Catatan 1. Dua Hari sebelum raya.(Ahad).
Kelihatan di mana-mana saja kemeriahan telah terasa. Ramai Perantau telah balik bercuti. Sempat meninjau-ninjau di Kota Bharu. Kelihatan di beberapa tempat orang ramai berpusu-pusu. apakah yang dicari? . Kelihatan terutamanya di pusat-pusat membeli belah orang bersesak-sesak untuk mendapatkan bahan-bahan keperluan bagi menyambut ketibaan raya. Antara kedai-kedai yang menjadi tumpuan ramai masih lagi kedai-kedai yang berasaskan kain baju termasuk kedai yang menjual songkoh , kopiah . , perabut, alatan elektrik, barangan runcit, gerai-gerai kuih-muih dan kedai-kedai emas. Kedai gunting juga menjadi tumpuan. Antara kedai-kedai yang kurang menjadi tumpuan adalah seperti kedai buku dan kedai-kedai alat tulis dan seumpamanya. Catatan 2 Sehari sebelum raya. (Isnin) Orang masih ramai yang sedang dalam perjalanan untuk balik beraya ke kampung. Ketika pulang untuk bertemu sanak saudara dan kampung tercinta ada perasaan yang tidak dapat digambarkan pada perasaan mereka. Ramadan tahun ini berada di penghujungnya. Esok hari raya. Kita hampir mencapai kemenangan dalam bertarung dengan hawa nafsu , berjaya menjalani ibadah puasa dapat bertahan dalam kesabaran . Esok raya dan selepas itu ramadan akan meninggalkan kita lagi sebelum tiba 11 bulan lagi dari sekarang. Itupun kalau kita masih dipanjangkan umur. Kepada semua , berhati-hati di jalan raya. kepada pemandu, memandulah dengan sangat berhati-hati dan kepada pejalan kaki, melintaslah dengan berhati-hati. Kurang bijak kalau jadikan bulan puasa sebagai bulan untuk berbelanja dan bulan untuk makan makanan yang lazat-lazat dan berbelanja lebih besar daripada bulan-bulan lain. [Non-text portions of this message have been removed] Apa yang anda cari mungkin ada di sini http://www.bukusiber.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
