SMK Berangan , Tumpat - 8 Julai 2006 Pengucapan puisi Saadung Pesisir bersama Pejabat Kebudayaan, kesenian dan warisan negeri kelantan dengan kerjasama PIBG SMK Berangan telah dilangsungkan dengan jayanya pada 8 Julai 2006 sepertimana yang dijadualkan.
Turut serta dalam pengucapan tersebut ialah Mustafa Jusoh , Aminuddin Mamat dan Abd Aziz Ismail sebagai pendeklamator . Megat Nordin , Abd Rahman Alabaladi, Kumpulan Kelapa Wangi , Osman kering , Jali anak Rimau , Supian Hanuman , Hussin Dosty dan beberapa orang penyanyi lagu-lagu dikir yang lain turut memperdengarkan lagu masing-masing pada persembahan ini. Program yang diadakan di medan perdana SMK Berangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat sekitar yang terdiri daripada ibu bapa, pelajar dan masyarakat umum. Pengucapan Puisi yang diadakan bersama dengan majlis HI TEA anjuran PIBG SMK Berangan turut disertai oleh pameran daripada AADK, JPJ, Kesihatan , Bomba pameran Sains SMK Berangan dan Pameran buku-buku hasil karya penulis PESISIR. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ybrs En. Zani bin Ismail , Timbalan Pengarah Kebudayaan, kesenian dan warisan Negeri Kelantan. Laporan Ediramle Ismail Setiausaha 1 Pesisir. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Something is new at Yahoo! Groups. Check out the enhanced email design. http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Apa yang anda cari mungkin ada di sini http://www.bukusiber.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
