Kalimah Allah Jelas Tertera di tangan 
  Presiden Chechya Sheikh Abdul Halim...
   
  
   
  Laman web Daymohk telah menyiarkan gambar presiden Chechnya Sheikh Abdul 
Halim yang syahid. Pada gambar tersebut tertera Perkataan Allah yang terjadi 
dari aliran darahnya.
   
  Gambar ini diambil sebaik sahaja selepas pihak musuh menemui Mayatnya elepas 
pertempuran di bandar Argun berakhir. Pihak musuh Masih belum mengurusi 
pengkebumian mayat Amir Mujahiddin itu dan mereka mendedahkannya untuk 
mengaibkannya.
   
  Gambar tersebut amat menakjudkan. Selain dari wajah pemimpin Chechnya yang 
tenang setelah beliau mendapat syahid, terdapat perkataan Allah dalam bahasa 
Arab tertulis dengan darahnya di tangan asy-Syahid Sheikh Abdul Halim yang 
dianugerahi oleh Allah SWT sebagai seorang syuhada.
   
  
   
  Menurut penulis laman web tersebut, di Chehnya setiap kali golongan kafir dan 
munafiq cuba mendapatkan mayat pejuang mujahiddin yang syahid, maka pada wajah 
mereka jelas terdapat tanda-tanda keredhaan kepada Allah. 
   
  Menurut laman web tersebut, beberapa orang munafiq yang mnghampiri mayatnya 
telah dapat mengenalpasti mayatnya dengan mudah.
   
  ‘’Lihatlah wajahnya”,  terkeluar kata-kata dari salah seorang Munafiq yang 
terpegun melihat wajah asy-Syahid Sheikh Abdul Halim seolah-olah terdapat 
tanda-tanda nur pada wajahnya.
   
  Munafiq kedua yang boleh membaca dalam bahasa Arab menjelaskan:
  “Dan lihatlah pada tangannya juga. Terdapat darah yang tertulis perkataan 
ALLAH”.
   
  Salah seorang dari mereka telah sempat merakamkan gambar asy-Syahid Sheikh 
Abdul Halim dengan menggunakan telefom bimbitnya. Mereka berdua tidak menyentuh 
wang (yang akan digunakan oleh Mujahiddin) yang bertaburan disamping Sheikh.
   
  Kemudian datang sekumpulan munafiq dan kafir yang lain ke tempat terbaringnya 
pemimpin Chechnya iu dan mereka mula menyelongkar mayat Asy-Syahid, mencuri 
wangnya dan mengambil semua barang berharga dari poketnya. Kemudian mereka 
mengikat mayat asy-Syahid pada kenderaan mereka dan mula mengheret mayat 
asy-Syahid.
   
  Takbir... 

 
---------------------------------
Want to start your own business? Learn how on Yahoo! Small Business.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke