Hari semalam Jumaat 15 Julai 06 saya berlapas dari rumah jam 5.30 ptg menuju 
kerumah Ediramle bagi tujuan untuk sama sama 
ke Pulau 100 untuk ziarah Lan setelah hampir 8 bulan kami tidak melihat wajah 
Lan OKU orang kuat Belia.
Berlepas dari rumah jam 6.10 ptg menuju ke Pengkalan Kok Majid untuk naik bot 
seberang sungai Kelantan semata-mata untuk berjumpa Lan (di egroup lebih 
dikenali sebagai Anak Pulau) Dalam perjalana kami hujan renyai renyai tapi 
bertukar jadi lebat sebaik saja kami tiba di kampung Sg. Pinang, kami terpaksa 
singgah dengan harapan sekejap sahaja di pondok perhentian bas,
tetapi hujan bertambah lebat hingga jam 7.00 ptg. Kami batal hasrat untuk ke 
Pulau 100. Hujan mula reda kira kira jam 7.20 mlm.

Hari ini jam 5.45 ptg saya hello saudara Lan untuk bertemu beliau setelah sah 
Lan berada dirumahnya saya cuba hello Ediramle untuk berjumpa dengan Lan. 
Ediramle setuju kami berjumpa di simpang tiga kg. Kok Keli, kami menuju ke 
pengkalan Kok Majid untuk naik bot menyeberangi Pulau 100, kira kira 18 minit 
kami atas bot sampailah kami di Pulau Beluru yang bersempadan dengan Pulau 100 
jam 6.20 ptg kami sampai dirumah saudara Roslan, di Pulau berkenaan orang 
panggil Lan Pak Wel.......
Kami bertanya khabar Lan apa sahaja antara lain berkait rapat dengan komputer 
juga internet, kira kira 40 minit bercakap dengan Lan, kami beritahu Lan supaya 
dapat hadir ke mesyuarat AJK Perintis pada pagi jumaat ini (Lan adalah bekas 
penolong setiausaha Perintis) jam ditangan saya sudah 7.10 ptg kami minta diri 
untuk pulang ke tanah besar Kok Majid kami mendarat di pengkalan Kok Majid kira 
kira jan 7.40 mlm. Saya dan Edi masing pulang kerumah. Semasa di Pulau 
berkenaan saudara Edi sempat merakam gambar sekitar pulau juga ketika bersama 
Lan, Saya terharu melihat saudara Lan walaupun dalam keadaan kecacatan beliau 
sanggup menghadapi cabaran dan dugaan Illahi............ Saya amat bershukur 
pada Illahi dilahir kedunia cukup sifat sebagai hamba Allah. Hari juga Lan 
sambut ulang tahun ke .... saya terlupa mungkin Edi ingat kot.

........Ramisa
       Setiausaha Perintis.



[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke