http://al-qayyim.net/home/index.php?module=Errore&type=admin&op=noexist&modname=&modfile=index
    
  http://al-qayyim.net/home/
   
   
    KENDURI ARWAH HARAM 
  SAHABAT NABI LARANG KENDURI 
  IA IBARAT RATAPAN DAN RATAPAN ITU HARAM 
   
  Oleh Wan Noriah Haji Daud ,   Watan ,selasa 9-12 September 1986 
  Salinan dan tambahan kajian 
   
          Sebahagian umat Islam di negara ini khususnya menganggap kenduri 
arwah itu diharuskan oleh syarak dan perbuatan itu jika  diniatkan pula sebagai 
sedekah , maka  jadilah  ia  sedekah  tatauwuk   (sunat) . 
          Mereka   beranggapan ,mengadakan  kenduri arwah itu baik pada  hari  
pertama , hari ketiga , hari ketujuh , hari  keempat  puluh dan seterusnya  
adalah suatu  perbuatan yang  baik  dan  di beri  pahala jika  diniatkannya  
pula  sebagai sedekah. 
   


Anggapan  yang  demikian  itu pernah ditegaskan pula  oleh [Penyalin:H.M.Basori 
Alwi: Selamatan dan Tahlil untuk mayit,H.M.Syarwani Abdan: Simpanan berharga ] 
Al- Ustaz Mohd  Nawawi Muhammad  dalam Majalah Hikmah, terbitan Majlis  Agama 
Islam  Sabah, Ogos, 1979, halaman 37,[Penyalin: pengarang buku “Apakah Tawassul 
itu Syirik ?-”1996 dan Ust.Badrul Amin dalam kaset Fadzilat kenduri arwah dan 
tahlil. Malah Ustaz Badrul Amin sanggup mengandaikan [mungkin] kenduri zaman 
para sahabat itu kenduri arwah.]            Antara lainnya beliau [mereka] 
berhujah  dengan sebuah hadis, bermaksud;” Daripada  ‘ Asim  bin  Kulaib  
daripada  seorang  lelaki  daripada  kaum  Ansar, dia  berkata : kami  telah  
keluar  bersama  Rasullullah  s. a.w . pada suatu jenazah, maka aku melihat 
Rasulullah s.a.w. memesankan  kepada  penggali  kubur , beliau  berkata; 
Lebarkanlah  dari bahagian  dua  kakinya  dan  bahagian  kepalanya . Maka  
manakala  Nabi  pulang, datang  seorang  memanggilnya  dari 
 pihak  isteri si mati (da’i imra’tihii],                      maka  nabi  
memperkenankannya  dan  kami  pun  bersama-sama  beliau  lalu  di hidangkan 
makanan. Kemudian  Nabi  meletakkan  tangannya  kepada  makanan  itu  dan  
begitu  juga  orang  banyak  lalu  mereka  makan  dan  kami  melihat  
Rasullullah  s.a.w.  mengunyah  sesuap  dalam  mulutnya” . ( Abu  Daud dan  
Baihaqi . Lihat  Majalah  Hikmah , Ogos  , 1979, hal.37 ) . 
  [Penyalin: Asal Hadits salah kalimat  ini dikutip daripada Kitab Hasyiyah 
Ath-thah-Thawi kemudian dinukil oleh pengarang Ghunyatul Mutamalli lalu diikuti 
oleh pengarang-pengarang kemudian] 
           Dari  peristiwa  itu  beliau  mengambil  kesimpulan  bahawa  
pekerjaan ini ( berkumpul  dirumah ahli mayat  dan  menyediakan  makanan  dan  
orang  yang  diundang  memakan  hidangan  itu ) boleh  dan jika  diniatkan  
sebagai  sedekah  maka  jadilah  ia  sedekah  tatauwuk ( Ibid, hal . 38 ). 
           Beliau  juga  menjelaskan  bahawa  dari  peristiwa  itu, Al  Syeikh  
Ibrahim  Al  Halabi  menfatwakan; “Maka  inilah (hadis) yang  menunjukkan  ahli 
 si  mati  boleh  menyediakan  makanan dan  mengundang  orang  kepadanya .” 
(Ibid , hal. 38.). 
           Begitu  juga  kata  beliau  seterusnya , Al  Syeikh  Ali  Al  Qari   
menerangkan  dalam  Al   Mirqatu   Sharhu  Miskat ,  katanya, “Hadis  ini 
menurut  nyatanya  menolak  apa  yang  telah  di tetapkan  oleh  ahli  Mazhab  
kita  iaitu  bahawa  makruh  menyediakan makanan  pada  hari  pertama  dan  
ketiga  dan  sesudah  seminggu . Oleh  yang  demikian  pendapat  yang  
mengatakan  makruh  itu  adalah  tidak  benar .” (Ibid  ,hal. 38) . 
           Hadis  tersebut  di atas   dikatakan  diriwayatkan  oleh  banyak  
ahli hadis. Menurut  Al  Syeikh  Muhammad  Ali  Al  Maliki  dalam  
Bulughul-Umniah, halaman  191  dan  194, hadis  ini  diriwayatkan  oleh  Imam  
Al  Baihaqi  dalam  Kitab  Dalilun-Nubuwah  dan  juga oleh Iman  Abu  Daud, 
juzuk  2, halaman  218  dan  oleh Al  Syeikh  Waliyudin  Muhammad  Tibrizi  
dalam  Misskatu  Al  Masyabih, halaman 544  dan -lain  ulama  hadis. 
           Persoalannya  ialah  apakah  hadis  itu sahih , sehingga  ia  boleh  
dijadikan  hujah  untuk  membolehkan  kenduri  arwah  itu  diadakan? 
           Prof.T.M. Hasbi  Ash-Siddieqy  dalam  Koleksi  Hadis-Hadis  Hukum 
(6:258) menegaskan  bahawa   pengarang  kitab  Subulus  Salam (3:97) menegaskan 
 hadis itu  tidak  soheh. Beliau  juga  menyebut  ( Koleksi  Hadis-Hadis Hukum 
6:258) bahawa  dalam  kitab Mizanul Iktidal oleh Az- Zahabi disebutkan telah 
berkata Imam Yahya Al- Qattan: Saya tidak mendapati seorang yang bernama ‘Asim 
melainkan saya mendapatinya seorang yang tidak baik hafalannya. 
  HUKUM 
           Dalam  kitab  yang  sama  (Mizatul  Iktidal)   juga  disebutkan  
Imam  Ibn  Madiniy  berkata  bahawa  ‘ Asim  bin  Kulaib  adalah  orang  yang  
kita  tidak  dapat  berhujah  dengan  dia  apabila  sesuatu  hadis  itu  dia  
saja  yang  meriwayatkannya  ( Koleksi  Hadis-Hadis  Hukum  6:258-259). 
           Maksudnya , kalau  ada  satu  riwayat  dari  jalan  ‘ Asim  bin  
Kulaib  itu  dan   tidak  ada  riwayat  melalui  jalan  lain, maka riwayat  
atau hadis itu tidak boleh menjadi alasan. Dengan kata lain hadis yang 
diriwayatkan dari ‘Asim adalah lemah dan tidak boleh dijadikan alasan sesuatu 
hukum. 
           Sesudah jelas hadis tersebut dhaif, perlu pula dijelaskan sedikit 
tentang hadis tersebut yang dikatakan diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan 
Daruqutni, sebagaimana yang disebutkan dalam Majallah Hikmah yang telah 
dinyatakan di atas. 
           Terdapat perbezaan kalimat dalam hadis yang menjadi pokok 
permasalahan itu. Dalam Majalah Hikmah yang disebutkan di atas, kalimah itu 
berbunyai; 
  “Maka di waktu Nabi pulang [dari penguburan jenazah], beliau bertemu dengan 
seorang pemanggil [penyeru] perempuannya iaitu isteri si mati.’’. 
           Penulis sendiri tidak dapat memastikan adakah kalimah yang sebegitu  
memang terdapat dalam kitab Bulughul Ummiyah oleh Al-Syeikh Muhammad Ali Al 
Maliki kerana penulis tidak mempunyai kitab tersebut. 
           Walaubagaimanapun, penulis mempunyai Kitab Sunan Abi Daud, Dalam 
Sunan Abu Daud, juzuk 3, halaman 244, hadis nombor 3332 di bawah Kitab Al 
Buyuk, kalimah tersebut tidak sebagaimana yang disalinkan dalam Majalah Hikmah 
itu, tetapi seperti berikut; 
  “Maka di waktu Nabi pulang [dari penguburan jenazah], beliau bertemu dengan 
seorang pemanggil [penyeru] perempuan.” 
           Ringkasnya dalam Sunan Abi Daud yang asal tidak terdapat kalimah 
“da’i imra’atihi”  [seorang penyeru perempuan yakni isteri si mati itu] tetapi 
terdapat “ da’i imra’atiin [ seorang penyeru perempuan]. 
           Dengan demikian , hadis tersebut, kalaupun dapat dipandang sahih 
padahal tidak, kerana ia diriwayatkan melalui ‘Asim bin Kulaib, seorang yang 
dikatakan tidak aik [lemah hafalannya], tidaklah pula menunjukkan Nabi s.a.w. 
dan para sahabatnya pergi ke rumah si mati atas undangan isteri si mati itu. 
           Hanya saja hadis itu menunjukkan Nabi s.a.w. dan para sahabatnya 
pergi ke rumah seorang perempun [ bukan isteri si mati] atas undangan perempuan 
itu sekembalinya Nabi s.a.w. dari menguburkan jenazah [Koleksi Hadis-Hadis 
Hukum 6 :259]. 
           Dalam Kitab Subulus Salam [3.93] kalimah tersebut berbunyi: “da’i 
imra’atiin”  [sesungguhnya seorang wanita memanggilnya[Nabi s.a.w.] kepada satu 
perjamuan]. 
           Dalam Kitab Nailul Autar [6:69] kalimah tersebut berbunyi: ”da’i 
imra’ atiin” [seorang penyeru wanita]. Kalimah yang serupa itu juga terdapat 
dalam kitab Muktasar [terjemahan Indonesia] Nailul Autar [4:1931]. Dalam Kitab 
Al Muntaqa [ 2: 406], kalimah tersebut juga berbunyi : “da’i imra’atiin” 
[seorang penyeru perempuan]. 
           Ringkasnya dalam kitab-kitab Subulus Salam [3:93], Nailul Autar 
[6:69, Muktasar [terjemahan Indonesia], Nailul Autar [4:1931], Al-Muntaqa 
[2:406],kalimah yang menjadi pokok permasaalahan itu hanya menunjukkan Nabi  
s.a.w. dan para sahabatnya pergi ke rumah seorang perempuan atas undangan 
perempuan itu sekembalinya Nabi s.a.w. dari menguburkan jenazah. 
           Tambah pula menurut sambungan hadis tersebut, Nabi s.a.w. tidak 
makan di rumah perempuan itu, hanya beliau kunyah-kunyah sahaja, lantas beliau 
bersabda ; “........kambing ini diambil dengan tidak izin tuannya ......”. 
           Jadi perempuan yang mengundang Rasulullah s.a.w. itu ialah isteri 
orang yang mempunyai kambing dengan tidak seizin tuannya itu. Dan sekali-kali 
tidak terdapat qarinah [petunjuk] yang menunjukkan perempuan itu adalah isteri 
si mati tersebut. 
           Sehubungan dengan ini Prof.T.M.Hasbi Ash-Shiddieqy menegaskan bahawa 
hadis ini terkenal dengan hadis perampasan kambing [Koleksi Hadis-hadis Hukum 
6:259]. 
           Syeikhul Islam Ibn Taimiyah membawa hadis ini untuk menerangkan 
hukum orang yang merampas kambing orang lain, lalu disembelih, dipanggang dan 
dimasaknya. [Terjemahan Muktasar Nailul Autar 4:1933]. 
           Didalam kitab Nailul Autar, hadis ini diletakkan di bawah bab 
‘Kambing rampasan yang telah disembelih,dipanggang atau dimasak’ [Ibid, 
hal.1931-1934]. 
           Oleh hal yang demikian penggunaan hadis tersebut sebagai hujah untuk 
mengharuskan, apatah lagi untuk menyunatkan kenduri arwah atau kenduri arwah 
baik untuk upacara hadiah pahala adalah jauh dari mendekati kebenaran, 
disebabkan oleh beberapa faktor . 
           Oleh itu jelaslah sudah bahawa tiada alasan yang membolehkan atau 
menyunatkan kenduri arwah itu. Pengarang Asy-Syamil menyebutkan iaitu “Adapun 
bermasak ahli mayat akan makanan dan dihimpunnya orang-orang memakannya maka 
kerja itu tiada dinaqal daripada sesuatu. Maka [perbuatan itu, iaitu kenduri 
arwah] ialah bid’ah yang tercela.” [Bahrul Maazi 7:130]. 
           Pengarang Asy-Syamil mengambil dalil bagi pendapatnya itu dengan 
hadis Jarir bin Abdullah r.a. katanya; Adalah kami [ para sahabat ] menganggap 
perbuatan berkumpul di rumah ahli mayat dan membuat makanan [ kenduri arwah] 
sesudah ditanam mayat itu termasuk dari ratapan.” [R.Ahmad dan Ibn Majah. Ini 
adalah riwayat Ahmad, sahih. Adapun dalam riwayat Ibn Majah tidak terdapat 
kalimah ‘ sesudah ditanam mayat itu ‘, juga sahih]. 
   
   
  BID’AH 
           Berkata pula Prof.T.M.Hasbi Ash Shiddieqy dalam kitabnya Al Islam 
[2:245];”Tidak ada perselisihan antara para ulama yang muktabar bahawa 
mengadakan maktam [ menjamu makan] pada malam yang pertama [dari kematian] atau 
malam yang ketiga dari kematian seseorang, suatu bid’ah. Mengadakan maktam itu 
suatu perbuatan yang tidak pernah sekali-kali dilakukan [dibenarkan] oleh 
syarak.” Ia tidak pernah dibuat oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat bila berlaku 
kematian. Ini bukan masaalah khilafiah. 
           Berkata pula Ibn Qudamah;” Adapun  keluarga  simati  membuat  
makanan  untuk  orang  ramai  ( kenduri  arwah) maka  yang  demikian  itu  
dimakruhkan, kerana  perbuatan  itu meyerupai  perbuatan  orang-orang  
Jahiliah.” ( Koleksi  Hadis-Hadis  Hukum  6:255). 
           Ibn Qudamah  mengambil  dalil bagi pendapatnya itu  dengan  riwayat  
daripada   Jarir   bahawasanya  Jarir  r.a.  pernah  datang  kepada  ‘ Umar  
r.a.  lalu  bertanya: adakah  diratapkan  atas  mayat  (dalam  kaum / di 
tempat) kamu?Jarir  menjawab: Tidak.’ Umar  bertanya  lagi: Adakah  mereka  ( 
kaum  tempat  kamu) berkumpul  di rumah  ahli  mayat  ( keluarga  si mati ) dan 
 mereka  membuat  makanan  ( untuk  orang  berkumpul  itu )? Jarir  menjawab: 
Ya. Maka  berkatalah  ‘ Umar: Yang  demikian  itulah  ratapan.”[Ibid,hal.256]. 
           Dari kedua-dua riwayat [hadis] tersebut [oleh Ahmad dan Ibn Majah 
dan oleh Ibn Qudamah] terbuktilah sudah bahawa para sahabat Nabi telah sepakat 
[ijmak sahabat] melarang diadakan kenduri arwah itu, bahkan mereka menamakan 
yang demikian itu sebagai ratapan, sedangkan ratapan itu hukumnya haram, 
berdasarkan beberapa hadis diantaranya; “Wanita yang meratap apabila tidak 
bertaubat sebelum matinya, maka dia dibangkitkan kelak pada hari kiamat dalam 
keadaan baju aspal dan penuh kudis.”[R.Ahmad dan muslim]. 
           Diterangkan pula oleh Imam Ahmad bahawa memberi makanan kepada orang 
yang berkumpul di rumah keluarga si mati adalah satu dari  perbuatan kaum 
Jahiliah. Ahmad sangat keras membantah perbuatan ini. [Ibid, hal.256]. 
           Ahmad mengambil dalil bagi pendapatnya itu dengan riwayat daripada 
Jarir bin Abdullah [ seperti riwayat Ahmad dan Ibn Majah yang disebutkan di 
atas]. 
           Berdasarkan riwayat tersebut, Imam Ahmad memandang makruh bagi 
keluarga si mati membuat makanan untuk orang-orang yang berkumpul di rumah 
mereka [ yakni kenduri arwah].[Ibid,hal.256]. 
           Disebutkan pula oleh Syed Sabiq dalam Fikih Sunnah [terjemahan 
Indonesia 4:73] bahawa para imam memandang makruh hukumnya, jika keluarga mayat 
menyediakan makanan buat [untuk] orang-orang yang datang berkumpul kerana hal 
itu akan menambah kemalangan mereka serta meniru perbuatan orang Jahiliah. Hal 
itu adalah berdasar hadis Jarir riwayat Ahmad dan Ibn Majah seperti yang telah 
disebutkan di atas. 
           Di dalam Mazhab Maliki, perbuatan berkumpul-kumpul di rumah keluarga 
si mati dan mereka menyediakan makanan untuk dijamu kepad orang-orang yang 
berkumpul itu lebih-lebih lagi tidak dibolehkan. Apabila ada di antara yang 
menerima warisan [pusaka] anak yang masih kecil [yatim] atau yang belum dapat 
didengar suaranya, maka makanan dan minuman yang disediakan itu yang diambil 
dari harta peninggalan [si mati ] haram kita memakannya dengan Ijmak Ulama. 
Demikian ditegaskan oleh Prof.T.M.Hasbi Ash Shiddieqy dalam Koleksi Hadis-Hadis 
Hukum [6:256]. 
           Kenduri  arwah  itu  dihukum  makruh  adalah  diketika  belanja  
yang  dipergunakan  untuk  kenduri  itu  di ambil  dari  kepunyaan  orang  yang 
 melakukan   sendiri , bukan  dari  harta  peniggalan  simati. Jika  diambil  
dari harta  peniggalan  simati, sedang  dalam  keluarganya  yang  harus  ( 
berhak) menerima  pusaka  terdapat  anak  kecil  ( yatim) atau  orang  yang  
belum  boleh  di dengar  suaranya, maka  perbuatan  itu  haram  adanya. ( 
Koleksi  Hadis-Hadis  Hukum  6:256). 
   
  PENDAPAT  ULAMA  SYAFI’IYAH 
           Berikut ini penulis nukilkan pula beberapa pendapat ulama Syafi’iyah 
untuk direnungi bersama, khususnya kepada orang-orang yang mengaku bermazhab 
Syafi,ie. 
           Ibn Hajar Al-Haithami dalam Tuhfatul Muhtaj  berkata apa yang 
dibiasakan oleh masyarakat sekarang [zamannya] iaitu keluarga si mati membuat 
makanan dan memanggil orang untuk memakannya adalah bid’ah makruhah. Juga 
menerima panggilan dan mendatanginya bid’ah makruhah. 
           Al-Ramli dalam Nihayatul Muhtaj berkata; “Dimakruhkan keluarga si 
mati membuat makanan dan mengumpulkan orang untuk memakan makanan itu, baik 
sebelum orang mati itu dikuburkan maupun sesudahnya. Perbuatan itu adalah suatu 
bid’ah mengingat perkataan Jarir.....”[Koleksi Hadis-Hadis Hukum 6:261]. 
           Dalam Hasyiah Al Qalyubi [1:353] disebutkan; “Telah berkata syeikh 
kami iaitu Syeikh Ramli: termasuk bid’ah munkarah yang dibenci melakukannya 
seperti yang tersebut dalam ‘Al Raudhah’, apa yang dilakukan oleh manusia yang 
dinamakan ‘kifarah’ dan orang yang membuat makanan untuk berkumpul-kumpul 
atasnya sebelum kematian atau sesudahnya dan juga dari sembelihan atas kubur”. 
           Al Jamal dalam Hasyiah Syarhil Manhaj menerangkan; “Diantara bid’ah 
munkarah ialah mengerjakan perbuatan wahsyah, jumak dan 40, yakni membuat 
perjamuan pada hari kematian, pada setiap Jumaat dan pada hari ke-40 [kenduri 
arwah]. Semua itu haram hukumnya, jika dikerjakan dengan harta yang masih boleh 
bertasarruf atau dari harta si mati yang mempunyai hutang atau menimbulkan 
kesulitan-kesulitan kerananya.”[Koleksi Hadis-Hadis Hukum 6:261]. 
           Ibn’Abidin dalam Raddul Muhtar berkata “diterangkan dalam Fathul 
Baari : dan sangat dibenci keluarga si mati mengadakan jamuan makan [ kenduri 
arwah] kerana yang demikian itu adalah suatu bid’ah.” [Koleksi Hadis-Hadis 
hukum 6:261]. 
           Dalam kitab Al-Bazaziyah diterangkan:” Dimakruhkan kita mengadakan 
jamuan pada hari yang pertama kita mengadakan jamuan pada hari yang pertama 
[kematian], pada hari ke-3, sesudah seminggu berlalu, sebagaimana tidak disukai 
kita membawa makanan ke  kubur pada waktu-waktu tertentu “. [Ibid, hal.262]. 
           Dalam Kasyful Lithan [ 1:83] disebutkan;” Bermula berbuat makanan 
yang menghimpun atasnya oleh manusia pada malam yang ditanam akan mayat itu 
yang dinamakan dengan ‘wahsyah’ itu makruh selama tiada ia daripada harta anak 
yatim dan jika tiada [ yakni jika menggunakan harta yang dimiliki/dipusakai 
oleh anak yatim] maka haram”. 
           Dalam kitab Sabilul Muhtadin [2:87] disebutkan: “[Dan makruh] lagi 
bid’ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukannya segala manusia 
atas makanan dia  dahulu daripada menanam dia [mayat] dan kemudian daripadanya 
seperti yang telah beradat [dan demikian lagi] makruh lagi bid’ah bagi segala 
mereka yang diseru memperkenankan seruan itu”. 
   
   
  FATWA-FATWA MUFTI EMPAT MAZHAB 
           Seterusnya dinyatakan pula fatwa-fatwa daripada mufti-mufti 4 mazhab 
di Mekah sebagaimana yang tersebutkan dalam Iknatut Talibin [ 2:145-146]. 
           Syed Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Mekah dari mazhab Syafi’i berkata 
;”Ya ! Apa yang diperbuat orang, iaitu berkumpul di [rumah] sisi ahli mayat dan 
membuat [menyediakan] makanan[untuk orang-orang yang berkumpul itu] adalah dari 
bid’ah munkarah yang diberi pahala [kepada] ketua negeri atas menegahnya.” 
[I’natut Talibin 2: 145]. 
           Seterusnya beliau menyatakan:”Dan tidak syak bahawa menegah manusia 
daripada bid’ah mungkar ini [kenduri arwah], bererti menghidupkan sunnah, 
mematikan bid’ah, membuka pintu kebajikan dan menutup pintu kejahatan, lantaran 
masyarakat terlalu memberatkan diri buat mengerjakan yang demikian, sehingga 
perbuatan menjadi haram”.[Ibid, hal 146]. 
           Dalam kitab yang sama [ 2:146] juga disebutkan fatwa daripada Mufti 
Mazhab Hanafi sebagai berikut;”Ya ! Diberi pahala ketua negeri......atas 
melarang manusia daripada perkara-perkara yang masuk bilangan bid’ah yang jelek 
di sisi jumhur”. 
           Seterusnya disebutkan pula;”Telah menjawab seperti dua-dua jawapan 
itu [ jawapan Mufti mazhab Syafi’i dan mufti Mazhab Hanafi] oleh Mufti [Mazhab] 
Maliki dan mufti[ Mazhab] Hanbali.”[Iknatut Talibin 2: 146]. 
  FATWA MUFTI MESIR 
  [Penyalin:          Al Ustaz Syied Rajab, Mufti Negara Mesir pada tahun 
1947/1366 menyiarkan fatwanya di akhbar Al Ahram menerangkan bahawa sambutan 
kematian itu adalah bid’ah yang sangat tercela yang tidak berasas dari Islam, 
Siaranya di Majalah Nuurul Islam keluaran Al Azhar di antara lain mengingatkan 
ummat Islam supaya meninggalkan adat ma’tam atau sambutan hari kematian yang 
sedang mencengkam jiwa ummat Islam dan agar kembali kepada pimpinan Ugama dan 
Syariat yang luhur.[Baca: Hashim Ghani: Urusan Jenazah Dalam Islam menurut As- 
Sunnah hal.75] 
           Kesimpulannya mengadakan kenduri arwah baik sebelum atau sesudah 
mayat dikebumikan  samaada membilang hari ataupun tidak hukumnya adalah 
berkisar di antara bid’ah makruhah [makruh], bid’ah munkarah atau pun haram; 
sekali-kali tidak sunat. Begitu juga hukum mendatangi [hadir] majlis kenduri 
tersebut. Oleh itu berhati -hati dan takutlah kepada azab Allah sebelum membela 
dan mengamal tradisi Jahiliah ini. 
           Sekurang-kurangnya  kenduri  arwah  itu  bida’ah  makruhah  ataupun  
makruh  hukumnya  kerana  perbuatan  itu  akan  menambah  kesusahan  bagi 
keluarga  simati  itu;serta  perbuatan  itu  juga  merupakan  peniruan  atau  
penyerupaan  perbuatan  orang  Jahiliah. Seringkali  juga  permasaman  muka  
tidak  bertegur-sapa  atau  perkelahian  terjadi  diantara  ahli  keluarga  
mayat  dengan  tetangganya  kerana  sesuatu  ‘ kerenah’  ( perkara  tak  
baik)yang  timbul  semasa  mengadakan  kenduri  arwah  itu. Dan  bila ini  
benar  terjadi  maka  hukumnya  tidak  lagi  makruh  tetapi  sudah  menjadi  
haram. 
           Adapun  yang  dikatakan  makruh  itu  adalah  sekiranya  makanan  
atau  belanja  untuk  kenduri  itu  diambil  dari   kepunyaan  orang-orang  
yang  melakukannya  sendiri, yakni  tidak  diambil  dari  harta  peniggalan  
simati, terutamanya  sekiranya  simati  itu  meninggalkan  hutang  ataupun  
anak  yang  mempunyai  anak  yang  masih  kecil. Juga  kenduri  itu  tidak  
menimbulkan  ‘ kerenah’ sebagaimana  yang  disebutkan  di atas. 
           Sebaliknya  jika  belanja  atau  makanan  untuk  kenduri  arwah  itu 
 diambil  dari  harta  peninggalan  simati  yang  mempunyai  hutang atau  yang  
mempunyai  anak  yang  masih  kecil  ( anak  yatim) atau  yang  masih belum  
dapat  di dengar  suaranya, atau  perbuatan  itu  boleh  menimbulkan  
perkara-perkara  yang  tidak  baik  atau ‘ kerenah’  seperti  yang  disebutkan  
diatas, maka  dengan  tIdak  ragu-ragu  lagi  perbuatan  itu  menjadi  haram.  
  APA KATA PENGARANG BUKU AGAMA 
  “Kaum kerabat, tetangga, sahabat handai-taulan dari ahli mayat hendaklah 
memberi makan kepada keluaga [ahli] mayat, kerana keadaan, mereka sedang dalam 
kekalutan belum sempat mengurus makanan mereka sendiri. 
  Sabda Rasulullah s.aw: 
  Dari Abdullah bin Ja’afar katanya: Tatkala datang  khabar meninggalnya Ja’far 
ketika terbunuh. Rasulullah s.a.w. bersabda:”Buatkanlah olehmu makanan untuk 
keluarga Ja’far, kerana mereka sedang menderita kesusahan[kekalutan]”Riwayat 
lima orang ahli hadis terkecuali Nasai. 
           Inilah yang disyariatkan dalam agama Islam, bukan sebagaimana yang 
biasa dilakukan di Indonesia[Malaysia], semua tetangga, sahabat yang dekat atau 
yang jauh, keluarga, teman dan orang sekampung, semua itu, datang beramai-ramai 
berkumpul di rumah ahli mayat, untuk makan-makan dan ahli mayat terpaksa 
menyediakan makanan yang bermacam-macam, biarpun sampai menghabiskan harta 
peninggalan si mayat. Malahan kalau kurang, hartanya sendiri di habiskan pula. 
Orang-orang yang datang di tempat kematian itu, sepanjang hari tidak perlu 
berbelanja lagi, sudah cukup keperluannya di tanggung oleh yang kematian yang 
sedang bersedihan dan berduka-cita kehilangan anak atau bapak yang di 
cintainya: bahkan yang datang itupun beratus-ratus pula. Selain dari perayaan 
di hari matinya itu, diadakan pula ramai-ramai untuk makan-makan di hari ketiga 
dari hari meninggalnya, hari ke tujuh, ke sepuluh, empat puluh, seratus dan 
seterusnya. Kesedihan itu selalu di baharui [ dibangkit-bangkit ]
 dan kerugian selalu di tambah-tambah. Semua itu hukumnya haram, tidak 
diiizinkan oleh agama Islam yang maha suci, lebih-lebih kalau ahli mayat itu 
ada yang belum sampai umur [belum baligh] 
   
   
  Sabda Rasulullah s.a.w: 
  Dari Jarir bin “Abdullah Al-Bajali katanya: “Berkumpul-kumpul pada ahli mayat 
serta membikin makanan-makanan sesudah mayat dikuburkan, kami anggap sebahagian 
dari meratap.”{sama hukumnya dengan meratap,iaitu haram].Riwayat Ahmad dan Ibnu 
Majah.        
           Memang kalau kita renungkan lebih jauh serta kita pikirkan dengan 
pikiran yang sihat dan tenang tidak dipengaruhi oleh apapun juga, alangkah 
sedihnya ahli mayat, sesudah ia kehilangan anak, buah jantungnya atau 
kehilangan bapak pemegang kemudi hidup dan penghidupannya, hartanya di habiskan 
pula. Kalau tidak di ikutinya kehendak adat yang semacam itu, ia tercela di 
mata kaum adat yang berfikiran tidak sihat itu.” [Baca:H.Sulaiman Rasjid;Fiqih 
Islam hal.186-187,Attahiriyah Jakarta. Cet.ke 18]. 
   
  Firman Allah bermaksud: 
  “Dan apabila dikatakan kepada mereka ikutlah apa yang diturunkan oleh Allah: 
Mereka berkata, bahkan kami mengikut apa yang kami dapati datuk nenek 
kami.[Apakah mereka akan ikut] walaupun datuk nenek mereka itu tidak berakal 
sedikit pun dan tidak mendapat pertunjuk ? [Al-Baqarah :170]. 
           “Kita ketahui juga bahawa masyarakat kita masih ramai membaca Al- 
Fatihah atau ayat-ayat Al Quran yang lain serta tahlil untuk dihadiahkan 
pahalanya kepada arwah si mati. Amalan ini sebenarnya tidak terdapat di dalam 
Al Quran dan Assunnah”. 
           “Kenduri Arwah dan doa serta tahlil yang dilakukan dalam masyarakat 
kita hari ini, juga kenduri arwah si mati pada hari kematian, kenduri tujuh 
hari selepas kematian, kenduri empat puluh hari dan seratus hari selepas 
kematian, adalah tiada diambil dari keterangan atau dari ajaran Islam yang 
sebenar. Tetapi amalan ini adalah campuran dengan pengaruh ajaran Hindu atau 
ajaran Budha yang kita warisi daripada datuk nenek kita sejak turun temurun 
dengan secara bertaqlid amalan mereka sahaja tanpa melihat dengan sumber ajaran 
Islam sebenar.”[Baca: Ahmad Yusuf Amin: TAQLID dan kesan-kesannya terhadap 
perkembangan fikiran dan Ilmu Pengetahuan. hal63-64]. 
   
           Oleh itu umat Islam yang meninggal amalan ini adalah umat Islam yang 
alim bukan jahil, bukan kedekut malah menghidup sunnah dan mematikan bid’ah. 
Umat Islam ini menurut amalan Nabi s.a.w, para sahabat, para Imam Mazhab dan 
semua pendapat ulama yang kembali kepada Al Quran dan Sunnah. 
           Hujah golongan ini jelas dan jujur berpandu Al Quran dan Hadis, ijma 
sahabat dan pendapat ulama semua mazhab ahlul sunnah wal jamaah . Manakala 
golongan sebaliknya cuba mencari dalil yang diada-adakan samaada yang dhaif 
,salah kutip ,kata ulama serta dalil fikiran untuk mempertahan tradisi ‘kenduri 
arwah’  yang menguntungkan perut. Al Quran dan Hadis Sahih ditakwil supaya 
sesuai dengan amalan. Fatwa ulama yang jelas, tegas dan jujur disembunyikan 
demi menyunatkan amalan kenduri arwah. Ulama yang berani membenteras amalan 
kenduri arwah di label dan diberi gelaran Kaum Muda, Wahabbi dan Mutazilah.  


 
---------------------------------
Any questions?  Get answers on any topic at Yahoo! Answers. Try it now.

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke