Posting ini adalah rentetan posting saya yg bertajuk "Datuk Azhar Mansur (The 
Sailorman) Telah Murtad???" yg telah dihantar beberapa tahun yg lalu. Artikel 
ini dipetik dari mailbox saya yg dikirim oleh seseorang. Selamat membaca.
   
  Isu Murtad: Pekakah kita atau "Pekak"kah kita? 
   
  Baru - baru ini saya ada terbaca dari sebuah website yang saya percaya 
berpusat di Sydney, Australia (di forward dari seorang rakan), iaitu 
Sydneyangelicans.net di mana di situ di ceritakan seorang melayu yang kita 
agung-agung kan selama ini kerana pengorbanannya mengharumkan nama malaysia 
telah murtad. Saya pada mulanya agak terperanjat membaca kenyataan itu seakan 
akan tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya. Setelah di selidiki, ternyata 
berita itu benar, seperti yang di dakwa beberapa laman web yang lain. Percaya 
atau tidak, orang itu adalah Datuk Azhar Mansor, insan yang berjaya 
mengharumkan nama negara mengelilingi dunia hanya dengan kapal layarnya yang 
kerding, tetapi secara batinnya iman nya telah tumpas kepada dosa yang paling 
berat di sisi agama. Beberapa dakwaan ada menyebut di mana beliau kononnya 
telah bertemu dengan Jesus Christ ketika pelayarannya. Di sini saya memetik 
dari website Sydneyangelicans.net rangkap dakwaan beliau:-
  "One man who has publicly converted is the well-known yachtsman, Azhar 
Mansor, who in 1999 sailed around the world in 190 days without the aid of an 
engine. The main mast of his yacht broke around Cape Horn. He managed, 
nevertheless, to reach the Faulkland Islands to repair the mast. What happened 
on the way between the cape and the islands is subject to speculation. The 
internet is full of questions by Muslims as to whether Mansor – who no longer 
lives in Malaysia – is really converted. And there is much discussion among 
Christians as well. Kamariah's version is that Mansor, about to drown in the 
sea, was saved by a dolphin, and that Jesus appeared to him soon after."
  Persoalannya di sini, bukan Azhar Mansor (Gugurnya gelaran "datok" di sini 
bererti hilangnya rasa hormat saya kepada beliau secara mutlak) sahaja yang 
berbuat demikian, tetapi ada lagi segelintir yang secara "Umum" atau secara 
"Rahsia" telah Murtad. Pernah dengar kisah Aishah? Lina Joy? Itu hanyalah 
merupakan sebuah episod telenovela kisah murtadnya umat Islam di negara kita; 
terdapat banyak lagi episod yang pada zahirnya tidak di ketahui, tidak di 
siarkan secara zahir pada kaca mata rakyat. Pendedahan saya di sini bukan ber 
erti hendak memalukan pihak yang terbabit, tetapi hakikatnya untuk menyedarkan 
umat Islam di Malaysia bahawa Islam kini di ancam bahaya. Siapa yang patut di 
salah kan? Berbalik kepada situasi Azhar Mansor tadi, hakikatnya perkara ini 
telah pon di ketahui oleh bekas PM Tun Dr. Mahahir sejurus dia pulang dari 
pelayarannya - Azhar Mansor sendiri yang memberitahu beliau yang dia berhasrat 
untuk bertukar agama - atas untuk keselamatan Azhar Mansor, PM
 ketika itu menasihatkan nya supaya meninggalkan negara; dan ya, Azhar mansor 
sekarang sudah tiada lagi di negara ini. Yang agak mengejutkan ialah, hampir 
semua umat Islam di negara ini tidak tahu akan hal ini. Petikan dari sebuah 
blog yang saya ketemui menyebut, "I couldnt believe & i asked my christian 
friends, they knew about it a long time ago." ("Saya tidak percaya lalu saya 
bertanya rakan-rakan saya yang beragama Kristian dan mereka berkata, mereka 
sudah tahu akan hal ini sekian lama.")
  Tambahan pula, ada yang mendakwa untuk menukar agama ini adalah sangat mudah 
sekali di negara kita. Apa yang di perlukan hanyalah 2 keping gambar, duit 
setem RM 7.00 dan pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur untuk 
mengangkat sumpah tukar agama, selesai. Walaupun demikian, status agama pada 
kad pengenalan tidak di ubah (Masih di tulis "Islam") meskipun mereka telah 
selesai 3 perkara di atas, dan ini menyebabkan golongan-golongan murtad ini 
agak sukar di kesan di negara kita. Dan kerana itulah munculnya nama seorang 
wanita bernama Lina Joy yang ingin status agama pada kad pengenalan nya ditukar 
- Jika dia tidak berbuat demikian (tukar status agama pada kad pengenalan), 
nescaya kita tidak akan tahu bahawa dia telah murtad. Siapa sangka, ramai lagi 
spesis-spesis Lina Joy di luar sana yang tidak mendedahkan akan kemurtadan 
mereka secara umum?
  Peguam Kes Murtad Shazalina/Lina Joy (Ust Zulkefli Nordin) menambah, beliau 
telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI JAYA, Selangor 
tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk 
menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan 
hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan 
atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Anda boleh hubungi 
Ust Zulkefli sendiri di talian 013-3998718 untuk penjelasan lebih lanjut, pihak 
peguam Muslim akan memberi penerangan tentang perkara ini. (Sila sebarkan 
berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius!)
  Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) 
pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman berdakwah di dalam bahasa 
Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat: Tidak boleh hisap rokok, 
tidak boleh minum arak, tidak boleh makan benda-benda berdarah, tidak boleh 
kahwin. Holywater yang beliau gunakan dulu dibawa dari Indonesia yang di 
sediakan oleh bapak Bruto (Ketua paderi Indonesia). Percetakan buku-buku 
Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen.
  PENDEDAHAN KHAS! HARAP DISAMPAIKAN KEPADA ORANG ISLAM KITA
Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah 
memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan 
barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat 
kemenangan yang besar."
  Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yang paling 
ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja kepada 
Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Kedua, kawasan Kuala 
Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat 
di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yg 
membabitkan remaja belasan tahun.
  Beberapa minggu yang lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik 
seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yangg bersekolah di sebuah sekolah di 
Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dengan 
seorang yang berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 org 
remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat 
yg diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya 
di tepi highway Cheras); diajar dan diKristiankan (dibaptiskan) oleh dua orang 
paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja 
tersebut. Remaja-remaja tersebut di atas sekarang berada di Ulu Yam untuk 
proses pemulihan akidah.
  Kalau anda semua masih ingat, pada beberapa tahun yang lalu, terdapat seorang 
paderi Melayu yg bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah 
gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah 
beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang 
Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini.
  Terdapat satu lagi kes, baru-baru ini, dimana seorang anak Tan Sri telah 
melahirkan seorg bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital 
tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu 
yang tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan 
yang pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin menamakan bayi tersebut 
(dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dengan nama yang jelasnya bukan 
nama seorang penganut Islam. Jabatan Agama Islan dengan kerjasama Perkim telah 
berjaya membawa `lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan ditempatkan buat 
masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau 
bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si `claimant' 
wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan.
  Di Kedah yang suatu ketika dahulu agak kecoh dengan isu Black Metal nya, kini 
terdapat kumpulan baru yg menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan. Mereka 
juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak 
kepercayaan kepada Allah yang Esa. Cara mereka mengisytiharkankan diri mereka 
sebagai "free-thinker" adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah 
Al-Quran. Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki 
akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil 
mengoyak-ngoyakkan helaian al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan 
darah mereka kedalam gelas yg telah bercampur dgn darah kambing (kalau tidak 
silap saya). Kemudian mereka minum. Manakala kumpulan perempuan pula, modus 
operandi untuk mengesahkan mereka bukan lagi Islam agak sedikit berbeza dari 
pihak lelaki. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan 
al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita
 ini, mereka melakukan penzinaan dgn senior lelaki mereka di atas helaian yang 
koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah 
berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan akidah. Jabatan 
Agama Islam dgn kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli lain yang hanyut 
itu.
  Terdapat juga sebuah kenyataan yang di petik dari sebuah lagi website 
(www.forum.jiwang.org) yang menyebut, "Saya pernah mempunyai seorang senior 
ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 
80-an. Dia boleh dikatakan rapat dgn saya. Seorg anak cikgu yg berasal dari 
Muar. Seorg pelajar yg pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus, 
beliau pernah ditawarkan utk melanjuttkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer 
Scheme". Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yg tidak baik 
berlaku. Beliau seorg yg patuh pada perintah org tuanya pun bersetuju. Tidak 
lama kemudian, kawan saya ini mendpt pekerjaan di sebuah syarikat guaman yg 
terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yg sedih ini. Kawan 
saya ini telah berkenalan dgn anak tuan punya syarikat guaman ini; sehingga 
mengheret dia menjadi seorg penganut Kristian. Setelah berkawin di sebuah 
gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah dtg mencari saya; dan terakhir yg
 saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorg 
penganut Kristian yg setia; rajin ke gereja dan menghayati Bible."
  Kisah Aisyah Bukhari dan kisah tersebut di atas mempunyai banyak persamaan; 
good religious foundation but got carried away (Latar belakang agama (keluarga) 
sangat molek, tetapi sayangnya hidayah Allah tidak kesampaian ke hati mereka; 
Iman tiada dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa). Misi agama lain 
sungguh kuat dari segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang. 
Dulu, mereka menggunakan issionary mereka dengan cara berbuat baik, mengambil 
hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yg 
dijadikan mangsa. Pinta penceramah semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil 
ikhtibar dan melakukan sesuatu yg terbaik untuk masa depan generasi Islam di 
Malaysia ini. Bagi yang mampu atau yg sudi menghulurkan sedekah; salurkan niat 
murni kepada PERKIM atau pihak yang berkenaan kerana bantuan yang diterima 
tidak mencukupi.
  P/S: Usah lagi biarkan Islam berduka di negara kita. Cukuplah sudah peristiwa 
sadis berdarah di Palestine, di Iraq, di Lebanon, di Afghanistan… cukuplah 
sudah dengan dugaan yang menimpa umat Muhammad… Harapan saya agar apa yang anda 
baca di sini dapat sampaikan kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita. 
Tidak secara elektronik - forwarding-forwarding, secara lisan pun jadilah… 
Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada mimpi buruk ini, di 
samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri. INSYA-ALLAH setiap usaha 
yang murni kerana ALLAH, akan diberkati! Semoga ia akan menjadi ikhtibar & 
peringatan… untuk manfaat kita bersama… 
  

moyubis <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          Betul ke ni? Apakah bukti dah fakta-fakta berita ni betul?



                         
  ..oooO..............Let Islam
...(....)...Oooo...Be
....)../.....(....).....Our
...(_/.......)../......Way
.............(_/.......of Life














                
---------------------------------
Get your email and more, right on the  new Yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke