betoll tuu,,memang benar apa yg kau merapu, aku setujuuuu.....sedarlah wahai 
orang - orang yang ingin jadi kaya dgn segera, SEDARLAHHH.......

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:          Saya juga dengar di 
sekeliling pinggang tentang kewujudan skim-skim kaya
cepat begitu berleluasa sekarang ini beberapa program telah masuk ke
ceruk-ceruk kampung , tak kira yang warga emas, warga perak dan warga
suasa tidak terkecuali dalam menyertai pelaburan skim cepat kaya ini.

Bukan sahaja di kalangan orang-orang yang kurang berpendidikan dan orang
yang mudah terperangkap , tetapi juga ianya telah dapat menewaskan mereka
yang cerdik dan pandai dalam beberapa segi, tapi kurang cerdik atau kurang
pandai membuat penilaian sehingga begitu mudah terdorong untuk turut sama
menyertai pelaburan skim yang terangan nampak sistem kaya cepatnya.

Ada yang telah mendakwa dapat ratusan ringgit sehari dan ada yang kata dah
dapat puluhan ringgit sehari kemudian menaja pula sahabat-sahabat, sanak
saudara dan tidak terkecuali pula mengajak pak-pak tua agar membuka sampul
bantalnya dan melabur dalam dalam program mereka.

Tidak terkecuali juga rasanya pegawai-pegawai itu dan pegawai ini yang
turut terbabit dalam pelaburan sebegini.

Hal ini sangat mendukacitakan kerana ianya membabitkan anak bangsa kita
yang nampaknya kini terlalu mudah untuk ditidurkan dengan janji-janji
manis yang didengar.

Kepada rakan-rakan yang tidak terbabit dalam program ini eloklah dicari
jalan yang sesuai untuk memberitahu kepada masyarakat umum tentang betapa
pelaburan begini tidak perlu disertai oleh orang-orang melayu terutamanya.

Sepatutnya kira usahakan untuk mencari wang dengan usaha yang diberkati.

Ediramle

> Assalamualaikum,
>
> Rasanya sudah lama saya tidak menulis dalam ruangan e-group ni.
> Sebenarnya saya mengikuti segala perkembangan group ni, malahan
> setiap hari saya membaca e-mel dari sini, cuma tiada kesempatan
> untuk mencelah. Tahniah saya ucapkan kepada Saudara Edi & Rakan-
> rakan kerana berjaya menganjurkan program Kembara Pulau & Kursus
> Fotografi. Tergerak juga hati nak join tapi tak berkesempatan,
> mungkin lain kali.
>
> Disini saya ingin menceritakan satu lagi gelombang besar yang sedang
> melanda negeri Kelantan, selain daripada hobi berbasikal jepun yang
> diceritakan oleh Saudara Edi. Gelombang yang saya maksudkan ialah
> skim-skim pelaburan euro & US Dollar yang sedang diikuti dan hangat
> diperkatan di setiap kedai kopi, pejabat, dan segenap ceruk rantau
> negeri Kelantan. Sekarang tidak menjadi satu kejanggalan sekiranya
> anda ke kedai kopi dan berjumpa dengan sekumpulan pengunjung dengan
> laptop terbuka dan disambungkan ke internet dengan menggunakan
> handset. Majoriti mereka ini ialah para pelabur skim euro tersebut.
>
> Jika diamati betul-betul, skim-skim ini menawarkan keuntungan yang
> amat tidak munasabah, sehingga ada yang menawarkan 1.8% sehari. Jika
> dikira betul-betul, ini bermakna skim ini menawarkan keuntungan 657%
> setahun dan tiada risiko kerugian. Saya rasa agak tinggi juga
> kelulusan saya dalam bidang ekonomi ni, sehingga dapat segulung
> ijazah dari universiti luar negeri, tapi tak pernah saya jumpa mana-
> mana pelaburan yang sebegini selamat (mengikut kata pelabur tersebut)
> dan menguntungkan dalam mana-mana skim pelaburan yang sah, baik di
> dalam negeri mahupun luar negeri.
>
> Bayangkan skim ASB yang ditadbir oleh para pengurus kewangan terbaik
> negara hanya boleh memberikan keuntungan antara 5-12% setahun,
> keuntungan paling tinggi yang saya pernah jumpa dalam pelaburan yang
> sah ialah 32% setahun yang ditawarkan kepada pelabur fixed deposit
> salah sebuah bank di Malaysia, itu pun sekiranya pelabur itu
> menyimpan sebanyak 1 juta atau lebih. Jadi 657 % ni nampak sangat
> tak lojiknya.
>
> Kadang-kadang rasa sedih juga melihat mereka-mereka ini yang rata-
> ratanya orang melayu kita. Ada sesetengah tu datang ke kafe siber
> saya untuk melihat hasil pelaburan mereka, sesetengah tu tersenyum
> lebar tengok bonus harian mereka (kalau dalam cerita kartun ada
> lambang $$$$ atas kepala mereka) dan ada sesetengah tu meradang
> mengamuk kerana laman web tempat mereka melabur wang tersebut telah
> ditutup atau tak dapat di akses (dalam cerita kartun ada lambang #$%
> &##! atas kepala, dah mampus modal la tu).
>
> Ni tak masuk lagi bab halal haram pelaburan tersebut, saya tak lah
> arif sangat bab ni, jadi kita beri kepada mereka yang arif untuk
> menilai hukum-hakam pelaburan-pelaburan sebegini.
>
> Jadi rumusannya, berhati-hati sekiranya ada peluang melabur sebegini
> yang ditawarkan kepada tuan-tuan. Diharap peringatan saya ini tidak
> menyinggung sesiapa, cuma sekadar peringatan. Kalau masih mahu
> melabur juga, saya tak boleh kata apa-apa. Jangan sampai 4-5 bulan
> akan datang saya boleh cakap "Aku kata dah!!!"
>
> Salam
>
> ** bagi saya, lebih baik RM3800.00 tu buat beli barang mas ko isteri
> saya, seronok zahir & batin. Harga mas tengah naik ni.......
>
> *** Kalau betullah skim ni sah, lebih baik kerajaan bagi RM3800
> sorang kepada keluarga miskin, masuk skim ni & tunggu 100 hari dapat
> RM6840.00, lepas tu kerajaan ambik balik RM3800.00 tu dan biar
> penerima tadi uruskan pelaburan mereka sendiri, kan senang. Duit
> kerajaan pun selamat...........
>
> ***Harap maaf kalau saya merapu agak panjang kali ni, nak ganti yang
> lama saya diam membisu.



         

 
---------------------------------
Don't get soaked.  Take a quick peak at the forecast 
 with theYahoo! Search weather shortcut.

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke