Sdr. Hashim .


Sedikit tambahan. 

-Sebagai Angkatan Tentera,  Alahyarham sempat  bertugas semasa mengambalikan  
keamanan dan keselamatan di Kuala Lumpur  pada  peristiwa 13 Mei 1969 .

-Tempat kematian tidak di Hospital Kubang Kerian, tapi Di Hospital Kota Bharu - 


Gambar Tn. Hj. abdullah saya tempatkan di laman ini

http://www.bukusiber.com/abdullah.html     

  ----- Original Message ----- 
  From: Ediramle Ismail 
  To: [email protected] ; [email protected] ; 
[email protected] 
  Sent: Sunday, November 19, 2006 5:35 PM
  Subject: Perginya seorang pejuang


  Telah kembali ke rahmatullah Pegawai Waren 1 (Bersara) Tn. Hj. Abdullah bin 
Yusoff  pada pagi Jumaat yang mulia 18 November 2006 di Hospital Kota Bharu, 
Kelantan dipercayai akibat daripada penyakit  buah pinggang yang dihidapinya 
beberapa bulan sebelum ini.

  Tn. Hj Abdullah bin Yusoff meninggal pada usia pertengahan 60-an sebelum ini 
melalui beberapa pengalaman hidup yang pelbagai.
  Menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 60 -an , kemudian bertugas di 
Kor Ajar ATM sehingga dinaikkan pangkat ke Pegawai Waren 1 sebelum bersara 
sekitar awal tahun 1990-an , Setelah bersara beliau bertugas sebagai guru 
sepenuh masa di SJK Kg. Laut, Tumpat Kelantan sehingga bersara wajib beberapa 
tahun kemudiannya.
  Setelah bersara Tn. Hj. Abdullah telah menumpukan sepenuh masanya kepada 
kegiatan sukarela di Kampung  Kok Pasir dan di Daerah Tumpat. Beliau merupakan 
salah seorang pengasas Tabung Khairat Kematian Kok Pasir pada tahun 1997. 
  Beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Masjid Kok Pasir sejak lebih sepuluh 
tahun lalu hinggalah ke saat pemergiannya. PW1(B)  Hj. Abdullah juga telah 
dilantik sebagai Bendahari GDW Kok Pasir yang banyak menumpukan masanya untuk 
kebajikan, kebersihan  dan keceriaan kampung serta berikhtiar untuk menjaga 
nama baik kampung.
  Beliau telah juga diberi kepercayaan untuk menpengerusikan Community policing 
 di Kampung, turut dilantik sebagai Ajk KRT Mukim Kok Pasir,  Pengerusi Penaja 
K-Bestari Kok Pasir, 
  Bergiat aktif dalam pertubuhan Peladang kawasan, juga pernah menjadi Timbalan 
YDP PIBG SK Kok Pasir untuk beberapa penggal.

  Hj. Abdullah merupakan seorang sukarelawan yang sukar ditandingi di Kampung 
Kok Pasir kerana beliau sangat mengambil berat tentang kebajikan masyarakat 
kampung dan bersedia menyumbang tenaganya. Beliau akan menghadiri hampir 
kesemua rumah di Kampung kediaman yang ada kematian dan membantu mengurusnya. 
  Sebagai Ketua Sektor 1 Tabung Kebajikan (Khairat Kematian) yang juga 
ditugaskan sebagai pengurus peralatan pengkebumian , beliau akan terus 
membekalkan segala peralatan tersebut ke rumah si mati bagi memudahkan urusan 
tuan rumah bila saja berlaku kematian penduduk kampung tanpa mengira sama ada 
ahli atau tidak.

  Beliau seorang yang sangat mudah dibuat kira bicara dan tidak mengira fahaman 
politik dalam soal-soal kerja kebajikan di kampung.




  Apa yang dicari mungkin ada di sini:

  http://www.giantproduct.com
  http://www.bukusiber.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke