Telah pergi untuk selamanya Mejar (B) Awang bin Senik yang lebih dikenali dengan panggilan Mejar Awang pada pukul 3.00 petang , Selasa 19 September 2006 di Hospital USM Kubang Kerian , Kota Bharu Kelantan.
Mejar Awang Senik adalah antara nama yang tidak asing lagi bagi penduduk Tumpat , kerana beliau adalah antara seorang yang cukup banyak berjasa kepada masyarakat terutamanya bekas Tentera dan Anak-anak kurang upaya. Saya telah mengenali Mejar Awang pada tahun 1986 atau 1987 di mana ketika itu beliau mula memegang Ketua Cawangan Persatuan Bekas Tentera Cawangan Tumpat. Sejak daripada masa itu hingga Ke hari kematiannya beliau masih sebagai Ketua Cawangan Persatuan Bekas Tentera Cawangan Tumpat. Sebelum ini beliau telah memegang banyak jawatan dalam persatuan termasuk yang peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Saya menyertai PBTM pada tahun 1986 dan terus dilantik sebagai jawatankuasa Cawangan Tumpat dan telah bekerja bersama dengan mejar Awang selama kira-kira 20 tahun. Pada tahun 1990 saya diberikan kepercayaan oleh Beliau sebagai Setiausaha Kehormat, kemudian saya kembali ke Ajk, Kemudian beliau lantik saya sebagai bendahari dan akhirnya saya kembali semula sebagai Ajk PBTM Tumpat hingga ke hari ini. Selama 20 tahun mengenali beliau , saya dapat melihat kesungguhan beliau membela nasib bekas-bekas Tentera , tanpa mengenal jemu. Jasa dan sumbangan Mejar (B) Hj. Awang Senik tidak ternilai tingginya. Banyak mengorbankan masa dan wang ringgit untuk menjaga kebajikan terutamanya bekas-bekas tentera dan keluarga bekas tentera. Semoga mendapat pahala yang berkekalan. Takziah diucapkan kepada keluarga dan saudara mara. Pemergian beliau merupakan kehilangan yang besar untuk bekas Tentera bukan sahaja di Tumpat, tetapi juga di Kelantan. Ediramle Ismail, Ajk Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Tumpat. 19 September 2006. [Non-text portions of this message have been removed] Apa yang anda cari mungkin ada di sini http://www.bukusiber.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
