Sebuah cerita biasa dari sebuah desa.
9 Mac 2007 , Pukul 7.30 pagi. Melihat beberapa kawanan burung terbang dalam kumpulan. Pergerakannya sungguh istimewa . Pergerakannya sangat seimbang dan kelihatan membentuk seperti mata panah yang telah dilepaskan daripada busurnya. Kira-kira 10 kumpulan burung yang setiap satu kumpulannya terdiri daripada hampir 20 ekor , terbang ke suatu arah yang tak pasti (Mungkin ke bendang). Cantik sungguh susunannya, seakan ada perancangan rapi antara burung-burung tersebut. Ada 2 kumpulan yang mana terdapat seekor daripadanya masing-masing sebahagian sayapnya kelihat terkoyak, tapi masih dapat terbang dengan baik seperti burung-burung lain juga. Kelihatan ada juga beberapa ekor yang terbang secara persendirian, tapi ke arah yang sama dengan burung-burung yang berkumpulan tadi. Selainnya kelihatan burung-burung gembala kerbau terbang seekor dua dalam susunan tak menentu dan kelajuan yang tak menentu . Pukul 7.40 pagi. Berkumpul berhampiran kedai Jaafar iaitu tempat berkumpulnya sebahagian warga Kok Pasir yang bermasyarakat dan bermuafakat untuk Program Berbasikal Ke Sri Tujuh. Sebelum bertolak , kami diberi taklimat ringkas tentang program dan terutamanya ditekankan mengenai keselamatan semasa program Pukul 8.05 mula berkayuh untuk program Berbasikal ke Sri Tujuh anjuran KRT Kok Pasir. Kebetulan ' basikal ' saya rosak dan saya kira tidak menyertai program ini. Bagaimanapun rakan-rakan mahu saya juga turut serta. Hj. Hanafee (Pengerusi KRT KP) telah meminjamkan salah sebuah basikal Jepunnya kepada saya untuk turut sama dalam program ini. Seramai 24 orang mengayuh basikal yang mana 15 buah daripadanya adalah basikal jepun ,selebihnya basikal lain , sebuah daripadanya adalah basikal unta yang diletakkan bendera Malaysia dan dikayuh oleh seorang belia kampung ini. Membanggakan kerana penyertaan bukan saja dari kampung Kok Pasir, tapi juga dari kampung berjiran iaitu Kok Keli. Seramai 5 orang dari Kg Kok Keli turut menyertai program ini. Seramai 5 orang anak gadis desa juga turut serta dalam program. Kami mula berkayuh dari Kok Pasir ke Kok Keli , kemudian ke kg Dalam seterusnya melalui kg Sedar, Terbak, Singgah seketika di Kelaboran. Semasa di Kelaboran ketika singgah saya sempat merakam beberapa gambar. Saya kena memecut sedikit supaya berada di hadapan untuk berhenti sebentar bagi merakam gambar peserta lain. Sempat juga merakam gambar. Selepas rakam gambar , saya telah tertinggal di belakang agak jauh sikit, membuatkan terpaksa mengejar mereka yang telah di hadapan. Semasa di kelaboran agak lelah juga dibuatnya kerana mengejar rakan-rakan. Sampai di Pintu Air Jubakar Pantai saya sempat kejar mereka dan ketika itu keluarkan kamera dan ambil gambar sambil berkayuh. Kami sampai di Pantai Sri Tujuh pada pukul 8.55 minit iaitu setelah 50 minit berkayuh dengan jarak kira-kira 20 kilometer. Setiba di Sri Tujuh kami dihadiahkan sebotol air dan sebungkus nasi dagang. Kami makan dan minum dan berehat kira-kira sejam sebelum bertolak balik semula. Semasa balik sekali lagi saya kena pecut basikal ke hadapan untuk berhenti dan rakam gambar sekali lagi. Sekali lagi saya tertinggal di belakang, tapi kali ini tidak jauh. Dalam perjalanan balik kami melalui jalan Kg. Dalam Rhu , ke Pekan Tumpat dan singgah seketika di Pantai Mahkota (Pantai Ndor) dan berehat seketika sambil berbincang tentang aktiviti dan perbincangan biasa masyarakat kampung. Selepas bebeberapa minit kami berehat, kami meneruskan perjalanan untuk pulang. Semasa perjalanan balik dirasakan lebih mencabar kerana hari sudah agak terik , matahari pukul 11.00 sudah dirasakan hangat dan tiba di terbak saya sekali lagi perlu memecut untuk berada di hadapan bagi merakam gambar semasa naik jalan yang membukit (Jalan atas landasan keretapi) di Ketik tengah (Watt Siam) . Lenguh juga kaki rasanya. Sempat juga ambil gambar secara rambang dengan menghadapkan kamera ke belakang semasa mengayuh. Kelihatan beberapa orang tertinggal di belakang dan mereka tidak mengayuh tetapi mengheret, mungkin kerana kepenatan. Saya juga berada di bahagian belakang dan sehinggalah sampai semula ke tempat berkumpul, saya tiba di kalangan peserta yang hampir terakhir sampai. Peserta yang termuda berumur 13 tahun dan yang terdewasa berumur 58 tahun . Program kami kali ini berjaya. Untuk mengongsi program ini bolehlah lihat gambar-gambar yang saya rakamkan dan akan dimuat naik sebagai projek webfoto untuk kenanga-kenangan mungkin esok atau lusa. Bagaimanapun dalam gambar itu saya tidak kelihatan. Catatan Ediramle ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> See what's inside the new Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/0It09A/bOaOAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
