Setelah membuat carian berkenaan laman-laman perniagaan di Malaysia, nampaknya ianya berkembang dengan pesat sekali terutamanya pada tahun 2006 ini.
Agak ramai orang-orang Melayu di Malaysia yang telah memulakan usaha untuk memperolehi pendapatan di internet. Antara barangan yang paling banyak dijual ialah tips-tips dan panduan yang berbentuk e-buku. Ada juga yang menjual barang nyata seperti menjual bunga-bungaan , tanaman, herba, ubat-ubatan, peralatan elektrik , perniagaan web hosting dan segala macam barangan dan perkhidmatan termasuk kerja seni ukiran dan alat-alat tradisional. Ada yang telah berani mengaku memperolehi pendapatan lumaian dan menulis dengan semangat yang berkobar-kobar. Ini satu petanda yang baik kerana orang-orang kita telah berfikir untuk maju. Bagaimanapun kelihatan juga masih banyak antara pengguna internet yang mudah terdorong untuk menyertai skim-skim cepat kaya dan mengiklankannya secara tanpa kebenaran di egroups dan ke alamat e-mel. Inilah antara perkara besar yang membuatkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap perniagaan di internet. Dalam perniagaan internet, perkara yang paling payah ialah mempromosi dan membuatkan orang percaya dengan apa yang kita pasarkan. Dari Catatan Edi [Non-text portions of this message have been removed]
