Minggu lepas , sempena perayaan tahun baru cina ramai rakan-rakan penulis dan rakan-rakan ICT yang ada di perantauan telah balik bercuti di kampung.
Sempat berjumpa dengan beberapa orang daripada mereka terutamanya sempena dengan bengkel fotografi yang lalu. Kini masing-masing telah pulang kembali ke tempat kerja masing-masing. Bagaimanapun walaupun kembali terpisah kita boleh bertemu dan berbicara melalui internet. Ini kemudahan yang ada pada zaman ini. kemudan yang perlu kita gunakan biarpun perlu mengorbankan wang ringgit . Laman-laman tidak bermoral sekarang telah berkurangan kerana pihak berkenaan telah menapisnya dengan baik. Jadi sekarang melayari internet adalah dalam keadaan yang lebih selamat, walaupun selagi manusia dinamakan manusia akan tetap ada manusia yang jahat budi perkertinya seperti yang mereka virus-virus tertentu bagi memusnahkan komputer dan perisian yang digunakan pengguna. Selamat kembali semula ketempat bertugas masing-masing. Hidup kadang-kadangnya perlu dikejar kerana kalau kita berhenti sekalipun dia akan terus berjalan. Selalunya kita bertungkus lumus untuk mengejar yang sedikit dan banyak membiarkan yang banyak berlalu begitu sahaja. Edi http://www.pesisir.net
