Dua hari saya  dan beberapa orang rakan penulis mengikuti Bengkel yang 
dinamakan Bengkel perolehan judul kreatif kanak-kanak dan remaja Kelantan 
anjuran DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur) bertempat di Perdana 
Resort PCB. 

Dalam dua hari itu kami didedahkan oleh pelbagai teknik dan cara menulis novel 
kanak-kanak dan remaja secara yang lebih sistematik dan sesuai untuk 
diterbitkan.

Saya  bersama Hashim Latiff yang turut menyertai bengkel sempat rakam beberapa 
gambar ketika di sana. 

Selalunya dalam program yang lepas-lepas saya sering tidak merakam gambar saya 
sendiri. Kali ini ada beberapa keping gambar saya yang terkini . Gambar-gambar 
sebahagian besar penulis novel di Kelantan ada dipaparkan di sini.

Untuk melihat gambar-gambar tersebut bolehlah klik pada pautan ini:   
http://bengkelnovel.pesisir.net  


Saya merasakan bengkel kali ini sangat bermanfaat untuk saya meneruskan empat 
bidang utama yang telah serasi dengan saya sebelum ini.


Ediramle Ismail

http://bengkelnovel.pesisir.net 





Apa yang dicari mungkin ada di sini:

http://www.giantproduct.com
http://www.bukusiber.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke