Kok Pasir. Pusat Akses Komuniti SK Kok Pasir Tumpat yang diwujudkan mulai Mei 2006 yang juga merupakan Pusat Akses Komuniti Sekolah yang pertama di Malaysia kini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur.
Setiausaha Komuniti PAK SK Kok Pasir, Wan Zamri bin Wan Ibrahim berkata Pusat Akses Komuniti yang diwujudkan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan dan Sekolah Kebangsaan Kok Pasir ini telah memberikan manfaat kepada penduduk setempat dengan memudahkan pelbagai urusan online seperti memohon pekerjaan secara , menyemak keputusan permohonan, berhubung dengan saudara mara yang berada jauh di perantauan dan mempertingkatkan kemahiran mencapai maklumat yang begitu berguna untuk semua. Wan Zamri berharap agar sambutan seperti ini akan sentiasa berterusan dan menyeru pelajar-pelajar terutamanya yang baru lepas menduduki peperiksaan SPM agar sentiasa memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini bagi membekalkan diri apabila ditawarkan ke pusat-pusat pengajian tinggi kelak. Bila di sana nanti mereka tidak lagi akan merasa kekok kerana telah ada kemahiran dalam penggunaan ICT yang kini menjadi semakin penting dalam pelbagai urusan termasuk dalam pembelajaran. Manakala seorang pengunjung tetap PAK , Syahirah Ramle , 12 tahun, berkata beliau sentiasa datang ke Pusat Akses pada setiap kali Pusat Akses Komuniti dibuka kepada orang ramai iaitu pada setiap petang Selasa dan Petang jumaat bermula pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang bagi mempelajari kemahiran menggunakan internet dan ICT. Syahirah yang kini telah dapat menguasai kemahiran menggunakan internet dan e-mel dengan agak baik turut berterima kasih kepada PSPN Negeri Kelantan, SK Kok Pasir dan Jawatankuasa Komuniti Pusat Akses kerana menyediakan kemudahan ini kepada penduduk di sini. Untuk Dapatkan gambar-gambar terbaharu di pUsat Akses Komuniti sila klik laman ini. Http://www.bukusiber.com/pak.html klik di sini untuk lihat gambar http://www.bukusiber.com/pak.html Gambar-gambar ini dirakamkan pada 7 Disember 2006 - jumaat jam 4.00 - 6.00 ptg. [Non-text portions of this message have been removed] Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
