Pandai sungguh pakcu mengukir kata , lembut serupa sutera, tajam bagai parang puting pakdo yang baru pakdo asah pagi tadi untuk tebas semak di belakang rumah.
Setahu pakdo kayu cengal adalah kayu antara yang terkeras dan roti adalah antara yang terlembut, tapi bakpo pakcu kata begitu.tentu sekali ada banyak alasan pakcu. Pakdo tahu, pakcu bercakap bahasa tinggi. Tapi pakdo dapat tangkap sedikit sebanyok apa yang pakcu kata. Tema bagih pakcu kali ni pakdo kira tema tentang buat baik berbalas kurang baik . Pakcu nak sampaikan amanat untuk waris warah pakdo dan pakcu supaya jadi orang yang mengenang budi orang. Kalu orang berbudi kita juga kena berbudi ini sesuai sungguh dengan bangsa yang dikatakan berbudi bahasa. Benarkah pakcu bangsa kita bangsa yang cukup sifat berbudinya, benarkah pakcu bangsa kita bahasa yang cukup berbahasa. Pakdo rasa ada benar dan ada tidak benar, kerana sebahagiannya berbudi tapi banyak bahagiannya tidak berbudi pekerti. Selain budi pekerti pakcu juga bercakap tentang orang tak dengar kata orang. keras keng atau keras kerak. Banyak perkara yang pakcu tulis, dan kalu pakdo nak ulas satu persatu secara rambang , beberapa perkara besar terselit di celah-celah kata pakcu yang nampaknya sebagai seorang yang berpengalaman walaupun pakcu lebih muda daripada pakdo, apatah lagi jauh lebih muda daripada Tok Ayoh. Tapi pakcu lebih berusia daripada Ayah Su. Pakdo gi dulu deh. Lembut pohon cengal dari roti Pakcu berasa sedih mengelih ke sain sobat pakcu hak duk alik nun. Kalu dia kerija, oiii serupa seladang dah. Dengan bedozar halah bedozar. Dengan ssodok rantai, halah ssodor rantai lagi. Orangkata bukit tinggi dia kata rendah. Dia panjat bukit. Takdakn sampai setengah rantai jelir lidah. Jelir lidah pun jjelirlah sebab nak bbesar ke anak ni. Orang ghoyat kata sungai dalam dia kata tohor. Orang kata ddalam sungai ada buaya dia kata ada geriang jah. Boktan bakpa tu? Boktan anak-anak. Anak-anak nak sekolah ni kena berkace wei. Takdan nak kabir kok tu kena kabir kok ni. Takdan kabir kok ni kabir kok tu. Pesen kita dah. Suka kabir mengabil ni. Jangan Kabir Bedi sudahlah. Nak pecah cerita panjang hikayat, atas singgahsana berukir air mata dan peluh usaha, atas tikar emas kelarai tiga belas, angkat satu jadi dua belas pakcu belas sengoti hitung nasib congak sengsara sain pakcu tu. Tak cekat kabir. Tak cekat minta tolong. Tapi tak nya tolong demo kalu dan sesak gak. Masa berjanji nak buka kebun getah di bukit gua rimau ghetu, oiii..lembut pohon cengal dari roti hak bawa. Besi rel keretapi perasan boleh lipat lagi. Tapi dan getah besar, dan boleh toreh, getah bertitik dapat hasil beribu-ribu, hak jjanji ghetu tak tahu duk duano dah. Kelih ke orang hak menanam getah pun berasa nak sepak terajang. Sah ke anak ajak minum air tea singan secawan. Pakcu nak tanya pakda, ayah su, tok ayah, tok selampit, tok ddikir, mat tomoi, abang awang kuntau, comel ke kalu kita amalkan feel suka lupa budi orang ni? Kalu pakcu, aiii berasa taklih duk male kalu lagu tu. Sebutir padi hak demo bui ke pakcu, pakcu ingat apa tah lagi seterelar beras. Tapi demo tu nya bulih lupa budi orang hak tulong tanam getah tu dih? Kawe ni tolong tanam getah sampai tongek punggung-punggong. Tapi sengoti hak orang kata. Orang makan gaji ni taksah nak bersohorlah nya tungging punggong ke orang menoreh jah. Sengoti ke heh? Kalu bulih bersembang kosong ggini dengan ayah su, pakda, tok ayah aiii pakcu berasa segar. Berasa lapang otak ni. Tapi tidaklah selapang lapangan terbang kkota bharu. Hormat selalu daripada Pakdo [Non-text portions of this message have been removed] Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
