Disember sudah beberapa hari berlalu dan kita sekarang berada di penghujung 
tahun 2006 dan tak lama lagi kita akan masuk ke tahun 2007 sama ada telah 
bersedia atau belum bersedia.

Tahun 2007 sudah tentu kita bakal hadapi persaingan yang lebih hebat dari semua 
segi apa yang kita ceburi dan apa yang  menjadi kesukaan kita. Penggunaan 
internet di dunia tumbuh dengan pesatnya pada tahun 2006 dan pada tahun 2007 
pertumbuhan itu tentunya bakal lebih pesatlagi , Waga Tumpat dan juga warga 
Kelantan perlu juga lebih ramai yang muncul di internet bukan sahaja sebagai 
pencari maklumat , tetapi juga biarlah sebagai penerima dan sekaligus sebagai 
pemberi. 

Sejak akhiran ini saya sering membayangkan satu susunan ayat yang berbunyi 
begini  "SESIAPA YANG SANGGUP BERTAHAN AKAN MENJADI JUARA". 

Itu juga mungkinnya bermakna apa-apa yang dilakukan biarlah berterusan dan 
tidak berhenti di tengah jalan walaupun merasa letih dan lelah. Kalau mudah 
berhenti bermakna kita tidak akan sampai ke garisan penamat sebagai juara , 
sedangkan pesaing kita bukanlah terdiri daripada manusia yang luar biasa tetapi 
mereka adalah terdiri daripada orang-orang yang berusaha dengan cara di luar 
kebiasaan orang ramai. Oleh itu mereka berjaya dalam bidang apa sahaja yang 
diceburi mereka.



Memandangkan  pada bulan oktober yang lepas, iaitu ketika 2 buah komputer saya 
kehilangan semua data yang tersimpan di dalamnya membuatkan saya hampir putus 
asa dengan ICT dan penulisan kerana kehilangan banyak sumber rujukan yang 
dihimpun selama bertahun-tahun lamanya , kini saya bangkit kembali  dengan 
semangat yang semakin kukuh. Kalau tahun depan saya boleh menggunakan streamyx 
, saya akan lebih mudah untuk menjalankan aktiviti ke arah memperkasakan ICT 
sekurang-kurangnya untuk daerah kediaman dan kampung kediaman serta sedikit 
sebanyaknya untuk ruang lingkup yang lebih luas lagi.

Kepada rakan-rakan penulis diucapkan selamat berkarya, kerana dengan berkarya  
kita dapat menerapkan sesuatu nilai-nilai yang akhlak mulia secara yang sangat 
halus dan berkesan di jiwa masyarakat dan kepada rakan-rakan ICT diucapkan 
semoga selamat mengasah minda untuk tampil ke medan global.




Apa yang dicari mungkin ada di sini:

http://www.giantproduct.com      
http://www.bukusiber.com


[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke