Dipetik sepenuhnya dari akhbar.

Terengganu manfaatkan sistem jalur lebar WiMax
Oleh Hizral Tazzif Hisham


Kerajaan negeri belanja RM20 juta bagi menyediakan teknologi tanpa wayar,
kenakan caj bulanan RM20 kepada pengguna




KERAJAAN Terengganu bercadang meningkatkan kemampuan prasarana maklumatnya
dengan memanfaatkan jalur lebar tanpa wayar WiMax yang memiliki kelajuan
lebih 300 Megabits satu saat (Mbps) yang akan disediakan di seluruh
negeri.

CANGGIH: Produk
tanpa wayar WiMAX

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan
Komunikasi Negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh, berkata penyediaan
teknologi jalur lebar tanpa wayar itu adalah selaras dengan hasrat
kerajaan negeri yang hendak memberikan kemudahan komunikasi kepada rakyat
dan juga menarik pelabur asing ke negeri ini.

“Kerajaan menjangka membelanjakan sebanyak RM20 juta bagi menyediakan
kemudahan WiMax dengan bayaran serendah RM20 sebulan dikenakan kepada
pengguna,” katanya ketika ditemui di Terengganu, baru-baru ini.

Beliau berkata, bagi memastikan pembangunan sumber manusia sebanyak 32
pusat Komuniti Bestari di seluruh negeri diwujudkan bagi memberikan
pendedahan percuma kepada semua peringkat lapisan masyarakat sama ada
belia, wanita atau warga emas.

“Komuniti Bestari itu tidak terhad kepada latihan semata-mata malah ia
diperluaskan kepada aktiviti atau program kerajaan seperti Program Dana2U
(pendaftaran penerima bantuan hari Raya) dan e-remaja,” katanya.

Wan Hisham berkata, kerajaan negeri mensasarkan lebih 100,000 pengguna
yang akan memanfaatkan perkhidmatan Komuniti Bestari serta menambah 16
pusat Komuniti Bestari di seluruh negeri serta meningkatkan lagi kemudahan
latihan dan capaian Internet di pusat berkenaan.

Beliau berkata, Terengganu berhasrat untuk muncul sebagai Lembah Silikon
di Malaysia dalam tempoh tiga tahun terutama dalam bidang pembangunan
perisian, pembangunan kandungan dan animasi dua dimensi dan tiga dimensi.

“Kerjasama antara kerajaan dan swasta berjalan seiring yang mana kerajaan
negeri menyediakan latihan dalam bidang animasi dan pihak swasta
menyediakan kandungan mata pelajaran serta latihan industri kepada pelajar
berkenaan.

“Sebanyak 193 perintis program pembangunan tenaga mahir multimedia
(M2Farm) selesai menjalani latihan pembangunan kandungan multimedia dan
ketika ini sedang menjalani latihan di syarikat swasta selama setahun.

“Program M2Farm ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan negeri
mengeluarkan 4,000 tenaga kerja mahir dalam bidang animasi setahun,”
katanya.

Berita Harian


Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke