POHON DERMA / BANTUAN UNTUK MENYIAPKAN BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN
TOK JUNOH BACHOK
Dengan segala hormatnya dimaklumkan Madrasah Tahfiz Al-Quran Tok Junoh,
Bachok sedang membina bangunan madrasah sebagai tempat untuk anak-anak dan
para remaja mempelajari ilmu dan menghafaz al-Quran. Bangunan ini
merupakan bangunan 2 tingkat berukuran 30' X 120' yang mempunyai keluasan
7200 kaki persegi. Kos pembinaannya dianggarkan berjumlah RM504,000.00.
Setakat ini bangunan telah siap kira-kira 60%. Madrasah memerlukan
kira-kira RM202,000.00 lagi.
Kos pembinaannya setakat ini adalah hasil daripadan sumbangan
orang-orang kampong dan penduduk setempat.
Oleh itu pihak Madrasah Tahfiz Tok Junoh dengan besar harapan
memohon sumbangan ikhlas daripada Dato'/Datin /Tuan /Puan.
Mudah-mudahan dengan sumbangan Dato'/Datin /Tuan /Puan itu dapat
menjayakan cita-cita untuk mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi insan
mulia yang berguna untuk agama, bangsa dan Negara.
Keterangan lanjut berserta kertas kerja pembinaan Madrasah
Tahfiz Tok Junoh adalah seperti yang terdapat pada pautan di
bawah:
http://madrasahtahfiz.bukusiber.com/
* Saya selaku yang menyampaikan sahaja. Sebarang urusan pemberian
sumbangan dan derma sila berhubung terus dengan jawatankuasa seperti yang
disenaraikan pada kertas kerja sebagaimana yang terdapat pada laman yang
dipautkan di atas.
Terima kasih.
Semoga sumbangan ikhlas kita diberkati.
http://madrasahtahfiz.bukusiber.com/
Ediramle Ismail