Artikel ni dipetik dari sebuah laman web. Walaupun penulis artikel ini bukan
ilmuan agama, tapi tulisannya mampu utk membawa kita berfikir dan menilai
suasana semasa yg berlaku ketika ini. Ianya menarik perhatian saya sewaktu
Islam yg diamalkan Ahlussunnah wal jamaah diserang hebat ketika ini oleh
segolongan yg mendakwa mereka sebagai salafi atau penyerang bidaah/kaum tua.
Ada org melabelkan golongan ini sebagai wahabi atau kaum muda, tapi saya
cenderung utk mengatakan mereka kaum mudah.
Waspada Dr Asri dan Agenda Wahhabi !!
Posted on Wednesday, December 20 @ 08:21:48 MYT by din-cryptos
Oleh reformis muda
- ini cubaan ketiga kerana artikel ini tidak disiarkan walaupun 3kali dihantar
Mungkin agak memeranjatkan saya pada ogos lalu satu tulisan dari Dr Asri
disiarkan di Laman Tranungkite,Dr Asri Zainal Abidin yang juga Pensyarah di USM
terkenal dengan aliran Wahhabinya.
selepas tulisan Dr Asri tersiar di laman tersebut ia buat saya bertanya apa
hubungannya Dr Asri dengan Laman berikut. dan mengapa laman ini dijadikan
Medium untuk dia melahirkan hasratnya itu. dalam tulisannya, Dr Asri jelas
dengan rasa rendah diri menyatakan bahawa dia bukan lah orang yang paling layak
dilantik sebagai Mufti Perlis kerana amanah yang begitu besar.mungkin bagi
orang ramai sifat merendah diri Dr Asri, satu yang menzahirkan sifatnya yang
sebenar, namun tidak bagi saya.setelah mengikuti beberapa seminar tentang
polimik amalan "Bidaah" di dalam masyarakat umat islam diMalaysia anjuran
beberapa pertubuhan.saya dapat simpulkkan ini sebenarnya adalah satu bentuk
halus penerapan idealogi yang akan memecah belahkan perpaduan dan pegangan kita
kepada Mazhab Shafie.bila diajukan isu tersebut kita dapat rasakan mereka masih
berselindung bahawa mereka ini masih dikalangan ahli Sunnah, masakan Shahidan
Kasim bertegas yang perlis Darul SUnnah setelah disindir yang perlis
ini sebagai Darul Wahhabi.
Bila Dr Asri nyatakan dengan rasa rendah diri bahawa dia bukanlah orang yang
layak bagi memegang jawatan tersebut, bagi saya memang itulah trademarknya.
dalam perdebatan sebelum inipun dengan ahli agama yang lain walaupun memulakan
ucapan dengan nada rendah diri selepas tu dia akan mula bantai kitab kuning dan
amalan masyarakat Islam di malaysia.dan bagi pendapat peribadi saya juga memang
Dr Asri tidak layak untuk menjadi Mufti kerana dia adalah ahli hadis.ahli hadis
seperti juga ahli farmasi.. walaupun menghafal pelbagai jenis ubatan tetapi dia
lupa yang menentukan Ubat apa yang digunakan bagi penyakit dan pesakit adalah
Dr. dan pakar bedah. itulah perumpamaan yang diberikan Imam hanafi ketika
menjawab soalah ahli hadis yang buntu mencari penyelesaian masalah.mungkin
selayaknya juga bagi dia untuk menjadi Mufti Perlis yang terkenal dengan
Wahhabinya .dan kita tengok apa dia mampu buat bersama Shahidan Kasim yang
boleh digelar "bapak segala Bidaah".
Nada Dr Asri mungkin sedikit berbeza dan masih berhati hati berbanding Tok
Sheikh Wahhabi yang lain seperti Rasul Dahri dan ustaz kahar yang sememangnya
lantang, mungkin kerana dia Pensyarah di USM . Namun tujuan mereka sama. mereka
bangga dengan ilmu mereka.tok sheikh ini merasakan Tok Tok guru dipondok ini
orang lama yang bergantung hanya pada kitab kuning. kononnya merekalah tahu
segala galanya kerana mereka menghafal baru beberapa ratus hadis dan sanad
sudah berlagak Tok Alim.kaedah Figh tolak ketepi yang penting semua masalah
cari sahaja dalam kitab hadis.kalau tak dijumpai maka sesatlah sekalian kaedah
Fiqh yang terdapat dalam kitab kitab kuning ini.
Dr Asri sudah berani mengatakan Ulama' tidak boleh ditegur kerana mengamalkan
sistem ala gereja(kristian). lalu seronoklah golongan Liberal dalam
malaysiakini.com menyiarkan artikel Dr asri ini.harus diingat laman
malaysiakini terkenal sebagai suara yang menyokong gerakan IFC, SIS dan murtad
di Malaysia. maka berkumandanglah sekarang suara Dr Asri di Malaysiakini.com
dan new Strait times. media ini yang juga membawa suara SIS merasakan sudah
masanya institusi Ulama' di malaysia digoncang! kerana Institusi Ulama' adalah
benteng terakhir Umat Islam sebelum mereka berjaya mengalih pandangan umat
islam dari ulama kepada ustaz ustaz liberal.
Mulalah To Sheikh ini bercakap pasal bubur kacang diMajlis Arwah dan bacaan
Yasin mahupun Talqin diMajlis kematian. bagi Tok Sheikh ini, Hal inilah
sebenarnya masalah besar Umat Islam di Dunia ini berbanding isu umat Islam yang
lain. maka diselongkarlah segala kitab kitab kuning,dicari apa sahaja kesilapan
dan pertentangan bagi menguatkan Hujah mereka. tujuan mereka bagi mengelirukan
pengikut Mazhab Shafie.hanya kerana Jamuan Bubur di majlis Arwah maka dibacalah
hadis berkenaan Bidaah Dholalah.. dan hanya kerana bubur kacang ini mungkin
juga Umat Islam berfahaman Shafie ini akan dicampak ke neraka. begitu mudah
mereka membuat hukum. bagi saya mungkin beruntung tok Sheikh Wahhabi ini, cuma
perlu Bergantung kepada hadis bidaah. kesana kesini dibacalah hadis tersebut
sebagai dalil seperti tukang karut dalam wayang kulit di kelantan.
Apa yang lebih teruk karangan Imam AlGhazalie seperti Kitab Ihya' Ulumuddin pun
mereka sindir sindir. katanya kitab ini menggunakan hujjah yang lemah kerana
menggunakan hadis yang daif dan diragui sanadnya.MasyaAllah!! inilah agenda
yang membahayakan pemikiran Umat Islam.Mufti Perak sendiri menyatakan
kebimbangannya terhadap anasir dan kesan fahaman Wahhabi ini.
Percayalah!!mereka tidak akan mempertikaikan kegagalan Kerajaan mengamalkan
Undang Undang Islam (Hudud).mereka tidak akan mempertikaikan sistem Siasah
Kerajaan yang Pincang. merekapun tidak hirau akan hal rasuah dan Murtad.dan apa
yang lebih penting Islam hadhari Ciptaan Paklah itupun mungkin bagi mereka
bukan perkara yang membawa kepada Bidaah Dholalah.bagi mereka itu tidak penting
berbanding cerita amalan kenduri arwah dan Talqin.
apa yang mampu agaknya dibuat Dr Asri sebagai Mufti perlis. percayalah akan ada
perkara perkara remeh nanti keluar hasil nukilan Dr Asri untuk dijadikan
perdebatan. maka bercakaplah kita soal soal ini.dan tidak jauhlah kita dari
golongan muktazilah yang gemar mengajak orang berdebat dan dilatih pengikut
pengikutnya berdebat. itu sebab kerajaan Arab Saudi yang terkenal dengan
fahaman Wahhabinya boleh menyediakan pengkalan Amerika ditanah suci mereka.
yang penting jangan ada majlis Arwah dibumi suci Mekah dan madinah. agaknya itu
sebab dalam sejarah tamadun islam kerajaan Wahhabi tidak pernah wujud.janganlah
disamakan budaya yang ada di mekah dan di madinah itu sama dengan yang wujud
diseluruh pelusuk Dunia. masakan tidak wujud pelbagai aliran mazhab dan
pendapat ulama'.
tak payahlah kita selongkar rahsia asal usul Wahhabi. tak payahlah kita
mempertikaikan wahhabi itu sendiri. dan tak perlulah kita kata wahhabi ini
sesat,dan apa yang lebih penting bahaya Wahhabi ini menyerang mazhab mazhab
lain termasuk Syiah. saya bukanlah Alim Ulama' dan tidak berpendidikan tinggi
seperti Dr Asri, namun jangan lah kita cuba menjadikan isu remeh temeh bagi
memecah belahkan Umat.saya juga mendapat maklumat dari kenalan di Ipoh ,satu
surau yang dahulunya mejemput Tuan Guru Nik Aziz memberi kuliah kini sepi dari
majlis pengajian kerana hanya kuliah dari kalangan mereka diterima.Tuan Guru
tidak lagi dijemput .saya juga meyedari selain Wahhabi, Fahaman Syiah juga
menular dikalangan Masyarakat di Malaysia, beza Wahhabi dengan Syiah, Syiah
tidak menyerang amalan Umat Islam bermazhab Shafie. namun ia harus diberi
perhatian.
Ingat!! Islam yang ada di malaysia ada sejarahnya. amalan Umat islam di
malaysia pun ada sejarahnya. belajarlah dari Sejarah kejatuhan kerajaan Agung
Aceh dizaman pemerintahan Malikul Shaleh akibat perbedaan pendapat dikalangan
Ulama'pada perkara yang remeh.Parti PAS perlu ambil perhatian. antara sebab
perpecahan dikalangan ahlipun dek kerana perbedaan pendapat. tidak ada lagi
pengajian. tidak ada lagi doa selepas sembahyang dan amalan yang baik dalam
masyarakat juga berkubur hanya kerana perbuatan ini dikatakan Bidaah. dan
akhirnya kita tidak lagi berjamaah.dan mungkin tidak boleh dipanggil Jemaah
Islam.mereka akan berpecah. pemimpin harus peka kepada unsur sebegini.saya
bukanlah ahli agama. tapi saya sedar akan kesan yang berlaku. kerana
persekitaran kita kini amat bahaya. kita kini diserang dengan pelbagai idealogi
songsang. disatu sudut ada pertubuhan seperti Sister In(again) Islam. dan
disatu sudut lagi ada wujud kumpulan seperti Wahhabi dan Syiah.maka berwaspada
lah...
Lawan tetap lawan
reformis muda
..oooO..............Let Islam
...(....)...Oooo...Be
....)../.....(....).....Our
...(_/.......)../......Way
.............(_/.......of Life
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
[Non-text portions of this message have been removed]
Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/