Sahabat pakdo sekelian. Pakdo terharu bila baca tulisan Tok Ayah perihal anak-anak zaman sekarang.
Marilah Pakdo nak ajak rakan-rakan pakdo semua untuk cari jalan ,sama-sama berfikir untuk dapatkan ramuan yang cukup enak supaya kita hidangkan kepada anak-anak sekarang agar mereka menjadi insan yang berguna , kerana kepada merekalah pakdo dan rakan-rakan pakdo akan serahkan bangsa kita supaya mereka uruskan dengan baik di suatu masa nanti supaya bangsa yang besar ini akan terus membesar. Begitu juga di tangan mereka jugalah tanggungjawab untuk memperbesarkan lagi keupayaan bahasa melayu agar ianya suatu ketika nanti tidak menjadi sebagai bahasa kenang-kenangan atau bahasa klasik yang hanya terlulis dalam buku-buku sejarah. Ikutilah contoh Tok Ayah dalam mendidik anak-anak, mungkin sekali Tok Ayah sendiri dah ada cucu atau cicit. Pakdo belum ada cicit lagi. Anak-anak sekarang kena dikawal rapi supaya mereka tidak "bersaing: (berkawan) dengan remaja yang telah dan pernah melakukan kerja-kerja kotor seperti hisap dadah, hisap gam dan membuang masa dengan tidak berfaedah. Seperti juga dengan anak cucu Tok Ayah, Pakdo juga ingin lihat waris warah dan keturunan pakdo akan menjadi baik-baik belaka. Kalu boleh tidak serupa pakdo yang walaupun baik, tapi masih tidak sebaik mana kerana masih ada banyak kekurangan yang pakdo perlu atasi. Tok Ayah weh, pakdo juga menanggis mengenangkan anak bangsa pakdo walaupn pakdo bukannya orang besar dan apalah pakdo ini untuk memikirkan perkara-perkara begitu. Pakdo gi dulu deh, makdo dok tunggu nak gi beli sayur . Di usia emas begini , pakdo kena makan makanan yang berkhasiat untuk jaga kesihatan. Pakdo. > Salam... > Betul sebagaimana kata Pakdo....dulu lain, sekarang ni lain. > Dulu...masa tok ayoh muda-muda dulu...tok ayoh cukup terpikat dengan > anak-anak gadis dan anak-anak muda kita. mereka cukup berhemah. > bertomaninah. berpekerti mulia. > Masa tu mana kita ada dengar kerajaan bukan Pusat Serenti. > Masa tu mana kita ada dengar kerajaan tambah lokap. dan > Masa tu mana kita ada dengar anak-anak muda terlibat dalam penagihan > dadah dan anak-anak dara bunting sebelum dinikahkan. > Sekarang ni...Astarfirullah haazim...macam-macam kes yang tok ayoh > dengar. > Anak muda kena tangkap kerana edar dadah.... > Anak muda kena tangkap kerana menagih dadah... > Anak muda kena tangkap kerana mencuri, merompak, menyamun dan meragut. > Begitu juga dengan anak-anak dara kita zaman loni... > Macam-macam yang sampai ke telinga tok ayoh. > Ada yang buang anak tepi longkang > Ada yang busung sebelum kawin... dan > Ada yang berusung sana berusung sini. > Apa dah jadi dengan anak-anak muda dan dara kita ni. > Tok ayoh pun ada anak yang dah besar panjang. Tapi Alhamdulillah, > setakat ni anak-anak tok ayoh semuanya berdisiplin.Sebelum tok ayoh > tutup mata, tok ayoh sempat tengok anak-anak tok ayoh membesar depan > mata. Setiap pergerakan mereka tok ayoh tau. > Semalam, masa tok ayoh senggeng senggeng dengan tok nek, tok ayoh ada > bual-bual sikit pasal masa depan anak-anak tok ayoh. > Tok ayoh bagitau pada tok nek...esok kalau kita nak cari menantu, kita > kena betul-betul hati-hati. > Bukan apa...takut nanti termenantu yang dah ditebuk tupai kepala hitam. > Apa taknya, masa tok ayoh round round dengan tok nek di Kota Bharu dan > bandar-bandar di Kelate ni, tok ayoh dan tok nek dihidangkan dengan anak > dara bergendong dengan pasangan masing-masing. > Pulak tu pakaian si anak dara dan si jantan tu...hanya Tuhan saja yang > tau. > Pernah tok nek merungut bila tengok pasangan muda mudi bergendong motor > sambil peluk-peluk. Si anak dara pulak pakai seluar yang nyaris nampak > lurah monggeng. kedua-dua tangan letak atas paha si jantan, manakala si > jantan pulak sengaja pakai baju jaket terbalik. kononnya nak sembunyikan > tangan di anak dara yang.... Astarfirullah...apa nak anak dara zaman > sekarang ni. > Sebab tulah tok ayoh bagitau kat tok nek..."Kita ni kalau nak cari > menantu kena biar-biar dara. Bukan dara pada nama saja, tapi isi dalam > dah kulai. Tok nek setuju dengan pendapat tok ayoh....apa kata pakdo dan > pakcu? > Kadang-kadang tok ayoh pikir jugak, kemana perginya mak bapak dia orang? > Takkan mak bapak dia orang tak tau pergerakan anak-anak mereka? > Takkanlah anak kata nak keluar tuisyen, turun dengan baju singkat, > seluar ketat? > Takkanlah mak bapak tak ada mulut nak tegur. > Takkanlah mak bapak tak ada mata nak tengok pakaian anak-anak. > Takkanlah tuisyen habis sampai 12 malam atau lebih. > Heeeee....kadang kadang tok ayoh nangis sorang-sorang mikirkan keadaan > muda mudi masa kini. Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
