasti bahawa punca ketewasan
tersebut adalah kelemahan jati diri umat Islam itu sendiri. Buku ini
menyenaraikan 15 asas yang patut dimiliki oleh umat Islam untuk menguatkan jati
diri mereka. Dengan jati diri yang teguh, kita akan berjaya menghadapi apa jua
cabaran, tak kira sebanyak mana sekalipun.
======================
Ketiga: Judul: 7 Sebab Utama Ulama Berbeza Pendapat.
Judul Asal: al-Khilaf Baina al-Ulama: Asbabuhu wa Mauqifna Minhu Pengarang:
Syaikh Muhmmad bin Soleh al-Uthaymin.
Penterjemah: Fathurrahman Dawoed (Singapura)
Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.
Saiz: 5 x 5, 119 mukasurat.
Harga: RM6.00
Ulasan ringkas: Sebagaimana judulnya, buku bersaiz poket ini menerangkan 7
sebab utama timbulnya perbezaan pendapat di antara para ulama dan sikap kita
terhadap perbezaan tersebut.
====================
Keempat: Judul: Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin
Abdul Wahhab (Buku 1)
Judul Asal: Daawa al-Munawiin li dakwah al-Syaikh Muhammad bin Abd
al-Wahhab. Pengarang: Syaikh Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali al-Abd. al-Lathif.
Penterjemah: Mohammad Amin Yaacob (Shah Alam)
Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.
Saiz: 8.5 x 5.5, 258 mukasurat.
Harga: RM12.00
Ulasan ringkas: Ramai orang yang memberi komen negatif tentang dakwah Syaikh
Muhammad bin Abdul Wahhab (Wahabi) tanpa mereka sendiri mengenali apa dan
bagaimana dakwah tersebut pada hakikatnya. Buku ini memberi pengenalan kepada
kita, siapakah Syaikh tersebut dan cabaran-cabaran yang beliau hadapi dalam
dakwahnya. Diikuti dengan penjelasan ke atas beberapa fitnah yang dilontarkan
ke atas dakwah beliau.
=========================
Kelima: Judul: Mencari Rahmat Allah di Sebalik Perbezaan Pendapat.
Pengarang: Hafiz Firdaus Abdullah
Saiz: 5 x 5, 87 mukasurat.
Harga: RM5.00
Ulasan ringkas: Buku bersaiz poket ini menerangkan adab-adab yang sepatutnya
dilalui oleh seseorang apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat [Fiqh
al-Ikhtilaf ].
---------------------------------
Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com
E-mel web base percuma untuk warga Tumpat
http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/