Expo Sempena Karnival Kebudayaan dan Ambang Merdeka Kelantan 2006 . Tarikh : 22 Ogos 2006 hingga 15 September 2006
Masa : 11.00 pagi hingga 11.00 malam Tempat: Perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV Kota Bharu, Kelantan. Catatan Ediramle semasa di Expo. 26 Ogos 2006 (Sabtu) .11.00 pagi . Saya berkunjung ke tm.net clickers yang terletak di hadapan IPK Kota Bharu untuk urusan ke arah memperkasakan ICT. Jumpa dengan kakitangan tm.net di sana. 12.00 tgh. Sempat singgah di kawasan Expo . Suasana di ekspo hari ini adalah sederhana . Beberapa gerai dibuka dan mempamirkan keluaran masing-masing. Antaranya Hotlink, Modenas, jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya. Ketika di sana sempat melihat bagaimana tunjuk cara sebatan dibuat oleh pihak penjara. Sepertimana yang disaksikan tiga jenis rotan yang digunakan , ini berdasarkan peringkat umur pesalah yang menerima hukuman rotan. Sebatan yang dibuat itu kencang sekali dan ianya mengerunkan . Pada hari ini juga berkebetulan ada Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia yang disertai 22 Bahagian KPM yang mengambil bahagian. Sempat masuk ke beberapa buah gerai di sana. Program ini diadakan pada 26 Ogos bermula 9.30 pagi hingga 4.30 petang juga di Perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-IV Kota Bharu. Nampak seperti ada pameran di sebelah Bangunan MPKB (Dekat padang hoki) masuk ke situ seketika. ada dua perkara di sana pertamanyanya pertandingan ayam serama dan keduanya pendaftaran talian kedua Telekom Malaysia. Pendaftaran CDMA hendset dan sebagainya barangkali. Nak daftar talian kedua tak boleh kerana talian tetap pertama pun masih belum boleh lagi . Bagaimanapun untuk melihat suasananya bolehlah berkunjung ke sana , mungkin sebelah petang atau malam ianya lebih meriah. Edi [Non-text portions of this message have been removed] Apa yang anda cari mungkin ada di sini http://www.bukusiber.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
