Telah berpulang ke ramahtullah Tuan Guru Abdullah bin Ab. Rahman atau lebih
dikenali sebagai Ayah Loh "Pelanduk" iaitu seorang guru agama yang dikenali
dengan ketinggian ilmu agamanya khususnya bagi penduduk Kok Pasir dan Tumpat
amnya.  Semasa mudanya Ayah Loh telah menjalani pendidikan keagamaan  dengan
tekun (belajar)   di pondok selama 35 tahun.

Ayah Loh meninggal ketika berusia 87  tahun, pada hari Rabu 12 Julai 2006
pukul 11.00 pagi
setelah terlantar sakit selama lebih setahun  di rumah kediamannya di Kg.
Kok Pasir, Tumpat Kelantan .

Arwah Ayah Loh dikebumikan pada pukul 5.25 petang di tengah-tengah tanah
perkuburan Selehor (Kok Pasir) dengan disaksikan oleh saudara mara ,
penduduk kampung dan sebahagian anak muridnya. (Saya sempat menghadiri acara
pengkebumiannya di tanah Perkuburan Kok Pasir dan sempat menyaksikan ketika
Ayah Loh diturunkan ke liang lahad).

Di bawah adalah Catatan saya  semasa kami (AJK KRTKP) menziarahi rumah arwah
pada hari Jumaat 19 Mei 2006 yang lepas.

Kunjungan kedua kami adalah ke rumah seorang Guru Agama yang cukup dikenali
di Daerah Tumpat iaitu Tn. Guru Abdullah Abd Rahman atau lebih dikenali
dengan panggilan Ayah Loh Pelanduk.

Ayah Loh Pelanduk 87 tahun yang kini terlantar juga akibat serangan strok
sejak lebih setahun. Guru agama yang pernah menyumbangkan hampir sepanjang
hayatnya untuk pendidikan keagamaan juga merupakan seorang yang tinggi
ilmunya sering mengajar di pelbagai tempat dan peringkat.

Ayah Loh semasa mudanya merupakan seorang pelajar yang sangat tekun dalam
mencari ilmu dan juga sebagai pengajar yang sangat tekun . Ayah Loh sempat
berjumpa dengan Tok Guru Selehor dan beberapa orang guru agama yang dikenali
ramai.

Ayah Loh yang kami kunjungi hari ini (19 Mei 2006) hanya berupaya mengangkat
kepalanya
tanpa mampu mengeluarkan suara . Bagaimanapun dalam keadaan begitu masih
menyambut kedatangan kami mungkinnya dengan rasa yang terharu.

Ayah Loh  tinggal bersama isteri ,  anaknya Ustaz Abdul Aziz ,
menantunya  (Isteri Ustaz Aziz) dan cucu-cucu.
Sepanjang yang kami kenali, Ayah loh pelanduk sentiasa hidup dalam suasana
keilmuan dan kesederhanaan. Dan sentiasa menjadi sumber rujukan kepada
beberapa orang guru agama yang lain serta pelajar-pelajarnya.

Rujuk kembali gambar Ayah loh melalui laman ini.

http://ziarah1.bukusiber.com
................

Sedikit Biodata Ayoh Loh yang saya petik kembali daripada laman web kok
pasir yang disediakan oleh biro pendidikan GDW Kok Pasir 2003.

Tuan Guru Abdullah bin Ab. Rahman  - (Ayah Loh Pelanduk)
1.         Nama   :     Abdullah bin Ab. Rahman
2.         Latar Belakang Pendidikan:
           a)   Pondok Selehor -   8 tahun.
           b)   Pondok Tok Ayah Dir  -    15 tahun
           c)   Pondok Tok Guru Yaacob Berangan -  12 tahun
3,   Pengalaman Mengajar
a)        Guru Agama Sekolah Menengah Arab Berangan - 1960-an
b)        Mengajar secara instituisi pondok - 1970-an.
c)        Tempat-tempat mengajar:
·        Masjid Berangan
·        Masjid Kampong Laut
·        Masjid Kok Pasir
1.      Jasa dan Sumbangan
a)                  1970-an dilantik tenaga pengajar bertauliah.
b)                  Mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang-bidang
Nahu, Fikah, Tasauf dan Usuluddin.
c)                  "Tempat" rujukan guru-guru agama tempatan.
2.      Jawatan-Jawatan
a)      Guru Agama Majlis
b)      AJK Majlis Agama Tempatan
c)      AJK Masjid.

Sedikit cerita yang saya dengar tentang ayah Loh dan mengapa ia mendapat
gelaran istimewa. Semasa belajarnya beliau belajar dengan tekun dan rajin
sekali menimba ilmu . Beliau belajar dan terus menuntut ilmu siang malam
hinggakan beliau kadang kala belajar di rumah pondok dengan mengunci pintu
dari luar supaya menampakkan kepada pelajar lain yang beliau keluar berehat
Tapi ayah loh sentiasa belajar walaupun di ketika waktu sepatutnya berehat.
Hal ini dapat dikesan oleh rakan-rakan dan berpakat mengelarkannya sebagai
"Pelanduk" yang melambangkan kecerdikan dan kepintaran.

.Ayah loh juga tidur dengan berbantalkan kelapa komeng bertujuan supaya
mudah terjaga supaya dapat menelaah kitab-kitab yang dipelajari.

Kepada Keluarga Ayah Loh terutamanya  Ustaz Aziz dan keluarga, kami ucapkan
Takziah  . Kematian itu adalah pasti.


Ediramle Ismail
Setiausaha Tabung Khairat dan Kebajikan,
KRT Mukim Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.

12 Julai 2006 (Rabu


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke