Tahniah diucapkan kepada sdr. Zaidi kerana telah diberi kepercayaan penuh bagi mengendali tugas berat di Sinar harian selaku Ketua editor dan Ketua Wartawan Kelantan termasuk wartawan-wartawan sambilan di sini.
Saya percaya (kami) , Anuar, Hashim, Ghaffar, Saya (Edi) , Hadi Yusoff, Aminuddin, Ismail Daud, Ku zaid, Kamal dan Mohd Sukari akan membantu dari segi moral dan berita. Sabagai salah seorang warga Sinar Harian (Wartawan Sambilan) , kita akan menjaga nama baik akhbar ini dan berusaha bersama saudara untuk menjadikan ianya sebut-sebutan di mana sahaja di masa sekarang dan masa akan datang. Saya juga berharap kalau boleh Rohana Ismail (skuad Cakna Tumpat) juga turut sama dalam egroup ini untuk memudahkan kita membincangkan sesuatu walaupun kita semua dalam keadaan yang sibuk kini. Dalam kesibukan ini kita masih teruskan tanggungjawab dengan cakna dan dinamik. Ediramle Ismail Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. > Kepada warga Sinar Harian (Wartawan Sambilan)....Assalamualaikum. > > Hari ini merupakan hari pertama saya akan berdepan dengan 1001 ujian, > cabaran dan dugaan paling berat sebagai Ketua Editor dan Ketua Wartawan > Sinar Harian Kelantan. > Ini kerana, saudara Azmi (saya ambil alih tempatnya) akan bertukar ke HQ > Shah Alam berkuatkuasa 1 Feb dan semalam adalah hari terakhir dia > bersama SH Kelantan. Sebelum ini, dia banyak membantu saya dengan > memberi tunjuk ajar bagaimana cara mengendalikan petugas (wartawan, sub > editor dan artist-layout) sehingga tugas saya menjadi ringan sedikit, > walaupun setiap malam pulang jam 2 hingga 3 pagi (boleh dikatakan setiap > malamlah macam tu selagi bahan tak masuk ke mesin cetak). > Hari ini Azmi dah tiada. Dia akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini dan > bermakna semua tugas memilih berita, edit berita, menentukan berita di > muka surat mana dan boleh dikatakan setiap bahan berita dan rencana dari > muka surat satu hingga muka surat 48 akan dipikul sepenuhnya oleh saya > mula hari ini. > Sehubungan itu, saya meminta jasa baik dan kerjasama semua rakan-rakan > agar menyumbangkan lebih banyak berita dan gambar yang berkualiti untuk > meringankan tugas saya mengisi setiap muka surat. Kepada > saudara-saudaralah tempat saya bergantung harap selain wartawan-wartawan > skuad cakna di seluruh jajahan. > > Kawan-kawan, > selepas ini saya akan berdepan dengan tidak cukup masa untuk rehat, > bergayut atau menjawab panggilan lama-lama daripada pemanggil sebab > banyak tumpuan diberikan kepada tanggungjawab untuk memilih, mengedit > dan mengisi ruang. Oleh itu, jika kawan-kawa ada buat panggilan sekali, > dua kali dan tiga kali tidak berjawab, harap-harap fahamlah. Bukan saya > tak nak jawab, tetapi mungkin disebabkan saya meeting dengan Haji Jalil, > Zulkifli Bakar, Thana dan Ong. Masa meeting, kita dilarang membawa masuk > telefon, apatah lagi menjawabnya. Dan kadang-kadang saya pesan pada > sesiapa yang mendengar handphone saya menjerit di atas meja, mereka akan > tolong menjawab. Itulah saya selepas ini. Saya nak minta maaf > banyak-banyak kepada kawan-kawan. > Apapun, walau sibuk setara mana sekali pun, saya tetap on email. Sebab > dalam email saya banyak bahan berita yang dikirimkan saudara cikgu war, > ediramle, hashim dan Ghaffar. Itu akan menjadi rutin harian saya. Dan > disitulah saya dapat komunikasi dengan kawan-kawan. > Saya suka email cikgu war...selain kirim berita, dia selitkan sikit > joke. Ini dapat meredakan kepenatan saya. Kadang-kadang saya ketawa > seorang diri bila baca emailnya. Memang layaklah cikgu war jadi guru > kaunselor. Dia turut mengkaunselorkan saya dengan joke-jokenya. > Contohnya, joke dia yang buat saya senang hati dalam kepenatan ialah > "lembu ambo be..." hahahaha....walaupun ringkas, tapi dapat hilangkan > tension saya. Memang hari tu silap saya, sepatutnya saya pakai byline > cikgu war, tapi entah macamana termasuk byline Rohana Ismail. Jadi apa > lagi, mengamuklah cikgu tanya lembu dia...hahaha. > > Untuk makluman rakan-rakan, > walaupun berita anda tertera byline staf, kawan-kawan boleh claim berita > itu dan berikan kepada saya untuk pengesahan. > > Oklah kawan-kawan, selamat bertugas. > > [EMAIL PROTECTED] wrote: > > E-mel untuk warga pesisir akan turut dinaiktarafkan mungkin sesetengahnya > hingga 100MB bagi mengelakkan ianya penuh dalam jagkamasa yang singkat. > > Maklumkanlah kepada ahli-ahli pesisir dan supaya sama-sama menggunakan > e-mel ini, bertujuan untuk memperkenalkan pesisir ke mata masyarakat > seterusnya. > Cuma untuk kirimkan apa-apa yang baik dan bermanfaat. > > Edi > >> Pesisir.net akan disambung sebelum 9 Februari 2007 (minta bendahari >> bersedia) dan selepas itu ianya diupgred kepada webhosting 5Giga tidak >> seperti yang ada sekarang hanya 1Giga. >> >> Dengan penambahanan ruang tanpa menambah sewa ini akan lebih dapat >> dimanfaatkan oleh ahli dan warga pesisir sekelian. >> >> Kalau ada ahli pesisir yang nak buat laman web bolehlah guna subdomain >> pesisir.net >> >> contohnya http://anda.pesisir.net >> >> Domain Name: pesisir.net >> >> Expiry Date: 09-Feb-2007 >> Days Left for Expiry: 15 >> Record Creation Date: 09-Feb-2006 >> Domain Status: Active >> >> >> Ediramle >> >> sk. Ketua 1 >> >> >> >> >> > > > > > > __________________________________________________ > Do You Yahoo!? > Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around > http://mail.yahoo.com > > [Non-text portions of this message have been removed] > > Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
