Saya kira ayat ini perlu diperbetulkan agar orang tidak anggap siber cafe
sebagai tempat beropersainya benda-benda ni.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Ramo bukan melalui siber cafe, tetapi
melalui internet.

Saya tak fikir , siber cafe sebagai tempat bermulanya masalah sosial.
Kebanyakan mereka yang bermasalah sosial adalah daripada kalangan mereka
yang tak pernah pun menggunakan internet dan komputer walaupun ada
sebahagian yang sangat kecil daripadanya pernah menggunakan internet dan
komputer.

Sepanjang penelitian saya di beberapa buah siber cafe dan pusat komputer ,
kebanyakan mereka yang datang hanyalah untuk sesuatu yang bermanfaat
seperti isi borang, dapatkan maklumat, buka e-mel dan hantar e-mel  dan
hanya sebahagian kecil sahaja yang cari sahabat dan rakan.

Edi



"Nampaknya ada berbagai-bagai dajal yang akan datang mengikut zaman.
> Zaman pelihara ikan talapia, zaman main kutu beli emas dan sampai
> zaman siber dajal datang melalui siber cafe.
> Ini catatan dari Ramo , tentang cerita-cerita skim cepat kaya.
>
>
>
> ---------------------------- Original Message ----------------------------
> Subject: Re: Berhati-hati - orang-orang kita telah ditidurkan
> From:    "ramo53" <[EMAIL PROTECTED]>
> Date:    Thu, March 8, 2007 1:53 pm
> To:      "Ediramle Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>
> --------------------------------------------------------------------------
>
> Assalamu Alaikum.
>
> Sebagai seorang yang telah lama, terdapat berbagai cerita tentang
> skim ini sejak dulu hingga kini dan selamanya.
>
> 1. Tahun 1960 an - Orang bandar masuk kampung buat kutu beli emas.
> Apabila ramai yang masuk, adalah orang kampung itu dapat kutu barang
> emas. Makin ramailah yang menyertainya. Sampai target dia pun belah
>
> 2. Tahun 1970 an :
>  a. Surat berantai Syed Shaikh Ahmad, siapa tidak sebar surat itu
> akan dapat bala. Siapa sebar dia dimudahkan rezeki.
>  b. Strait Ralute . Permainan dikalangan askar. Cara menyertai kena
> hantar wang kepada tiga penama paling atas. Apabila nama kita naik
> orang akan hantar wang kepada kita
>
> 3. Tahun 1980 an - Skim Pak Man Telor. Perniagaan cara Islam. Tapi
> orang bukan Islam pun boleh masuk. Tanam modal dapat untung segera.
>
> 4. Tahun 1990 an :
> a. Labu Sayung sehingga ada orang yang mendapat berguni-guni wang.
> b. Perniagaan Komuditi - beli kopi berkontena di Argentina Amerika
> untuk pasaran musim sejuk. Perniagaan beli kopi tanpa ajab dan kobul
> dan barang entah dimana. Jual beli cara apa dan untung entah di
> mana. Untung hilang modal lesap.
>
> 5. Tahun 2000 an - Perniagaan internet. Hampir sama dengan MLM,
> tetapi tak payah jual beli, untung datang menggolek ke kaki. Modal
> ratusan dapat ribuan. Duduk kedai kopi buka internet mengguna leptop
> menggunakan talian handset. Bukan jual produt tapi jual air liur.
> Kalu cikgu pula, belanja kawan-kawan RM50.00 sehari dan sponser itu
> dan ini untuk kecek keahlian.
>
>  Nampaknya ada berbagai-bagai dajal yang akan datang mengikut zaman.
> Zaman pelihara ikan talapia, zaman main kutu beli emas dan sampai
> zaman siber dajal datang melalui siber cafe.
>
> Tak terlintas ke kita, kalau perniagaan itu betul, mereka tentu
> mereka jual kepada anak beranak dulu. Kalau betul tentu mereka
> berhenti kerja untuk jalani perniagaan. Kalau betul, tentu kerajaan
> tak buat sekolah besar-besar, cukup dengan mengajar main internet
> dan berniagaan MLM.
>
> Aku nasib baiklah tuhan beri tidak kaya. Kalu tidak mungkin mata
> hati buta juga.
>
> Wassalam
>
>
>


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Check out the new improvements in Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/4It09A/fOaOAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke