Pakdo mari lagi. Kali ni pakdo nak bercakap mengenai perubahan zaman setelah beberapa dekad pakdo lalui. Tahun 1940-an pakdo lalui dalam kegelapan. Tahun 1950-an pakdo lalui dengan tenang dan aman. Tahun 60-an dengan corak hidup yang mudah tapi meriah, Tahun 70-an bermula zaman baru di mana kemodenan telah mulai menonjol satu persatu. Tahun 80-an kemajuan semakin pesat. Tahun 90-an seperti berada di kemuncak. Tahun 20-an seperti kelihatan berundur ke belakang dari segi kehidupan masyarakat.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, pakdo nampak seperti hidup masyarakat seperti tidak begitu teratur kerana masing-masing harus berlari dengan sekuat tenaga untuk mendapat tempat dalam kehidupan. Sesiapa yang terlambat akan mengalami kekalahan. kekalahan demi kekalahan akan diterima. Zaman sekarang orang kata zaman global, zaman glokal atau apa-apa nama dan sebutan. Tapi pakdo lihat tidaklah sejauh mana globalnya, tidak sejauh mana glokalnya. Kini kena difikirkan bagaimana cara yang terbaik untuk membentuk masyarakat menjadi sebuah masyarakat yang maju semaju-majunya dalam semua perkara termasuk dalam akhlak. Kalaupun kita maju, tapi akhlak mundur itu masih dikira sebagai bangsa atau masyarakat yang mundur jugalah tu. Pakdo berhasrat nak maju dari dulu lagi, tapi sampai sekarang masih mundur. Hormat selalu daripada Pakdo Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
