Tak sempat nak habiskan cerita , catatan yang sedang ditulis telah tersend tanpa sengaja . Jadi ia kena disambung sikit lagi. Ada orang lihat Tok Jebak membawa pelita bersama Jebaknya . Jebak (sesetengah tempat disebut Ceduk) ni satu alat yang digunakan untuk melindungi api pelita daripada terpadam ditiup angin bila seseorang menggunakan pelita untuk menerangi jalan atau untuk menyuluh dan sebagainya. Ketika itu lampu picit tidak digunakan kerana mungkin kalaupun ada harganya mahal dan tidak ekonomik untuk digunakan untuk menyuluh atau mungkin di kampung sekitar tidak jual benda tu.
Tok Jebak kelihat menyuluh di satu kawasan tanah jerlus yang airnya tidak pernah kering sepanjang tahun. Beberapa ketika secara tiba-tiba saja api dari jebak yang dibawa oleh Tok Jebak hilang . Orang yang melihat percaya bahawa Tok Jebak telah terjerlus dalam tanah berlumpur di tempat cahaya api jebak tiba-tiba hilang tadi. Sebelum terlupa, Jebak juga adalah suatu alat yang digunakan untuk menangkap burung secara memerangkapnya. Ini yang jadi sukar sikit nak buat kesimpulan. Apakah bermakna ketika itu, Tok Jebak membawa dua jenis alat berlainan yang punyai satu nama iaitu Jebak. Keesokan harinya Tok Jebak Benar-benar hilang bersama jebaknya. Orang kampung cuba mencari merata-rata tempat, namun Tok Jebak tetap juga tidak diketemui. Orang Percaya bahawa Tok Jebak telah terjerlus dan terus tertimbus di tanah jerlus itu. Sebahagian yang lain kata Tok Jebak telah ghaib. Jasad Tok Jebak tidak dijumpai hinggalah sekian lamanya. Orang kampung telah menamakan tempat di mana menghilangnya cahaya pelita daripada Jebak Tok Jebak sebagai JEBAK PUYUH. Belum habis lagi . Ada lagi sambungannya . Nak Tahu di manakah Jebak Puyuh itu dan apakah kesudahan cerita Tok Jebak ... Tunggu pada siri akan datang... Jeng. Je. Jenggg. ----- Original Message ----- From: Tok Jebak To: [email protected] ; [EMAIL PROTECTED] ; [email protected] Sent: Friday, September 22, 2006 7:44 PM Subject: Tok Jebak - Permulaan cerita Pagi Tadi saya terjumpa satu watak yang saya cari yang mengambarkan seorang watak warga emas yang ingin saya tumpangi perasaannya terhadap perkembangan semasa masyarakat hari ini yang nampaknya seperti semakin kurang prihatin terhadap alam sekelilingnya. Tok Jebak adalah asal kepada suatu nama penting dalam cerita bagaimana kampung Jebak Puyuh mendapat nama. Sehingga pagi tadi Tok Jebak merupakan satu watak misteri dan seakan tak dapat jawapan kemisteriannya. Tok Jebak adalah orang yang biasa . Orang kampung zaman dahulu yang entah diketahui tahun kelahiran tahun dibesarkan dan tahun kematiannya. Yang diketahui Tok Jebak adalah seorang yang miliki hobi suka memikat burung. Tok Jebak selalu memikat burung antaranaya memikat burung puyuh. Selain gemar memikat Tok Jebak juga seorang seni yang pandai menghasilkan peralatan antaranya berkemahiran membuat jebak. Tidak diketahui pasti di mana asal Tok Jebak, Tapi dipercayai Tok Jebak berakhir di Jebak Puyuh. Suatu malam , mungkin jam hampir tengah malam, seperti selalu Tok Jebak..... [Non-text portions of this message have been removed] Apa yang anda cari mungkin ada di sini http://www.bukusiber.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
