Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun 2006 yang akan tiba beberapa hari saja lagi.
Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua rakan-rakan di egroups. Kepada yang menerima e-mel-emel iklan yang tidak bersangkutan saya mohon maaf kerana tidak dapat laksanakan tanggungjawab sebaiknya dalam memoderatorkan egroups dengan cemerlang. .Sesungguhnya saya tidak membenarkan pengiriman iklan terutamanya skim cepat kaya dan surat berantai yang membuatkan lebih ramai orang kita yang berangan-angan untuk kaya cepat dengan jalan yang tidak baik. Saya juga memohon maaf kerana sudah pasti ada antara yang saya catatkan dan tuliskan selama ini ada yang tidak disukai dan disenangi oleh sebahagian rakan-rakan semua. Kepada rakan-rakan di perantauan yang nak balik ke kampung, semoga pada setiap detik dalam perjalanan sentiasa berhati-hati terutamanya semasa memandu kenderaan. Semoga semuanya selamat dan semuanya dapat merayakan hari raya tahun ini dengan hati yang gembira. Kebetulan pada tahun ini kita tidak sempat berbincang untuk mengadakan perjumpaan Hari Raya untuk warga ICT dan saya berharap agar di masa akan datang kita akan terus mengadakan perjumpaan ICT untuk mempereratkan lagi silatulrahim dan persahabatan kita semua. Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin. Ediramle Ismail PICTKP Tumpat, Kelantan. 18 Okt 2006 [Non-text portions of this message have been removed] Apa yang anda cari mungkin ada di sini http://www.bukusiber.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
