Catatan Sempena Program Lawatan GDW Kok Pasir , GDW Morak, GDW Kg.
Menjual dan GDW Kg. Kajang Sebidang Ke Bentong Dalam, Kluang Johor pada 3
hingga 5 November 2006.
"Ambillah apa-apa yang baik yang terdapat di sini, dan tinggalkan apa-apa
sahaja yang buruk yang terdapat di sini" . Penghulu Mukim Bentong, Kluang Johor.
Catatan ini seharusnya ditulis apa sahaja pemerhatian yang dibuat dan
diperolehi sepanjang lawatan ke Kg. Bentong Dalam Kluang Johor. Bagaimanapun
Catatan ini hanya berkisar kepada apa kelebihan bukannya kekurangan yang
diperolehi semasa lawatan. Apa-apa kekurangan diskip biarpun seharusnya dicatat
juga. Bagaimanapun beberapa kesimpulan boleh dibuat tentang kekekuatan dan
kelemahan orang-orang Melayu secara umumnya.
Bertolak Dari Kok Pasir.
Jam 8.00 pagi 3 Nov 2006 sepertimana yang dijadualkan saya dan beberapa
orang wakil dari GDW Kok Pasir menunggu bas di Bangunan GDW sepertimana yang
ditetapkan pihak penganj
Jam 9.30 kami pertolak dari Kok Pasir dengan menaiki bas persiaran. Jam
9.45 Bas berhenti di Pasir Pekan . Telah sedia menunggu sebuah bas berwarna
kuning yang juga memuatkan sebahagian peserta rombongan. Bas Persiaran yang
saya naiki turut dinaiki oleh Wakil-wakil GDW Kg. Morat. Beberapa orang
daripada kami dari Kok Pasir kena naik bas tersebut kerana bas persiaran telah
penuh. Bas sebuah lagi itu dinaiki oleh Peserta dari Kg. Kajang sebidang dan
Kg. Menjual dan 6 orang dari Kok Pasir.
Jam 9.50 Bas bertolak dari Pasir Pekan. Perjalanan siang hari adalah
menguntungkan kami kerana dapat melihat pemandangan sepanjang perjalanan .
Kota Bharu ditinggalkan dengan harapan akan memperolehi sesuatu yang
berharga di tempat kunjungan nanti. Sepanjang jalan di kiri kanan , Banyak
usaha niaga secara kecil-kecilan dan ada yang sederhana. Rumah-rumah seakan
berderetan sepanjang perjalanan.
10.40 tiba di Pasir Putih dan berhenti seketika di pam minyak.
11.00 pagi meneruskan semula perjalanan. Kali ini jaraknya agak jauh
kerana bas berhenti untuk kali keduanya Berhampiran Kuantan. Kami makan dan
minum beberapa minit . Jam.4.10 kami bertolak semula ke tempat tujuan.
Kuantan sepertimana yang dilihat seakan mengorak langkah yang lebih laju
ke arah kemajuan. Jalan telah diperluaskan, bangunan-bangunan baru banyak
dibangunkan. Sepertinya Kuantan telah semakin sehari semakin maju dari segi
pembangunannya.
Jam 5.00 petang saya untuk sekian kalinya melintasi Jaya Gading, ini
tempat kenangan saya. Melihat Masjid Jaya Gading saya teringatkan sesuatu
cerita yang telah terjadi sekitar lebih dua puluh tahun dulu. Ceritanya mudah
saja , tapi ianya menjadi kenangan sepanjang hidup saya. Ketika itu saja jadi
seorang tentera..
Jalan Sungai pancing ditinggalkan , telah berubah wajah kini. Sampai di
Gambang dan Masuk ke jalan Muazam Shah,.
Kiri-kanan jalan seperti ada kesepian yang memanjang. Banyak hutan-hutan
dan ladang kelapa sawit untuk jarak yang jauh hingga ke Segamat.
Senja tenggelam di Segamat. Sampai di Segamat, matahari sudah mula
terbenam dan hari sudah semakin malam. Bas terus meluncur, tapi tidaklah laju.
Pemandu bas yang kami naiki sungguh berhati-hati semasa memandu, tidak memecut
, kami merasa agak selesa dengan keadaan ini.
Hari semakin malam, kami tiba di Yong Peng, Ayer Hitam dan kemudiannya di
Kluang iaitu daerah yang dituju. Sampai di Kluang ada sebuah kereta yang sedia
menunggu ketibaan kami dan membawa kami ke Kg. Bentong Dalam tempat yang
dituju. Setelah melalui jalan yang agak sempit beberapa kilometer dari Kluang,
kami tiba di Bentong Dalam.
Setiba di Bentong Dalam. Kami disambut oleh Jawatankuasa dan orang
kampung Bentong dalam secara sederhana dengan paluan kompang dan marhaban dan
bersalaman. Saya ambil peluang untuk rakam beberapa gambar dalam suasana malam
sambutan. Kami kemudian dijemput masuk ke dewan Kampung.
Kebetulan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan beberapa orang pegawai kanan
dari GDW Kok Pasir tidak dapat turut hadir di antara 26 orang peserta dari Kok
Pasir dan jumlah keseluruhan peserta rombangan kami sekitar 80 orang termasuk 3
orang pegawai KEMAS selaku urusetia dan ketua rombongan.
Saya diberi kepercayaan oleh GDW Kok Pasir untuk duduk di hadapan
sebagai mewakili Kok Pasir bersama pengerusi-pengerusi GDW yang lain.
Taklimat ringkas diberikan oleh Tok Ketua kampung Bentong, Kluang En.
Sugimon Hj. Said . Acara berikutnya penyerahan keluaarga Angkat.
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada yang kena bermalam di
rumah keluar angkat dan ada yang bermalam di homestay. Saya bersama tiga orang
pegawai KEMAS Tumpat termasuk ketua rombongan, Penghulu Kg. Morat yang juga
selaku Pengerusi GDW Morat , wakil Pengerusi Kajang Sebidang, KG. Menjual dan
seorang dari Kok Pasir iaitu Sdr. Wan Hashim pengerusi biro keceriaan GDW Kok
Pasir turut bermalam di rumah En. Razak Hj. Said iaitu adik kepada Ketua
Kampung Bentong.
Kami sempat berbual-bual dan beberapa orang dari yang bermalam di sini
saya belum kenal rapat. Bagaimanapun pada paginya kami telah mula kenal baik.
Sabtu 4 November.
Jam 8.00 pagi selepas bersarapan di rumah keluarga angkat, kami ke dewan
untuk sesi dialog. Memandangkan saya hanya berhasrat untuk mencatatkan sesuatu
yang baik sahaja , maka catatan ini agak terhad sedikit. Bagaimanapun sesi
dialog berjalan dengan lancar, Pertamanya taklimat tentang kampong Bentong
Dalam oleh ketua kampung , En. Sugimon. Beberapa kelebihan yang terdapat di
kampung ini antaranya aktiviti ekonomi, perternakan lembu 500 ekor, ikan keli
kira-kira 70 ribu ekor , pembuatan beberapa barangan dan beberapa kejayaan yang
pernah dicapai oleh Bentong dalam. Tentang masyarakatnya dan tentang
keharmonian kampung ini. Terdapat juga sebuah E-desa yang memuatkan 10 buah
komputer untuk kegunaan masyarakat umum.
Seterusnya tiba pula giliran soal jawab dan dialog. Beberapa pertanyaan
dikemukakan, Ketua kampung begitu cekap sekali menjawab soalan yang
dikemukakan. Kelihatan begitu jelas ketokohan ketua kampung Bentong , En.
Sugimon sebagai seorang pemimpin yang berwibawa.
Istilah ketua kampung, penghulu , pengawa rupanya berbeza. Penghulu di
Kelantan berbeza dengan penghulu di Johor, di Johor Ketua Kampung adalah
seperti penghulu di Kelantan. Penghulu di Johor seperti penggawa di Kelantan.
Tapi terdapat beberapa perbezaan lain yang tidak patut untuk saya catatkan di
sini.
Selepas rihat seketika, tiba pula giliran untuk kami menyampaikan
taklimat ringkas tentang kampung masing-masing. Mulanya saya sampaikan taklimat
bagi mewakili GDW Kok Pasir. Saya tidak begitu cekap untuk bercakap di depan
umum. Cuma memperkenalkan tentang apa yang ada di tempat kami , tentang
kekuatan dan kelemahan yang ada. Diikuti oleh wakil dari kg. Menjual, Kg.
Kajang sebidang dan Diakhiri oleh Pengerusi GDW Kg. Morat. Pengerusi GDW Kg.
Morat ada cara yang baik untuk sampaikan taklimat membuatkan En. Sugimon
tertarik dengan apa yang disampaikan terutamanya tentang produk kerjatangan
perak yang diadakan di Morak.
Keempat kampung ini, Kok Pasir, Morat, Kg. Menjual dan kajang sebidang
adalah antara kampung-kampung GDW yang terbaik di Tumpat.yang diuji melalui
pertandingan Desa Cemerlang. Kg. Kok Keli dan Kg Pulau Suri juga termasuk
dalam katogeri ini.
Kok Pasir telah menggunakan pelbagai kekuatan yang ada untuk memenangi
beberapa pertandingan sebelum ini dan hasilnya dalam empat pertandingan
peringkat daerah kami mendapat johan pada keempat-empatnya.
Pada waktu rehat selepas makan tengahhari saya berkunjung ke homestay di
tempat bermalamnya sebahagian rakan dari Kok Pasir.
Jam 2.30 kami ke acara lawatan ke projek. Pertamanya ke tempat penduduk
mengusahakan mee kuning dan ke peternakan ikan keli dan beberapa projek lain.
Ini bagi saya sebagai acara kemuncak yang perlu dimanfaatkan oleh setiap
peserta yang datang dari jauh selama lebih 12 jam dalam perjalanan.
Jam 6.30 petang kami ke surau kg Bentong untuk ikuti majlis di sana.
Beberapa sesi tazkirah dan motovasi dibuat di sini. Apa yang menarik dan
perkara baru bagi saya dan sebahagian peserta lain ialah jamuan nasi ambang.
Selepas Isyak kami dihidangkan dengan Nasi Ambang.
Saya tertanya-tanya bagaimanakah rasanya nasi ambang.
Malam ini persoalan itu terjawab, apabila kami dihidangkan nasi ambang.
Nasi ambang dihidangkan dalam dulang . antara lauknya ayam goreng, ikan
kering goreng dan beberapa sayuran dam bahan-bahan lain. Ianya tidak berkuah.
Saya mulai bimbang bila melihat nasi ambang, kerana yang paling saya
takutkan ialah kalau ada daging dalam nasi ambang. Saya sememangnya tidak makan
sebarang daging kecuali ayam. Kalau ada daging alamat saya kelaparanlah malam
ini. Rupanya mujurlah tidak ada daging di dalamnya.
Tapi cara makannya adalah asing kepada saya, Saya agak tidak boleh makan
secara beberapa orang sedulang. Sedulang nasi ambang dimakan oleh empat orang.
Saya tak mahu menampakkan keadaan tidak selesa makan secara beramai dalam suatu
bekas. Tapi nasi ambang tidak berkuah, dan tidak ada cecari yang mengalir dari
seorang ke seorang.
Saya makan juga nasi ambang ini walaupun dengan keadaan separuh selesa.
Nasi Ambang memangnya sedap dan cara makannya adalah agak menarik untuk
melahirkan perpaduan dan silatulrahim. Tapi mungkin bagi yang kurang biasa
seperti saya ianya agak kekok juga. Ada yang cukup berselera hingga menambah
dulang.
Selepas makan nasi ambang, kami dihidangkan oleh ceramah yang berhubung
kebersihan kampung. Penceramahnya begitu pandai membuatkan pendengar terpaku .
Diselangseli dengan cerita-cerita yang menarik untuk dibuat ikhtibar.
Jam 12.00 malam , saya tidur di Rumah En. Razak untuk malam kedua.
Pagi Ahad.
8.00 pagi , selepas sarapan kami keluar dari rumah En. Razak. Kami
menunggu di medan untuk acara penutup. Kami sempat bergambar dan sempat
memperatkan perkenalan dengan para peserta dan tuan rumah. Jam 9.30 acara
penutup di lakukan oleh Ketua Kampung Bentong. Acara berikutnya ialah
apenyerahan cenderahati dan penyerahan kembali keluarga angkat.
Jam 10.10 kami bertolak dari Kg. Bentong Dalam. Kami dihantar oleh sebuah
motorsikar yang mengiringi hingga ke Kluang.
Dari Kluang kami bertolak ke balik ke Kelantan dan singgah seketika di
Ayer Hitam. saya sempat beli beberapa bungkus kerepek ayer hitam dan beberapa
orang anggota rombongan sempat beli pasu dan bunga-bunga plastik yang banyak
dijual di sini.
Sepanjang perjalanan yang paling banyak saya saksikan adalah pokok-pokok
kelapa sawit. Baik di Johor, Pahang, Terengganu dan sedikit di Kelantan.
Jam 2 petang kami singgah di segamat untuk makan tengah hari. Dari
Segamat kami singgah di Kg. Pandan Kuantan kira-kira jam 4.00 petang.
Kami sampai di Kok Pasir pada jam 12.00 malam 6 November 2006. Beberapa
perkara masih menjadi persoalan kepada saya.
Khabarnya rombongan dari Gua Musang, Dari Pasir Mas dan dari Kedah juga
akan turut datang ke Kg. Bentong.
Menurut En. Sugimon Nama kg Bentong ini adalah berasal dari Bentong
Pahang, dimana mereka yang datang meneroka di sini pada peringkat awalnya
adalah dari Bentong Pahang.
Gambar-gambar boleh dilihat di sini
Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dua jalan ke tempat yang sama
http://www.bukusiber.com
[Non-text portions of this message have been removed]
Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/