Sempena hari baik ini, setelah Pusat ICT Kok Pasir terpaksa ditutup sementara oleh beberapa sebab terutamanya tiada liputan internet yang agak laju di sini (Streamyx), beberapa ketika ruang aktiviti saya ini tidak bernama . Saya terfikir untuk mengubah nama dan menambah fungsinya agar ianya menjadi lebih bermakna lagi.
Nama baru yang saya baru dapat hari ini ialah PUSAT AKTIVITI KARYA SASTERA DAN ICT KOK PASIR dan singkatannya PAKSIT. Memandangkan sebelah kaki saya berada di dunia sastera (Penulisan) dan sebelah lagi berada di dunia ICT saya rasa itu adalah lebih sesuai kerana juga bidang penulisan adalah bidang yang berkaitan sangat rapat dengan bidang ICT iaitu kedua bidang yang sukar untuk diminati ramai kerana ianya memerlukan usaha yang berterusan dan memerlukan penggunaan fikiran dan pengorbanan yang bukan sedikit untuk melaksanakannya. Saya memilih dua bidang ini kerana bagi saya ia adalah landasan yang baik untuk memperkasa bangsa dalam suasana yang harmoni dan nyaman. Dunia penulisan adalah pengisian dan ict adalah alat untuk memaparkannya. Bagaimanapun ruangan sempit yang sangat sederhana ini pada dari segi fizikalnya fungsinya adalah lapang dan luas. Selain itu saya juga ingin wujudkan tempat ini sebagai tempat aktiviti sejarah, aktiviti sukarela dan segala yang baik dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya kepada Agama Islam. Ediramle Ismail, Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
