23 Mac hingga 25 Mac 2007 ( Jumaat hingga Ahad)

23 Mac 2007 - Pukul 7.30 pagi saya (Ediramle Ismail , Setiausaha 1
PESISIR)  bertolak dari rumah kediaman di Kg. Kok Pasir , Tumpat, Kelantan
menuju ke Rumah Ketua 1 PESISIR (Persatuan Penulis Tumpat) Cikgu Wel @
Ismail Mohamed . Pukul 8.00 pagi tiba di Rumah ketua 1 di Kg Chabang
Empat, Tumpat.

8.10 pagi tumpang Ketua 1 untuk sama-sama mewakili Persatuan Penulis
Tumpat ke Bengkel Pemantapan Penulis Kelantan dan Terengganu di Pulau
Perhentian.

Kira-kira pukul 9.30 kami sampai di Jeti Kuala Besut. Ini merupakan kali
pertama sampai di Jeti Kuala Besut. Suasana pagi dan kesibukan pelancong
tempatan dan pelancong luar agak jelas kelihatan. Bot-bot yang tertambat
di Jeti , sebuah demi sebuah memunggah penumpang menghala ke Pulau
Perhentian.

Setibanya kami kelihatan sudah sampai beberapa orang teman-teman penulis
dari sebuah dua persatuan. Kami menunggu semua peserta dari wakil-wakil
persatuan dan pegawai DBP untuk sama-sama ke Pulau Perhentian.

hampir pukul 11. pagi kesemua peserta dan pembentang kertas kerja dan
beberapa orang pegawai DBP (Dewan Bahasa Dan Pustaka) kecuali dari sebuah
persatuan di Terengganu tidak muncul.

Kami mula memungguh beg-beg untuk dimuatkan ke sebuah bot kemudian kami
seorang demi seorang naik ke bot. Sebentar kemudian bot mula berlepas dari
Jeti Kuala Besut dan mula memecut dengan laju. Ombak menyambut kami dengan
melambung bahagi depan bot beberapa kali membuatkan sebahagian daripada
kami merasa takut dan bimbangkan mabuk laut.

Bot memecut dengan laju , ombak sekali sekala membuatkan bot menghempap
laut Cina Selatan.

hampir setengah jam kemudian pulau perhentian semakin jelas kelihatan,
hujan turun renyai-renyai , tapi kemudian berhenti.

Setengah jam perjalanan kami mula mendarat di Jeti Perhentian Island Resort .

Sebuah van telah sedia menunggu untuk memunggah beg-beg kami untuk ke
chalet. Kami berjalan ke sri Pinang yang kemudiannya disediakan air untuk
minuman.

Kami dibahagikan tempat penginapan untuk 3 hari 2 malam dan saya
ditempatkan bersama Sdr. Aziz Mohd Nor (Salah seorang pembentang
kertaskerja dari PPK(Persatuan Penulis Kelantan dan Adimansor yang
mewakili GEMA di bilik bernombor 333 yang terletak berhampiran kolam mandi
PIR (perhentian Island Resort) .


Antara yang datang ke program ini ialah En.Mohd Yusoff Ishak dan isteri ,
Pengarah DBP Wilayah Timur, Datuk A. Aziz Deraman, mantan ketua pengarah
DBP dan Datin.
Pegawai-Pegawai DBP Kuala Lumpur dan DBP Wilayah Timur , Azam. Shahrul,
Mat Rani, Basirah, Azira (lupa), Aziz, Osman , Murad

Pembentang kertas kerja , Norhisham Mustafa, Aziz Mohd Noor, Shariff
Putera, Datuk A Aziz Deraman, Hamdan Yahya.

Dari PPK, Wan A.Rafar, Abdul Hadi Yusoff dan Leo A.W.S. Dari Pesisir
Ismail Mohamed dan Ediramle Ismail, Dari Gema Zizi Setapa dan Adimansor,
dari PUSPA Abham TR dan Zulkifli Mohd Zin dan Dari ASWADA Ilmin Abdullah
dan Ebi manakala dari Pelita , Selain Syariff Putera turut hadir SM Noor
dan Hilmi Rindu.

Selepas makan dan berjumaat di Pulau Perhentian Kecil kami balik semula ke
Pulau Perhentian Besar dan sesi pertama bengkel dimulakan dengan
pembentangan kertas kerja oleh penulis yang tidak asing lagi di Kelantan
yang juga merupakan penasihat  persatuan penulis PPK dan juga  sebagai
penasihat penulis-penulis pesisir.

Pembentangan adalah cukup menarik tentang penulis-penulis Kelantan dan
Terengganu.

Selepas pembentangan tersebut sebahagian daripada kami gunakan masa untuk
mandi laut snoking lihat ikan yang menarik di dasar laut cetek .

Saya dan ketua 1 pesisir ambil keputusan untuk berjalan-jalan melihat
suasana di PIR sebelum berbual panjang bersama Norhisham dan Wan A Rafar
sehingga hampir ke waktu makan petang.

Malam jam 8.30 kami ada sesi ketua pembentangan kertas kerja oleh Aziz Mod
Noor dan Syariff Putera, Pembentangan keduanya tentang perkembangan
penulis di Kelantan dan Terengganu.

Malam terasa letih tapi sempat berbual dengan Sdr. Aziz , Hadi dan Mat
Rani hingga hampir pukul 1 pagi.

Bangun pagi keadaan di sini sungguh nyaman. udara segar. Selepas makan
pagi berjalan-jalan seketika sebelum kembali masuk ke dewan untuk sesi
Hamdan Yahya kursus pemantapan persatuan penulis. sesi ini berjalan hingga
pukul 12.30 .

Lepas makan tengah hari sesi oleh Datuk A.Aziz Deraman hingga puluk 4.00
,> hari kedua sebahagian peserta menikmati suasana pulau Perhentian yang
cukup indah dengan mandi laut, saya sekali lagi berjalan melepasi
Perhentian Islan Resort ke Coral Beach , pemandangan yang sungguh cantik
dan sempat dirakamkan.

Malam, Ada persembahan di Sekolah Kebangsaan Perhentian di Pulau
Perhentian Kecil. Turut dapat membuat persembahan, Osman Kering, Jali (Mat
Deris) Salam Pantai Timur dan Megat Nordin serta beberapa orang penyair
turut membaca sajak.

Kehidupan masyarakat pulau ada kelainan sedikit berbanding dengan
masyarakat di tanah besar.

Jam 11 lebih kami kembali semula ke PIR dan sebelum tidur saya sempat
berbual panjang dengan rakan sebilik Sdr. Aziz Mohd Noor sehingga
kira-kira jam 2 pagi. Cerita tentang dunia penulisan yang penuh cabaran
masa kini.
pagi 25 Mac 2007, pegawai DBP bersama datuk A.Aziz sekali lagi ke sekolah
Kebangsaan Pulau Perhentian. kami dari persatuan penulis tidak turut
hadir, tapi menjalankan aktiviti masing-masing.

Saya bersama Abdul Hadi Yusoff, Aziz Mohd Nor, Zizi Setapa dan Adimansor
buat traking untuk ke sebelah sana pulau , kami berjalan menaiki bukit
melalui celahan pokok-pokok dan akar-akar selama kira-kira setengah jam
sebelum tiba di seberang sana iaitu di Awrana dan Samudera Beach Resort.

Kemudian setelah berada di sana kira-kira setengah jam kami balik semula
ke PIR melalui jalan yang sama.

Kami sampai semula di PIR pukul 11.10 minit. Pada pukul 11.30 ucapan
penutup oleh Pengarah DBP Wilayah Timur .

Selepas makan kami akan bertolak balik .

Pukul 1.30 tgh kami menuju ke Jeti untuk menaiki bot untuk Ke Jeti Kuala
Besut.
Dalam perjalanan balik, laut tenang sekali dan bot meluncur dengan lancar
dan tiada ombak yang menghampap.

Kami naik di Jeti Hampir jam 2 petang.


Pulau Perhentian sungguh menarik , alam sekitarnya sungguh indah , airnya
biru kehijauan . Tempat yang baik untuk berehat.

Bengkel yang dianjurkan oleh DBP juga adalah sungguh baik dan memuaskan
serta membuahkan kesan yang bukan sedikit kepada penulis yang menyertainya
dan ahli-ahli persatuan penulis di Kelantan dan Terengganu.


Saya dapat mengenalpasti apakah bidang penulisan yang paling serasi dengan
saya.

Saya memperolehi sedikit sebanyak ransangan untuk terus jadi sebagai
seorang penulis karya kreatif.

* Catatan ini ditaip terus dan barangkali banyak yang tidak tepat susunan
ayatnya.


Gambar-gambar akan saya cuba tempatkan di laman web dalam waktu terdekat
untuk sama-sama dikongsikan oleh rakan-rakan semua.



Ediramle Ismail










Ediramle Ismail


Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke