Rasanyalah, kalau tidak seratus peratus pun, mungkin 99.99 peratus orang bercita-cita, berangan-angan, berharap atau bersebagainya yang memberi maksud yang kurang lebih sama dengannya harapkan agar boleh jadi kaya sama ada kaya cepat atau kaya lambat. Tidak terkecuali yang sudah masuk 60-puluhan atau 70-an juga ada juga masih memasang angan-angan untuk jadi kaya. Ini nampaknya kekayaan itu penting, kerana dengan kekayaan orang lebih mudah memperoleh apa yag diperlukan untuk mengisi perut, keinginan, nafsu dan sebagainya. Ada juga sebilangan kecil kalau kaya boleh bantu orang lain , bantu mengurangkan kesukaran orang lain. Kadang-kadang kesihatan badan dilupakan.
Ramai orang kita (mungkin Melayu) yang bercita-cita nak kaya dengan cepat dan pantas. Maka mereka mencari jalan yang mudah ke arah itu termasuklah menawarkan sesuatu yang kadangkalanya tidak masuk di akal melalui bermacam cara. Di internet, saya perhatikan , pengiriman e-mel untuk skim-skim cepat kaya adalah terlalu besar terutamanya menggunakan kemudahan egroups dan sebagainya. Sepanjang mengendalikan kira-kira 200 egroups di yahoogroups.com sebagai moderator saya dapati 90 peratus e-mel yang dihantar ke egroup adalah e-mel iklan sekiranya tidak dibuat pemantauan atau pengendalian dengan betul ianya akan berterusan dan ini adalah sungguh mengecewakan kerana kebanyakan daripada iklan yang dikirimkan adalah iklan angan-angan yang tidak mungkin dicapai tangan. Apa yang boleh dilakukan bagi mengurangkan perkara ini adalah antaranya adalah "ban tanpa syarat" selain memoderatorkan egroups tersebut. Sama ada percaya atau tidak , ada pada hari-hari tertentu saya terpaksa memban berpuluh-puluh, malah beratus-ratus e-mel pengirim yang menghantar spam iklan ke ruangan yang tidak berkenaan. Ini salah satunya membuatkan masa menggunakan internet bertambah dan mengorbankan agak banyak waktu dan juga bill talian telefon . Sila masuk ke laman http://www.bukusiber.com untuk lihat antara egroup yag saya dirikan dan semuanya adalah bertujuan untuk memperkasakan ICT terutamanya untuk masyarakat kita di Kelantan dan sebagainya. Turut disediakan juga egroups untuk pengiklan supaya mereka bertumpu ke situ sahaja, tapi mereka tetap tidak bertumpu ke situ juga. Untuk hasilkan egroups perbincangan adalah mudah, tapi untuk mengendalikannya adalah sukar . Bagaimanapun saya akan teruskan juga kerana dalam banyak-banyak perbincangan dan tulisan yang dikirimkan sudah pasti ada yang bermanfaat untuk dibuat rujukan , bermaklumat dan sebagainya yang baik. Kalaulah itu berlaku, sekurangnya sebahagian kecil daripada hasrat dah tercapai sedikitnya. Mengapa saya buat banyak. Ini adalah seperti menahan lukah, kalau menahan sebuah lukah dapat 1 ikan contohnya, kalau 100 lukah ia boleh jadi dapat 10 ikan kalaupun tidak 100 ikan. Sedangkan orang lain juga menahan lukah-lukah yang jauh lebih banyak dan sudah tentu mereka dapat lebih banyak ikan. Saya ada juga dirikan beberapa egroups di googlegroups dan quicktopic, myspace, dan beberapa egroups yang lain, tapi pilihan pertama masih di yahoogroups.com . Ediramle [Non-text portions of this message have been removed] Apa yang anda cari mungkin ada di sini http://www.bukusiber.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
